Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Cabaran dan dugaan

Hidup ini indah. Indah untuk mereka yang tahu menghargai.Apa pula yang perlu dihargai? Adakah yang baik saja perlu dihargai? Bagaimana dengan pengalaman-pengalaman pahit dan kata cacian serta hinaan yang diterima juga perlu dihargai, bukan? Malah, fitnah yang dilemparkan juga perlu dihargai. Saya secara peribadi banyak kali menangis dan dimarahi. Tengkingan dan ugutan jangan sebutlah, sentiasa datang dan pergi. Namun, setiap kali itu terjadi, saya sebagai manusia biasa pastinya sedih dan gundah. Mungkin juga saya telah melakukan kesalahan, meskipun secara peribadi saya mempunyai sebab untuk memberikan reaksi dan berkelakuan sedemikian. Yalah, banyak perkara yang kita fikirkan baik, tidak baik pada kacamata orang lain. Dan sebaliknya. Saya kira mereka yang melakukan perkara yang sama terhadap saya juga mempunyai sebab yang tertentu. Tetapi, betapa marah sekalipun, bukankah kita masih ada tatacara dan adab-adab yang perlu dijaga sebagai muslim? Lupakah kita tentang perlunya bersikap sopa

Wajib ke FB?

Terbaca satu catatan nota rakan yang secara tidak sengaja saya temui. Bermula dari jawapan dan komen dari teman di muka "FB", saya tertarik untuk menekan tetikus pada satu nota yang dikirimkan oleh seorang yang saya kenali. (meskipun tiada dalam senarai 'kawan' dalam "FB" saya tadi.) Katanya secara ringkas, mengapa ramai yang boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit (malah ada yang berjam-jam) di muka FB setiap hari tanpa gagal melakukannya, tetapi tidak mampu meluangkan masa untuk membaca Al-Quran walau 5 minit sehari? Maka, tercatatlah dalam nota itu, untuk kita semua yang muslim ini, mencabar diri sendiri, untuk meluangkan masa yang 5 minit itu juga untuk membaca ayat-ayat suci tanpa gagal melakukannya setiap hari! Saya pasti mahu melakukannya. Bahkan,seharusnya itulah cabaran yang harus kita sahut. Semoga apa juga yang kita lakukan di alam maya, dan di alam dunia akan membawa kebaikan yang berganda. Doa saya setiap hari, agar ALLAh menjauhkan dir

Memahami untuk difahami

Agak 'cliche' apa yang hendak ditulis kali ini. Meskipun sejak akhir-akhir ini kesibukan agak memenatkan, saya cuba sedaya upaya meneruskan cita-cita untuk belajar dalam pelbagai cara termasuklah menulis di blog peribadi ini. Meskipun ramai yang pasti maklum, blog bukanlah sesuatu yang mudah untuk disebarluaskan seumpama 'facebook', tetapi tujuan penggunaan blog, facebook, myspace dan twitter adalah berbeza mengikut objektif dan tujuan individu. Sekali lagi, saya hanya ingin mengambilpeluang untuk berkongsi pandangan yang mana boleh digunapakai dan sekadar memberikan ruang praktis kepada minda saya untuk berfikir. Baru semalam bercakap dengan rakan niaga, yang selalau suka menggunakan ayat, "You must understand..." berulang kali setiap kali memulakan dialog. Adakalanya, geram juga. Jadi terkeluarlah ayat dari saya pula,"jangan selalu minta orang lain faham saja, kita sendiri perlu memahami sebelum difahami." Betulkan? Saya sendiri pada kebanyakan mas