Skip to main content

Sayangkan anak tangan-tangankan.

Menghadiri sesi "Parenting Kuliyyah" oleh Ustaz Zulramli M Razali,di GENIUS AULAD wangsa maju hari ini banyak memberikan saya peringatan baru.

Banyak perkara biasa yang tidak kita ambil perhatian dan fikirkan dengan mendalam selama ini, telah diketengahkan dan dikongsi bersama.

Antara yang disebutkan:

Ibu bapa perlu menggunakan tangan untuk: tunjuk, pimpin, belai,pukul.

Untuk menunjukkan kepada anak kita ke arah jalan hidup yang baik, pastinya diri sendiri selaku ibu bapa perlu tahu jalan hidupnya yang baik terlebih dahulu. begitulah juga halnya dengan seorang guru. Banyak yang terjadi hari ini, ibu bapa sendiri tidak mempunyai hala tuju dalam hidup.

Sebagai seorang yang dewasa, kita sendiri sering kali tidak dapat menjawab, "apakah yang saya lihat akan berlaku 10 tahun akandatang dalam hidup saya?", "apakah cita-cita saya dalam tempoh 5 tahun akan datang?" "apa yang akan saya capai dalam tempoh 2 tahun akan datang?"

Jadi, apa pula yang akan kita tunjukkan pada anak-anak, kiranya diri sendiri tidak mampu untuk menentukan hala tuju dalam hidup. Nampak mudah, tapi payah untuk kita sendiri menjawabnya bukan?

Memimpin pula memerlukan konsistensi dan 'perseverance' atau jati diri dalam diri kita. Sebagi ibu bapa yang menjalani hidup yang penuh dengan masalah kedewasaan hari ini, kita sering terlepas dalam proses 'memimpin' anak-anak. Apabila ada masalah yang mendatang dalam hidup saban hari, kita adakalanya tidak mampu 'memimpin' anak-anak sepanjang masa, lalu kita 'relaikan' sementara. Yang kita fikirkan akan hanya jadi sementara sering mengundang kapada satu yang kekal, akhirnya kita sering terlupa yang kita sudah tidak lagi 'memimpin' anak itu...

Sering berlaku, pimpinan ini hanya diserahkan pada salah seorang antara ibu atau bapa, bahkan ada yang terlepas kepada orang gaji. Jadi, terdetiklah dalam diri saya sendiri apakah saya sudah tergolong dalam kategori itu?

Belaian bukan sahaja diperlukan oleh seorang isteri dari suami dan seorang suami dari isterinya. Malah, anak-anaklah yang paling utama untuk mendapat belaian dari ibu dan bapa. Belaian yang lebih bersifat fizikal amat memberikan kesan pada perkembangan anak-anak. Namun, batasan antara ayah da anak-anak perempuan perlulah dititikberatkan terutama apabila anak-anak meningkat dewasa.

Menurut perkongsian bersama Ustaz Zulramli, anak-anak akan lebih mesra dengan menerima belaian dan usapan dari ibu bapa, dan pastinya lebih utama dari ibunya. Maka usapan dari dahi dan menyentuh ubun-ubun anak dengan ucapan doa dan salawat dari ibu merupakan salah satu cara yang paling efektif membentuk minda anak cemerlang.

Dikongsikan juga oleh apa ibu yang hadir waktu itu, pengalaman peribadi mereka membelai anak sewaktu mereka tidur. Alhamdulillah, semoga perkara yang baik dapat dipraktikkan bersama dalam senuah kelusrga Muslim.

Maka, yang seterusnya, pukul, bukanlah satu cara yang perlu dijadikan satu kebiasaan. Ia seumpama satu jalan akhir, kiranya semua cara lain telah dicuba, maka 'pukul' dengan cara dan aturan yang baik hanya perlu menjadi pilihan terakhir.

Saya berdoa dan berharap, agar perkongsian yang sedikit itu, telah menyentuh dan dapat menyentuh semua hati-hati yang telah berjanji untuk menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini. AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...