Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Keluarga: Cabaran saya dan tanggungjawab saya

Mengharungi cabaran hidup sebagai seorang ibu, bekerja dan perlu jadi ketua kepada pekerja tidaklah apa yang saya jangkakan. Malah, sebenarnya saya sendiri tidak pernah menjangka. Walau ada perancangannya, perjalannya adalah ketentuan ALLAh yang tiada siapa pun menguasainya. Ya ALLAH, amat hambamu ini bersyukur atas kurniaanmu yang tidak terhingga. Walau apa jua cabaran yang mendatang, memang pada kebanyakan masa setiap orang akan berasa kesah, susah dan mengeluh. Tapi, apa penting adalah kesungguhan dan bagaimana kita mengharungi dan mengatasi setiap suasana,  cabaran dan masalah yang dihadapi. Ramai yang tidak berani mengakui kesalahan. Bagi saya, siapa salah bukanlah menjadi isu. Siapa yang perlu mengambil tanggungjawab adalah yang lebih utama. Kepada semua, selamat berjaya dan semoga kita semua sentiasa dalam IMAn dan ISLAM.

Sudah lama benar...

28 Oktober 2010. Sudah lama benar kiranya saya tidak menulis di ruangan ini. Banyak yang telah berlaku, begitu pantas rasanya. Baru-baru ini saya menghadiri satu seminar yang dihadiri oleh ramai usahawan pelbagai bangsa. Saya dapat berpeluang mendengar beberapa isu yang dikupas dengan baik sekali. Antara yang terkini pada masa itu, adalah program transformasi ekonomi negara. Saya pada mulanya begitu teruja dan bersemangat apabila mendengar dan terdedah kepada maklumat yang saya kira terperinci tentang itu. Namun, tidak pula saya sangka, banyak lagi maklumat lain yang tidak saya ketahui dalam sebuah program yang baik, tetapi terdapat banyak unsur ketidakfahaman tentang Islam yang sebenar dalam pelaksanaannya. Pentadbiran dan pengurusan secara halal, sering menjadi korban. Sekiranya ekonomi sebuah negara ingin dijana, sanggupkah kita menggadai maruah bangsa dan mengetepikan agama? Bacaan lanjut di http://saifulislam.com/?p=8798 .

Tips Berniaga: Cabaran utama .

Salam. Ramai sebenarnya penulis dan individu yang menulis dan bercerita tentang teori, pengalaman dan pendapat tentang tips berniaga. Ini banyak dicoretkan di laman web perniagaan dan juga blog peribadi serta media yang lain termasuk 'facebook'. Ada yang menganalisanya secara teori, praktikal dan juga penilaian dari beberapa bahan bacaan ternama. Kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang cabaran sebenar dan faktor yang sering menjadi punca kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Kemajuan dan kejayaan perniagaan dapat dilihat berbeza: 1. Perniagaan yang berjaya dan berkembang. 2. Perniagaan yang yang berjaya tetapi tidak berkembang. Mari kita kembali semula kepada faktor yang saya nyatakan tadi, iaitu keluarga. Keluarga memberikan beberapa perkara yang berikut dalam hidup seorang usahawan berjaya: 1. Sokongan moral & spiritual 3. Pewaris (mereka yang boleh mengambil alih perniagaan atas sebab-sebab tertentu seperti kematian) SOKONGAN MORAL & SPIRITUAL

Ziarah di Bulan Syawal: Mengapa dinanti 'Rumah Terbuka'?

Saya bertemu beberapa saudara-mara yang biasa saya temui semasa cuti hari raya yang lepas. Rata-rata, ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak akan mengadakan 'Rumah Terbuka' tahun ini. "Datang saja ke rumah. Bila-bila pun tidak mengapa. Kalau boleh telefon dulu, takut pula kami tidak di rumah." Itulah yang mereka katakan. Bagi ramai orang, mereka akan bertandang atas jemputan. Saya kira di bulan Syawal ini, rata-rata semua orang tidak akan keberatan menerima tetamu. Jemputan ke 'Open House' juga boleh dibilang dengan jari. Mungkin rakan dan kenalan saya dikalangan mereka yang berkeluarga besar. Maklumlah, saya juga berkeluarga besar. Ini kerana saya dapati rakan bujang saya masih menerima jemputan yang banyak ke 'Open House' ke rumah rakan mereka yang bujang juga! Jadi saya membuat kesimpulan yang saya kira tidak bijak tetapi masuk akal. "Mereka yang berkeluarga besar sudah mula mengawal perbelanjaan dan berbelanja dengan lebih berha

Cabaran Syawal tahun ini: Satu pemerhatian peribadi.

Apa khabar semua? Semoga cuti yang panjang tidak menjadi penghalang kepada perkembangan positif dan perubahan yang baik. Wah, setelah ramadhan berlalu, syawal pula menjelma! Ramai dikalangan rakan usahawan runcit berkongsi pengalaman pahit manis semasa ramadhan dan syawal. Ada juga usahawan yang gembira dengan hasil jualan (terutama pengusaha makanan) dan ada juga keluhan kekurangan pelanggan yang membeli (terutama pengusaha pakaian). Selain itu, rakan niaga dalam industri perkhidmatan juga merungut akibat pelanggan yang lewat dan masih tidak menjelaskan bayaran perkhidmatan. Maklumlah, ramai pelanggan yang mula bercuti seawal 6 September yang lalu. Apa yang saya kira menarik tahun ini adalah pola pembelian yang berkait rapat dengan kuasa masyarakat sebagai pembeli serta kekukuhan ekonomi keluarga di dalam masayarakat. Rata-rata tahun ini ramai yang berbelanja secara sederhana dari segi perhiasan rumah, diri dan keluarga. Jika diperhatikan, ramai yang keluar membeli-belah den

Alhamdulillah.

MAAF ZAHIR BATIN Setinggi-tinggi syukur kepada Allah atas sebanyak-banyak kurniaan yang telah diberikan. Pelbagai cabaran dan rintangan hidup, tidaklah setanding dengan pelbagai hikmah dan pemberian yang diberikan olehNYA. Keberkatan dan kejayaan hidup, hanya Allah sahajalah yang berhak ke atas setiap hambanya. Tidak mudah untuk sentiasa mengingatkan diri kita sebagai manusia yang mudah lupa. Hakikat hidup ini memerlukan kita untuk menjadi manusia yang sabar dan berhemah agar sentiasa dikasihi ALLAH. Doa saya dihujung ramadhan kali ini, agar saya sentiasa didalam ketetapan iman. Semoga ALLAH merahmati apa yang saya lakukan dan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan. Semoga kesemua permohonan akan dimakbulkan. AMIN.

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini ter

MERDEKA: Cabaran, Mencabar dan tercabar

Saya masih berkempen untuk menulis dan menggunakan bahasa melayu yang betul. Sukar juga sebenarnya, apatah lagi jika sudah menjadi kebiasaan kita bertutur menggunakan bahasa singkatan. Maklumlah, dengan teknologi terkini 'sms' dan 'facebook', menjadi satu cabaran yang besar untuk kita memastikan penulisan dan penggunaan bahasa yang baik terjaga. Saya masih yakin, bahasa jiwa bangsa. Malah, sekarang sudah terfikir, mungkin masanya sudah tiba untuk saya meneruskan tradisi bahasa 'jawa' yang juga makin pupus dalam keluarga saya. Wah, mencabar bukan? Apa pun, setiap cabaran yang mendatang pastilah mencabar dan sebagai seorang individu yang berperasaan mestilah rasa tercabar. Namun, usaha untuk menyahut cabaran perlu berasas dan mengambil landasan yang benar, baik dengan berhikmah. Lumrah hidup manusia untuk menjadi khalifah pastilah mencabar. Cabaran pula pasti datang dari segenap pelusuk dan penjuru hidup. Sebagai individu yang bergelar rakyat Malaysia, s

Masa

Saya kira, akhir zaman ini masa begitu cepat berlalu. Pantas sungguh! Ramai juga yang sering berkata, tidak cukup masa, tak sempat dan banyak lagi. Hakikatnya, inilah cabaran yang paling perlu kita tangani dengan bijaksana. Masa yang diberikan kepada semua adalah sama, 24 jam sehari. Tidak lebih dan tidak kurang walau sesaat pun. Saya juga ingin mengingatkan diri, bahawa saya perlu menguruskan tugasan saya agar masa dapat dipenuhi dengan sempurna. Masa bukan untuk dibazirkan dan bukan untuk diurus. Diri kitalah yang seoatutnya kita urus agar masa akan mencukupi dan kerja menjadi lebih produktif! http://www.ilhamkutulis.blogspot.com/ Salam untuk semua. Semoga setiap malan di bulan RAMADHAN yang mulis ini, 'proposal terbaik' sahajalah yang kita hantarkan kepadaNYA. Amin!

Saya nak ceritakan.

Dua hari lepas, saya bertemu seorang rakan yang bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Nampak gayanya, beliau suka akan kerjanya sebagai seorang eksekutif. Alhamdulillah, beliau nampak gembira dan lebih matang daripada sebelumnya. Pertemuan yang tidak lama, tetapi masih sempat saya berbual dengan beliau. Saya tertarik dengan salah satu perkara yang disebutkan. "Saya dulu fokus sangat pasal perkara remeh-temeh. Sampaikan nak fikirkan hal yang lebih penting pun tak dapat." "Kenapa pula?" "Yalah, sekarang saya sedar. Lagi banyak saya bantu dan fikirkan orang lain dari diri sendiri, rupanya Allah akan membalas dengan yang lebih baik untuk diri saya." "Oh, habis...tak kan awak tak ada luangkan masa untuk diri sendiri?" "Memanglah, tapi apa yang saya maksudkan, tidaklah terlalu asyik dan fokus masalah diri saya saja. Kalau macam tu sampai bila kita tak akan bahagia pun...Contoh senang saja. Katalah kalau saya ada satu 'client&

Bahasa Jiwa Bangsa

Kebolehan berbahasa merupakan satu anugerah. Pernah terfikir, bagaimana hebatnya ALLAh menjadikan manusia seluruh dunia dengan pelbagai bahasa, sebutan dan tulisan. Mungkin bagi kita, hanya cukup dengan bahasa Melayu dan inggeris. Tapi sedarkah kita bahawa banyak lagi bahasa lain di dunia ini yang digunapakai secara meluas dan bertaraf antarabangsa termasuk bahasa arab dan mandarin? Hebat bukan? Bahasa... Ada yang masih bertelingkah tentang yang mana lebih penting : ENGLISH atau BAHASA MELAYU. Saya secara peribadi tidak mengangungkan bahasa melayu dan tidak pula menyanjung bahasa Inggeris. Melalui pengalaman secara praktikalnya kedua-dua bahasa amat penting untuk dikuasai. Berbahasa Melayu memang perlu tanpa meminggirkan kepentingan bahasa Inggeris. Ada segelintir masyarakat yang menolak langsung bahasa Inggeris. Ini menjadikan satu ciri kepincangan pula bagi individu dan masyarakat itu. Ada pula yang terlalu membanggakan bahasa Melayu, sehingga sukar untuk memecah te

RAMADHAN: Bulan penuh maghfirah...

Mendengar sebutan seorang ustaz tentang RAMADHAN yang penuh dengan rahmah, maghfirah dan barakah, saya teringat kisah seorang rakan yang menghadapi masalah berdepan dengan seorang pelanggan. Kisahnya, rakan saya ini menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan. Tidak mahulah saya sebutkan disini secara terperinci. Apa yang penting, pelanggannya ini mempunyai 'expectation' yang agak tinggi, menyebabkan beliau tidak puas hati dengan rakan saya. Akibat penjelasan yang tidak tepat dari pekerjanya, rakan saya menanggung akibat apabila pelanggannya ini tadi mengecamnya dalam tulisan artikel yang disiarkan secra 'on-line'. Setelah beberapa bulan berlalu, beliau cuba menghubungi semula palanggannya untuk memohon agar kecamannya itu tidak lagi disiarkan memandangkan isu terbabit telah selesai dan ia adalah salah faham yang harus diterima oleh kedua-dua belah pihak. Malahan proses penambahbaikan sudah pun dilakukan. Maklumlah, rakan saya bersalah kerana tidak memasti

Mampukah kita memahami?

Orang dulu-dulu ada berkata: 'Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.' Kini saya juga boleh menyatakan bahawa 'Berat telinga mendegar, berat lagi bahu memikul'. Sedar atau tidak, ramai diantara kita selalu memikirkan betapa senangnya dan seronoknya hidup seperti orang yang berjaya dan bergelar jutawan dan kaya. Tentu hidup mereka hebatkan? Disebalik semua itu, saya kira amat sukar untuk kita semua, termasuk saya sendiri untuk memahami keperitan dan kepayahan mereka yang kita fikirkan senag dan mewah itu. Saya sendiri, meskipun hidup cuba untuk sederhana, masih menghadapi masalah juga. Memang kita dipandang dan dikira sebagai mewah oleh 'mata' bank dan masyarakat. Tetapi hakikat hidup ini siapakah kita untuk memahaminya? Apapun, lumrah hidup memang begitu. Jadi, jika itulah jalan yang telah ditakdirkan, maka redha adalah yang terbaik. Sesekali jangan lupa akan pentingnya usaha yang keras diiringi dengan doa dan tawakkal yang utuh. Semoga kejayaan menanti s

Bila minda terbuka.

Orang kata fikiran mesti selalu terbuka untuk berjaya. Kreatif untuk mencari idea baru dan bernas. Berfikir adalah antara kuasa manusia yang sangat hebat. Tetapi, manusia juga mempunyai pelbagai kuasa dan kehebatan lain yang seharusnya digunakan dengan maksima. Kebolehan dan kekuatan seseorang individu banyak bergantung kepada sejauh mana sikap seseorang itu terhadap isu memaksimakan kebolehan dan potensi diri. Sukar juga. Pada kebanyakan masa ramai yang tidak dapat melihat potensi dan kuasa diri. Tidak dapat memberikan tumpuan sepenunya kepada matlamat dan tujuan adalah salah satu sebab dan punca. Memikirkan tentang apa yang orang akan kata serta memikirkan hukuman apa yang akan dikenakan menyebabkan banyak individu tersasar dalam usaha menentukan hala tuju hidup. Saya secara peribadi menghadapi masalah yang sama pada banyak ketika. Kini saya yakin dan berazam untuk bertambah yakin dan memastikan saya meneruskan usaha dan apa juga matlamat saya dengan penuh dedikasi dan 'fokus'

Cabaran yang berterusan.

Orang dulu-dulu ada menyebut: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul." Bila diri makin dewasa, lebih banyak pengalaman yang dilalui, lebih matanglah senarusnya kita ini. Kematangan yang sepatutnya membawa seseorang kepada pembanguna diri yang lebih baik dan sempurna. Memang tiada sesiapa yang boleh dikategorikan 'sempurna' tetapai adalah baik jika kita sentiasa melakukan yang terbaik ke arah kesempurnaan. Hari ini saya didatangi seorang ibu yang melihat satu perkara yang tidak tepat letaknya. Beliau risau apabila seorang dewasa tidak dapat menunjukkan contoh terbaik bagi anaknya, bagaimana mungkin niatnya untuk memastikan kesempurnaan itu tadi mampu tercapai. Saya secara peribadi megakui apa yang dilakukan oleh individu itu terhadap anaknya adalah salah. Pun, begitu, saya tidak menyalahkan 100% perkara itu kepada individu terbabit. Malah, beliau seharusnya lebih peka dengan apa jua yang terjadi dan lebih memberi empati dan hormat kepada kanak-kanak. Pada masa

Harga Barang Naik?

Hari ini saya melihat banyak 'post' di dinding laman 'facebook' penuh dengan komen dan maklumat mengenai kenaikan harga barang. Ini termasuklah petrol, gula dan tepung. Mengimbas kembali pengalaman saya semasa kecil yang hanya berbekalkan 30 sen untuk ke sekolah, kini anak-anak mengalami perubahan zaman yang amat berbeza. 3 ringgit sudah menjadi kemestian. Ada juga ibu bapa yang memberikan hampir 5 ringgit sehari. Apa pun saya pasti setiap ibu bapa mempunyai sebab dan alasan yang munasabah untuk memberikan jumpah perbelanjaan harian untuk anak-anak. Saya secara peribadi mengakui adanya kesukaran dalam hal ini. Memang harga barang naik, tetapi menambahkan jumlah belanja harian anak tidak semesti satu langkah bijak. Harga barang yang meningkat menyebabkan ramai peniaga juga menaikkan harga barang jualan termasuklah barang makan. Jumlah perbelanjaan anak secara asanya tidaklah begitu ketara, sebenarnya jumlah perbelanjaan runah adalah lebih ketara. Rata-rata kita sebagai k

HUMOR SUFI

Salam semua, Secara sengaja saya menyapa blog ini. Ada banyak yang menarik terutama HUMOR SUFI. Selamat ber'eksplorasi' di blog ini ya. Yuk! HUMOR SUFI

Kreatif: Menaiktaraf kemahiran diri.

Salam. Ramai yang melihat kreativiti dalam bentuk seni. Seni pula lebih dilihat kepada kebolehan menyanyi.Tidakkah anda terfikir bahawa kreativiti itu adalah sesuatu yang lebih dari hanya melukis, menyanyi atau berlakon? Anda sendiri sebagai seorang yang menjalani hidup normal, anda pastinya seorang yang kreatif. Jadi bagaimana anda menggunakannya untuk meningkatkan mutu dan nilai diri anda? Saya hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman. Semasa 'blog' manjadi satu fenomena, saya amat teruja untuk tahu dan ingin menjadi salah seorang ahli dalam dunia 'blogger'. Jadi saya sering membaca dan mencari maklumat mengenai blog yang menarik dan menjadi perhatian ramai. Blog untuk bisnes, blog sebabagai diari dan juga blog untuk menjana pendapatan! Pada masa itu saya menghadiri sebuah kelas yang ringkas untuk belajar "How to create blog." Selepas itu, baru saya sedar, ia hanyalah satu sistem yang mudah dan hanya memerlukan sedikit kreativiti sendiri untuk mengolah cara

Maternity leave: Tips for returning to work - MayoClinic.com

Salam buat semua. Saya mengakui bahawa pengalaman mengandung dan bersalin adalah berbeza dari seorang anak dengan yang lain. Walaupun sudah berpengalaman melahirkan, seorang wanita pasti akan merasai degupan, (walau sedikit) gentar untuk menghadapinya. Apa yang pasti kelahiran anak itulah yang menjadi penguat semangat untuk seorang ibu menghadapi apa jua situasi atau komplikasi semasa melahirkan. Walaupun begitu, ramai wanita kini yang mengambil remeh dan ringan tentang tempoh penjagaan diri (berpantang) yang sebenarnya amat penting untuk perkembangan hidup seorang wanita bagi jangka masa panjang. Ramai yang berkata: "Alah, tak apa. Aku tengok oramg lain OK je. Tu 'mat saleh' tu, tak ada pun pantang-pantang!" Hem..saya susah juga kalau diminta untuk menerangkan peri pentingnya tempoh penjagaan ini. Apa pun jua, percayalah. Ada banyak perkara yang diajar oleh orang dulu-dulu, yang sememangnya amat berguna untuk jangka masa panjang. Walau semoden mana pun kita, pilihlah

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita

Memahami tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab adalah merupakan sesuatu yang ada pada semua orang. Hari ini, saya ditanya oleh seorang teman, "Susah betullah bos aku ni. Bila aku jalankan tugas dia kata aku kena 'check' dulu, minta 'approval' dulu. Lepas tu, bila aku tak boleh buat atau lambat mana-mana tugas dia kata aku tak bertanggungjawab pula!" "Macam mana aku nak buat, kalau asyik kena 'check' dan minta 'approval'. Lepas tu, tak dapat nak contact dia, lambat je dia kata tak bertanggungjawab pulak.Aku dah 'confuse' dah. Buat salah, tak buat pun salah..." Panjang keluhan teman saya itu... Bila saya fikirkan semula saya rasa saya mula dapat memahami situasi rakan saya tadi. Saya juga pernah melalui apa yang rakan saya lalui itu. Saya secara peribadi mendapati bahawa seseorang memerlukan satu tahap kebijaksanaan untuk menilai dan mengetahui dengan mendalam, bidang kerja tugas dan kuasa membuat keputusan dalam bidang pekerjaannya. Sebagai contoh, s

Cabaran dan dugaan

Hidup ini indah. Indah untuk mereka yang tahu menghargai.Apa pula yang perlu dihargai? Adakah yang baik saja perlu dihargai? Bagaimana dengan pengalaman-pengalaman pahit dan kata cacian serta hinaan yang diterima juga perlu dihargai, bukan? Malah, fitnah yang dilemparkan juga perlu dihargai. Saya secara peribadi banyak kali menangis dan dimarahi. Tengkingan dan ugutan jangan sebutlah, sentiasa datang dan pergi. Namun, setiap kali itu terjadi, saya sebagai manusia biasa pastinya sedih dan gundah. Mungkin juga saya telah melakukan kesalahan, meskipun secara peribadi saya mempunyai sebab untuk memberikan reaksi dan berkelakuan sedemikian. Yalah, banyak perkara yang kita fikirkan baik, tidak baik pada kacamata orang lain. Dan sebaliknya. Saya kira mereka yang melakukan perkara yang sama terhadap saya juga mempunyai sebab yang tertentu. Tetapi, betapa marah sekalipun, bukankah kita masih ada tatacara dan adab-adab yang perlu dijaga sebagai muslim? Lupakah kita tentang perlunya bersikap sopa

Wajib ke FB?

Terbaca satu catatan nota rakan yang secara tidak sengaja saya temui. Bermula dari jawapan dan komen dari teman di muka "FB", saya tertarik untuk menekan tetikus pada satu nota yang dikirimkan oleh seorang yang saya kenali. (meskipun tiada dalam senarai 'kawan' dalam "FB" saya tadi.) Katanya secara ringkas, mengapa ramai yang boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit (malah ada yang berjam-jam) di muka FB setiap hari tanpa gagal melakukannya, tetapi tidak mampu meluangkan masa untuk membaca Al-Quran walau 5 minit sehari? Maka, tercatatlah dalam nota itu, untuk kita semua yang muslim ini, mencabar diri sendiri, untuk meluangkan masa yang 5 minit itu juga untuk membaca ayat-ayat suci tanpa gagal melakukannya setiap hari! Saya pasti mahu melakukannya. Bahkan,seharusnya itulah cabaran yang harus kita sahut. Semoga apa juga yang kita lakukan di alam maya, dan di alam dunia akan membawa kebaikan yang berganda. Doa saya setiap hari, agar ALLAh menjauhkan dir

Memahami untuk difahami

Agak 'cliche' apa yang hendak ditulis kali ini. Meskipun sejak akhir-akhir ini kesibukan agak memenatkan, saya cuba sedaya upaya meneruskan cita-cita untuk belajar dalam pelbagai cara termasuklah menulis di blog peribadi ini. Meskipun ramai yang pasti maklum, blog bukanlah sesuatu yang mudah untuk disebarluaskan seumpama 'facebook', tetapi tujuan penggunaan blog, facebook, myspace dan twitter adalah berbeza mengikut objektif dan tujuan individu. Sekali lagi, saya hanya ingin mengambilpeluang untuk berkongsi pandangan yang mana boleh digunapakai dan sekadar memberikan ruang praktis kepada minda saya untuk berfikir. Baru semalam bercakap dengan rakan niaga, yang selalau suka menggunakan ayat, "You must understand..." berulang kali setiap kali memulakan dialog. Adakalanya, geram juga. Jadi terkeluarlah ayat dari saya pula,"jangan selalu minta orang lain faham saja, kita sendiri perlu memahami sebelum difahami." Betulkan? Saya sendiri pada kebanyakan mas

Bagaimana boleh lupa?

Saya sering juga lupa tentang banyak perkara. Lupa untuk beli barang dapur, lupa untuk bawa dokumen ke pejabat, lupa untuk 'follow-up' 'client'. Malah lupa juga di mana saya letakkan kereta. Sungguh! Bukan saya sengaja untuk lupa, tetapi entah bagaimana saya sering juga lupa. Jadi, bila saya fikirkan semula apa sebabnya saya lupa dan bagaimana untuk terus mengingati, maka saya disini ingin kongsi: - perlu lebih teratur - 'be organised' - buat catatan apa yang perlu dibuat tiap hari sebelum mulakan kerja - tulis journal/catatan dalam kalendar - minta pembantu di pejabat 'update' apa yang penting setiap pagi - berdoalah untuk ketenangan dan kuat iman - akan membantu kuat ingatan Pun begitu, saya masih juga lupa atau tidak dapat meneruskan dan memenuhi tugasan dan kerja dalam satu-satu hari tersebut. Jadi saya juga menyimpulkan - apabila saya sudah merancang untuk melakukan sesuatu -saya mesti melakukannya dan tidak menagguhkannya kecuali AMAT PENTING UNTU

CAKNA MINDA

Sepetang dalam perjalan pulang dari kerja yang mengambil masa 20-30 minit, memberikan saya peluang mendengar celoteh DJ Zamri & Fairuz di Radio IKIM. Saya kira, gaya persembahan IKIM kini yang lebih mahu membawakan mesej serius secara santai, harus disokong dan diber pujian. Yalah, bukan semua yang mahukan ilmu mampu menerima pengisian yang serius dan berat.Ada juga baiknya cara santai dibuat, dapat mengembangkan 'market segment' pendengar Radio IKIM sendiri. Saya bukanlah hendak memberikan komen yang banyak mengenai cara Radio IKIM beroperasi, tetapi lebih kepada topik yang dibincang petang tadi. CAKNA MINDA? Hebat tajuk tu, rasanya ramai pendengar yang tak mampu untuk menterjemahnya. Em.."tak tercapai akalku" Apa pun, ada banyak perkara tentang minda yang kita sendiri sebagai manusia belum terokai. Pada asasnya, saya setuju dengan perbincangan yang menyatakan bahawa perkembangan minda bukanlah semata-mata berdasarkan kepada 'makanan tambahan' atau apa ju

Bekerja dan mengerjakan 'kerja'

Agak sukar sebenarnya untuk kita menyiapkan sesuatu kerja yang kita tidak suka untuk 'mengerjakannya'. Pada kebanyakan masa, kerja yang sukar dan bukan dalam bidang kita itulah yang akan menyebabkan kita semakin lemah untuk 'mengerjakannya'. Tetapi lain kisahnya dengan rakan saya ini. Semakin sukar 'kerja' yang perlu dilakukan, semakin bersemangat dan berkobar-kobar jiwanya untuk menyiapkannya. Baginya, itu merupakan satu cabaran yang perlu disahut. Satu perjuangan yang perlu diteruskan. Hebat kan? Pada masa yang sama, rakan saya yang seorang lagi tidak pula menyukai 'kerja' sukar. Baginya, dia telah dizalimi! Mana boleh seorang tukang masak di berikan tugas untuk menjahit sut baju lelaki. Bukan saja mengambil masa yang sangat lama, bahkan mudah saja dia akan melakukan kesilapan yang pasti akan merugikan semua orang. Wah, takut juga saya mendengarnya! Dia sudah dizalimi! Amat berbeza pandangan dua rakan saya ini. Apabila saya selidiki, saya nampak perbez

Sayangkan anak tangan-tangankan.

Menghadiri sesi "Parenting Kuliyyah" oleh Ustaz Zulramli M Razali ,di GENIUS AULAD wangsa maju hari ini banyak memberikan saya peringatan baru. Banyak perkara biasa yang tidak kita ambil perhatian dan fikirkan dengan mendalam selama ini, telah diketengahkan dan dikongsi bersama. Antara yang disebutkan: Ibu bapa perlu menggunakan tangan untuk: tunjuk, pimpin, belai,pukul. Untuk menunjukkan kepada anak kita ke arah jalan hidup yang baik, pastinya diri sendiri selaku ibu bapa perlu tahu jalan hidupnya yang baik terlebih dahulu. begitulah juga halnya dengan seorang guru. Banyak yang terjadi hari ini, ibu bapa sendiri tidak mempunyai hala tuju dalam hidup. Sebagai seorang yang dewasa, kita sendiri sering kali tidak dapat menjawab, "apakah yang saya lihat akan berlaku 10 tahun akandatang dalam hidup saya?", "apakah cita-cita saya dalam tempoh 5 tahun akan datang?" "apa yang akan saya capai dalam tempoh 2 tahun akan datang?" Jadi, apa pula yang akan ki

Berkongsi ilmu, bawa keberkatan.

Semalam saya berpeluang menghadiri satu sesi penerangan yang saya kira lebih kepada sesi berkongsi ilmu, walau tajuknya adalah bertemakan kursus. Dari apa yang saya dengar dan kongsikan dalam tempoh 7 jam yang amat padat, perkongsian sebenarnya adalah salah satu aset dalam hidup. Lebih banyak dan lebih ramai yang kita kongsikan bersama, lebihlah apa yang bakal sudara temui. Perkongsian En Shahabudeen Jalil tentang pengalaman dan tatacara yang dilalui beliau mendapatkan peluang perniagaan di China, sedikit sebanyak membuka mata saya pada banyak peluang lain yang belum diterokai oeh anak bangsa kita. Mungkin tidak semua orang boleh berkongsi seperti yang mana dilakukan oleh beliau, tapi dengan langkah yang diambilnya, saya fikir pasti banyak lagi ruang dn peluang yang bakal beliau terima hasil dari perkongsian terbabit. Yang pasti, seseorang harus percaya rezeki itu allah adakan bagi setiap orang, yang mana tiap seorang itu perlu berusaha mendapatkannya. Jadi, tak perlulah lokek kerana

Bila masa terabai, maruah bakal tergadai.

Masa itu emas, pepatah lama yang tak lapuk dek hujan. Masa yang sama dimiliki oleh semua orang, seluruh dunia, 24 jam sahaja sehari semalam! Fakta yang tidak perlu dibentang dan didebatkan. Malah, bertanya pula kita, bagaimana nak menguruskan masa? Uruskan masa yang tetap 24jam sehari semalam? Lagi, kita berkata, tak cukup masa...mana ada masa nak buat semua tu! Walhal, bukankah sudah tahu dan setuju benar yang masa itu 24 jam sehari. Jadi lupakanlah tentang megurus masa, fikirkanlah bagaimana untuk memaksimakannya tanpa mengabaikan walau satu saat sekalipun. Jadi, jelasnya perlulah yang diuruskan itu diri sendiri. Apa sekalipun masa hanyalah sebagai satu pergerakan yang memenuhi kitaran hidup manusia yang diberi tugas dan tanggungjawab di dunia. Nah, tanyalah pada diri! Masa yang manakah yang paling produktif untuk saya memaksimakan kemahiran dan kebolehan? Kerana dengan inilah kita dapat menaikkan dan memantapkan maruah diri yang memberi impak kepada pembangunan masyarakat. Ah, terla

Mengembala di dunia.

Kisah dan cerita orang dulu kita jadikan pengajaran. Bahkan, kita perlu selalu menyelusuri sejarah dan kisah para anbia dan juga para sahabat. Banyak pengajaran yang pasti dapat memenuhi kekosongan dada. Teringat bagaimana kita meneruskan hidup didunia yang sementara ini. Ia seolah kita seorang gembala. Gembala yang menjaga sekumpulan peliharaan. Membawa kumpulan ke tempat yang ada makanan, rumput untuk diragut. Memastikan dapat bekalan air yang cukup untuk melepas dahaga. Kesudahannya, memastikan kumpulan sentiasa cukup dan pulang pada waktunya agar dapat meneruskan hari esok ke padang ragut. Wah! Bukankah senario ini yang kita jalani seharian? Tetapi, dunia inilah yang perlu digembala agar memberikan kita hasil. Hasil yang baik yang akan membawa kita jalan ke syurga. Lihat bagaimana amanahnya Nabi Muhammad sebagai seorang gembala. Lihat pula diri kita? Bagaimana kah dunia ini kita 'gembala'kan? Atau mungkin, kita sebenarnya di'gembala' oleh dunia? "Ya ALLAH, sent

Menjadi Ibubapa cemerlang

Hari ini hati tersentuh apabila bertemu seorang guru yang umrnya sudah menjangkau setengah abad, tetapi masih tetap memerah keringat dan dedikasi kepada anak murid yang utuh. Saya tersentuh dengan perilaku guru ini yang mempunyai tahap pekirian yang amat terbuka dan tinggi sekali dibandingkan dengan guru hari ini yang mengaku bijak... Melihat keupayaan beliau menggunakan komputer riba dengan oerisian terkini semasa membuat 'presentation' saya juga makin kagum. Malah, masih ramai guru diluar sana yang memegang 'title' graduan universiti yang tidak dapat memberikan dan menggunakan alat 'presentation' yang beliau gunakan. Hebatkan? Inilah yang dinamakan komitmen dan dedikasi yang sebenar. Kepada semua ibubapa, tugas kita bukan sekadar menghantar anak kesekolah dan memberikan keperluan asas harian. lebih dari itu, masa yang berkualiti dengan mengambil berat pembelajaran dan aktiviti anak adalah antara yang utama. Pengisian 'presentation' guru yang saya temui

Jual diri...

Dalam perjalanan bersama rakan sejawat untuk melawat premis perniagaan baru, memberikan saya ruang dan peluang untuk berkongsi lebih banyak cerita dan pengalaman. Yalah,pepatah pun ada mengatakan, ilmu boleh dicedok dimana jua. Yang penting adaptasi dan penggunaannya perlulah sesuai... Banyak yang dikongsi termasuklah karenah rakan sekerja lain yang banyak ragam. Maklumlah, ramai yang datang pada sesi temuduga dengan janji dan pelbagai cita-cita yang dijaja sebagai modal untuk mendapatkan kerja. Bagi saya, tak salah menjual diri untuk tujuan mendapatkan tempat dan peluang dalam satu-satu organisasi. Yang salah, ialah menjual sesuatu yang bukan milik anda! Jadi kiranya kita bukan orang yang layak dan sesuai, terima sajalah hakikat yang kita tidak boleh bekerja di situ. Jadi tidak perlu berbohong atau menceritakan sesuatu yang bukan diri kita kepada pegawai yang menemuduga. Baiknya, selesai saja sesi temuduga marilah koreksi diri. Catatkan mana-mana perkara yang penting dan perlu kita u

Resah Hati dan Keinginan Jiwa

Salam. Buat kesekian kalinya, saya rasa bersyukur dan amat bertuah kerana dikurniakan apa yang baik buat saya. Keluarga, kerjaya, dan rakan yang memahami adalah antara yang boleh saya sebut. Kali ini, saya ingin menyorot kembali masa-masa sukar dan apabila hati kita resah. Pernah terfikir mengapa ada masa kita resah memikirkan sesuatu yang kita sendiri pasti tidak dapat menyelesaikannya? Sebagai contoh, hati resah memikirkan senario pembantu rumah yang lari dan meninggalkan anak-anak dirumah apabila majikan pergi bekerja. Atau...kisah kematian dan kemalangan bayi dan anak kecil di pusat asuhan kanak-kanak (nursery). Atau...apa kata jiran bila mengetahui anak kita tak sehebat mana dalam pelajaran walhal ibunya seorang guru! Macam-macam resah yang timbul yang selalunya tiada pun tanda atau sejarah yang kita akan mengalami atau mungkin mengalaminya. Memang, kita selalu kena beringat. Orang kata sediakan payung sebelum hujan... Hakikatnya, siapalah kita untuk mengawal semua yang berlaku di

Moral Support

Banyak-banyak perkara dalam hidup, bagi sesetengah orang 'moral support' amat penting. Sokongan moral ini banyak datang dari pelbagai cara yang kebiasaannya datang dari orang yang paling dekat dengan kita kan? Pernah terfikir tak, sejauh mana sokongan moral yang kita berikan pada mereka yang tersayang? Atau, pada rakan dan taulan? Atau pada ahli keluarga? Atau pada SUAMI dan ISTERI? Rasanya, masih banyak sokongan yang perlu kita beri pada mereka. Malah sokongan moral juga perlu diberi pada anak-anak kita seawal usia lahir mereka ke dunia. Tak percaya? Bukankah kita sering mendodoi dan bercakap dengan anak kita ketika mereka masih bayi? Malah ada yang berbicara dengan bayi mereka yang masih dalam kandungan. Bagi saya ini merupakan salah satu 'sokongan moral' yang kuat untuk anak membesar dengan lebih baik dalam kandungan ibu. Bukankah pelukan dan ciuman ikhlas dari seorang ibu setiap hari pada anak-anaknya merupakan sokongan moral kepada mereka? Emmm...pernah terfikir ta

Mudah untuk menjadi susah...

Dalam banyak perkara yang dilalui dalam hidup, tidak banyak yang boleh dikira mudah. Malah untuk mengurus makanan harian juga boleh manjdai sukar. Pernah satu ketika, saya buntu untuk memilih makanan tengahari yang sesuai. Lalu, akhirnya, saya cuma minum sekotak susu dan roti saja. Itupun dalam keadaan kewangan yang selesa... Pada masa-masa sukar, lagi mudah untuk membuat keputusan untuk tidak makan tengahari. Bercakap pasal makan, adakalanya saya tidak faham tentang mentaliti sesetengah dari kita. Cube perhatikan dalam mana-mana jamuan atau sesi 'makan-makan' yang berbentuk 'bufet'...atau layan diri. Emm...masing-masing cuba memenuhkan pinggan sebanyak yang boleh. Saya selalu tertanya-tanya, boleh habis ke semua makanan dalam pinggan tu? Sekarang, bila saya berpeluang membawa anak-anak ke mana-mana jamuan makan, saya selalu berpesan, "Ambil sedikit saja dulu. Ambil apa yang kita nak makan saja. Tak mengapa, nanti kalau tak cukup kita ambil lagi." Nampaknya ca

Rancangan 99:1

Saya ada menyebut beberapa kali kepada rakan dan taulan. Saya ada banyak cita-cita dalam hidup yang ingin saya capai. Saya juga ada banyak rancangan dan 'plan' untuk masa akan datang. Ada 'short-term plan' dan 'long term plan'. Ada '5-years plan' dan ada '10-years plan'. Penuh yakin, saya pasti tidak akan ke mana-mana tanpa perancangan masa depan yang baik. Bahkan dengan perancangan pun, tak semua dalam tangan saya. Yang pasti berjaya atau tidak mesti diingat...99% kita boleh usahakan, tapi 1% merupakan milik ALLAH yang dia saja berhak dan berkuasa menentukan berjaya atau tidak rancangan dan 'plan' manusia. Jadi bercakap tentang ini, saya ada bertemu rakan dan juga ahli keluarga sendiri yang agak sukar untuk dijelaskan tentang perkara ini. Dalam hidup ini, banyak yang kita cuba usahakan dan pastinya kita mengharapkan kejayaan. Yang pasti...ALLAh itu sebaik-baik perancang dan rancanganNYA jualah yang akan mengatasi segala. Lupakanlah keluh

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men

Membina Keikhlasan

IKHLAS... Saya secara peribadi mengaku yang saya mengambil masa yang lama dan mlalui kesukaran untuk membina keikhlasan. Ramai yang mudah memyebutnya di bibir. "aku ikhlas ni!" "Tak apa, akak ikhlas." "Saya ikhlas tolong awak." Yang pasti ikhlas ini akan diuji. Pada masa susah dan sukar, kiranya kita terdetik dalam hati... "kalau tau, aku tak tolong dia hari tu!" "ikutkan, banyak dah akak tolong dia dulu...' "dulu saya yang tolong awak, sekarang giliran awak pula lah." Apabila terdetik kekesalan, merasa terkilan dan ingin mendapatkan balasan, pasti "IKHLAS" tadi sudah tidak seikhlas mana... Itulah, istighfar saja yang saya mampu panjangkan. Saya sendiri, setiap hari sering mengingatkan diri tentang keikhlasan ini. Banyak yang saya perlu pelajari, banyak juga yang saya perlu teladani. Semoga dengan kesedaran dan teladan dari SIRAH nabi, saya mampu membina kekuatan dalam diri yang bermula dengan membina keikhlasan sejat

Apabila sabar menjadi teman.

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup adalah perkara yang tidak kita jangkakan. Baik buruk hasil dan keadaan yang kita lalui dari usaha dan titik peluh bekerja harian adalah satu perjuangan bagi semua orang. Pada kebanyakan masa, setiap individu merasakan yang dia sudah melakukan yang terbaik. Malah, adakalanya, kita merasakan yang kita sudah melakukan sesuatu yang maksimum dan kita masih keseorangan di tahap itu. Rupa-rupanya, sedar atau tidak, semua orang berperasaan yang sama. Masing-masing berfikir yang mereka saja bertungkus lumus dan berhempas pulas melakukan yang terbaik. Jadi, waktu itu, SABAR adalah teman yang paling setia dan memahami. Lumrah hidup yang ada masa senang dan susah, memerlukan sahabat dan teman sepanjang jalan. Bila diimbau semula sejarah para pejuang islam dan para sahabat nabi, kesabaran mereka melebihi apa yang kita lalui sekarang. Malah, ketabahan dan kebijaksanaan Siti Khadijah r.a amat mendalam pengajarannya terutama bagi semua kaum wanita. Bagaimana bel

Hujung Minggu yang Bermakna

Bagi ramai orang hujung minggu amat bermakna. Hujung minggu menjadi hari dan masa untuk ibu bapa meluangkan lebih masa bersama anak-anak dan suami. Pada hujung minggu juga masa yang ada digunakan untuk mengemas dan membersihkan rumah. Pendek kata banyaklah perkara yang boleh dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu. TETAPI... ada juga yang melihat dan merasai hujung minggu sebagai satu masa yang amat memeningkan kepala! Nak kemas rumah... Nak basuh baju... Nak layan anak... Nak rancang ke mana nak pergi? Nak rancang makan di mana? Nak tahu makan apa? Anak-anak yang riuh dan kecoh... dan banyak lagi! Lebih-lebih lagi apabila kewangan keluarga agak menguncup sejak akhir-akhir ini. Maklumlah, harga barang naik, keperluan keluarga banyak dan makin bertambah. Jadi, pengalaman hujung minggu tidaklah seindah yang kita sangka. Walau secara amnya kita selalu melihat ramai orang menghabiskan banyak masa di luar bersama keluarga di hujung minggu, tidak semua betul-betul gembira. Ada yang se

Apabila anda terlalu risau...

Ada masa tertentu saya amat risau tentang banyak perkara. Amat risau tentang anak-anak... Amat risau tentang pekerja... Amat risau tentang wang... Amat risau tentang bisnes... Amat risau tentang masa depan... Apabila saya kenangkan semula, ada baiknya saya tidak 'terlalu' risau. Tetapi, apabila saya tidak risau, saya rasa seperti tidak bertanggungjawab pula! Banyak kali juga teman rapat menasihatkan. " Jangan risau sangat. Ada lah nanti tu...jalan untuk selesai." "Habis kalau tak risau, tak fikirkan perkara tu, macam mana nak selesai? Bila fikir, jadi risau sangat pulak...Tak tahu lah." Lama-kelamaan, termakan juga saya dengan nasihat kawan saya tu. Ada benarnya, Apabila kita terlalu risau dengan sesuatu, kita seolah terlalu obses dengan perkara tersebut. Sampaikan ada masanya sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain juga dengan ahli keluarga. Jadi, ada benarnya juga. Dalam keadaan yang membuatkan kita terlalu risau, kita juga lupa untuk mengingati satu

Allah Memberi untuk Kita Memberi

Alhamdulillah... Ada hari-hari yang dilalui sukar untuk diceritakan. Ada hari-hari yang di lalui amat menyenangkan. Juga ada hari-hari yang amat memberansangkan. Setiap hari kita selalu lupa untuk sentiasa panjatkan kesyukuran yang sepatutnya merupakan rutin harian. Ucaplah, ALHAMDULILLAH atas setiap apa juga yang berlaku dan apa juga yang anda lalui. Insyaallah...apa jua yang sedikit anda pasti dapat berkongsi. Pada kebanyakan hari, saya sendiri selalu berasa resah dan agak tertekan. Pada masa yang sama perasaan marah senang saja menguasai diri. Rupanya, pada kebanyakan hari itulah, saya sedar yang saya kurang memanjatkan kesyukuran. Kerana syukur bukan hanya pada waktu solat 5 kali sehari. SYUKUR adalah sentiasa, setiap detik dan setiap hembusan nafas. Syukur jugalah yang membuatkan kita sentiasa ingat untuk memberi apa yang telah ALLAH beri. berilah KETENANGAN kepada orang sekeliling dengan ketenangan anda. berilah KEGEMBIRAAN kepada yang lain dengan kegembiraan anda berilah KELAPA

Anda percaya?

Kali ini saya ingin ajukan soalan. Anda percaya ada orang bekerja untuk wang? Anda percaya ada orang bekerja untuk gaji? Anda percaya ada orang memilih kerja berdasarkan gaji? Anda percaya ada yang tak mahu bekerja kerana rendahnya gaji? Anda percaya ada orang yang bekerja semata-mata untuk gaji? Anda percaya ada orang bekerja KERANA IKHLAS? Anda percaya ada orang bekerja dengan gaji kecil tetapi KAYA? Anda percaya ada yang bekerja dengan gaji besar tetapi MISKIN? Saya secara peribadi mengaku yang saya juga bekerja dengan harapan dapat menambah pendapatan. Tidak perlulah saya asyik meminta wang saku dari suami sekadar hanya untuk membeli bedak muka. Pada masa yang sama dapat juga saya membantu, bukanlah banyak. Apa yang penting saya dapat menggunakan kemahiran saya untuk berbakti. Sebab, tugas menanggung keluarga bukanlah tugas saya sepenuhnya. Jadi pada mulanya, niat saya bekerja adalah untuk menambahkan sedikit pendapatan dan menggunakan ilmu dan kepakaran yang ada untuk berbakti kep

Tolong Kawan.

Saya tak ada ramai kawan. Tapi ramai kenalan. Saya tak ada ramai teman. Tapi saya ada sahabat. Tolong kawan? Apa yang saya ingin kongsikan ialah tentang sikap kita untuk menolong kawan. Ramai orang suka membantu dan menolong terutama kawan yang dalam kesusahan. Tolong untuk meringankan beban dengan pinjamkan wang, tolong ringankan beban dengan memberi kawan tumpang ke tempat kerja dan macam-macam lagi. Apa jua yang dilakukan dengan niat baik, insya allah akan mendapat ganjaran. Tapi, pernahkah kita terfikir untuk tolong kawan masuk ke syurga? Tolong ingatkan kawan tunaikan solat, beri sedekah, tunaikan zakat, tambahkan amalan sunat dan lain-lain lagi... Ramai yang fikir apabila kita tidak dapat meminjamkan wang bermakna kita tak tolong. Ramai yang melihat 'tolong kawan' merupakan 'tolong bagi pinjam duit' (yang kadang-kadang tak pernah pun di pulangkan atau dibayar semula). Mengapa tidak kita 'tolong kawan' dengan tidak mengumpat atau melayannya mengumpat? Meng

Komunikasi

Emmm...komunikasi, perkataan yang agak sinonim dengan 'bercakap'. Sebenarnya komunikasi lebih dari hanya bercakap. Banyak perkara yang saya pelajari dan banyak lagi yang saya perlu pelajarai tentang komunikasi. Pada kebanyakan masa kita memang suka bercakap dan mahu orang mendengar apa yang kita cakap. Juga, agak sukar kita menahan diri untuk tidak bercakap dan diam. Diam juga tidak bermakna kita tidak berkomunikasi. Saya teringat apabila kerap kali rakan di tempat kerja mengeluh... "Dah banyak kali saya cakap, tapi masih jugak dia tak faham." "Cakap banyak kali pun tak guna." Kadang-kadang, bila saya fikirkan saya pun banyak bercakap. Agak sukar sebenarnya untuk berkomunikasi dengan baik. Tapi, memang senang untuk bercakap. Yang penting, saya cuba senaiknya untuk berkomunikasi dengan baik dan lebih baik dengan semua orang dari pelbagai peringkat. Pada masa yang sama, saya fikir ada baiknya saya lebih banyak mendengar...

Mengapa hati berubah?

Perkara bersangkutan dengan hati dan perasaan memang sangat sukar untuk ditelah. Payah juga untuk mehami isi hati seseorang. Ramai antara kita tanpa sedar, sebenarnya kita juga selalu berubah hati. PADA SATU MASA, sayang, benci dan marah silih berganti. Apa yang saya ingin kongsikan ialah satu situasi dimana perasaan yang timbul dalam hati adalah "cemburu" yang akan bertukar menjadi "dengki" yang boleh membawa khianat. Cemburu ada juga kebaikannya. Tapi, pengalaman saya cemburu ini banyak yang membawa kepada perasaan dengki yang menjadikan seseorang lupa diri dan sanggup mengkhianati kepercayaan, hubungan sesama insan dan kasih sayang. Ini banyak berpunca dari wang dan pangkat. Walhal...bukankah semuanya datang dari ALLAH? Saya sendiri mengakui, agak sukar membendung rasa cemburu ini untuk menjana sesuatu yang positif dan baik. Ia lebih banyak membawa keburukan. Pada kebanyakan masa, saya juga melalui perasaan cemburu. Cemburu melihat orang lain berjaya cemburu meli

Kenapa orang suka blog & fb?

Emmm..."Why do people blog?" "Why people addicted to facebook?" Ramai antara kita yang tak banyak menggunakan IT. Ada yang 'langsung' tak menggunakannya. Tapi, hakikat kehidupan sekarang, ramai yang lebih bijak menggunakan IT. Jadi, teringat saya tentang komen ramai orang mengenai blog dan fb - facebook. (yang biasa digunakan) "Tengok blog ni bagus jugak, dapat share banyak benda dgn kawan-kawan." "Aku, blog ni guna untuk bisnes." "Aku pulak pakai blog ni macam diary je..." "I suka post banyak photo dalam blog. Parents kat oversea, senang nak tengok.' ...dan macam-macam komen lagi. Ada juga rakan yang bekerja di beberapa syarikat besar yang juga memberi komen: "Sekarang tak boleh bukak fb, company block access.." Tetapi yang sebenarnya, kenapa ramai orang suka berada dalam dunia maya? Dunia nyata sudah tak bermakna? Saya terbaca beberapa blog dan juga kandungan-kandungan fb. Banyak juga yang membawa topik perb

Kekuatan Diri

Saya telah menemui ramai rakan dan taulan dengan banyak perbezaan dari segi pengalaman hidup. Kali ini, saya terfikir. Ada banyak juga perbezaan individu ini adalah akibat dari latar belakang mereka yang berbeza. Saya teringat seorang rakan yang kehilangan ibu seawal umur belasan tahun. Yang kemudiannya bekahwin semula. Katanya..."Anak yatim ni, biasanya kuat semangat dan tabah tak sama macam yang lain." Dalam hati, saya akui juga kebenarannya. Saya bertanya semula..."Tak marah ke bila ayah kawin lagi?" "Marah? Buat apa? Saya lagi gembira dan bersyukur. Tak lah saya risau dan susah hati. Nak pikirkan siapa yang nak jaga ayah nanti." Emmm...benar juga. Setelah menjadi seorang ibu tiri hampir 8 tahun, baru lah saya sedar bahawa tidak semua membenci kehadiran ibu tiri. Dalam pengalaman beberapa tahun menguruskan sekumpulan pekerja dan sekumpulan pengurus, saya lebih sedar akan hakikat sebenar kehidupan. Seorang teman yang berkahwin lebih 5 tahun tanpa dikunia

Sejenak memikir

Muhasabah diri merupakan satu aktiviti penting untuk setiap individu. Hari-hari yang berlalu, bertemu pelbagai gaya dan tatacara yang berbeza memberikan peluang yang luas untuk seseorang itu menjadi lebih matang dan berfikir secara waras. Kepercayaan dan ketaatan yang diberikan kepada saya sebagai seoang insan biasa, memberikan satu motivasi diri yang amat benilai. Acap kali saya terfikir... Saya bukanlah orang yang layak dan mempunyai kudrat secukupnya untuk menjalankan tugas yang saya jalankan ini. Namun, pasti ada hikmah dan sebab tersendiri mengapa saya diletakkan dalam kepelbagaian situasi yang saya rasakan tidak dapat saya kendalikan. Dengan cubaan dan dugaan yang sentiasa menghiasi mimpi di malam hari, saya sering memohon redha dan doa dari insan yang tercinta. Andai kata tiada sesiapa yang boleh menggalas tanggungjawab ini, maka redhalah saya dengan ketentuan ILAHI, untuk terus manjalankan amanah ini. Amanah yang di pikul untuk memberikan ketenangan kepada para pekerja, memberi