Terbaca satu catatan nota rakan yang secara tidak sengaja saya temui.
Bermula dari jawapan dan komen dari teman di muka "FB", saya tertarik untuk menekan tetikus pada satu nota yang dikirimkan oleh seorang yang saya kenali. (meskipun tiada dalam senarai 'kawan' dalam "FB" saya tadi.)
Katanya secara ringkas, mengapa ramai yang boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit (malah ada yang berjam-jam) di muka FB setiap hari tanpa gagal melakukannya, tetapi tidak mampu meluangkan masa untuk membaca Al-Quran walau 5 minit sehari?
Maka, tercatatlah dalam nota itu, untuk kita semua yang muslim ini, mencabar diri sendiri, untuk meluangkan masa yang 5 minit itu juga untuk membaca ayat-ayat suci tanpa gagal melakukannya setiap hari!
Saya pasti mahu melakukannya. Bahkan,seharusnya itulah cabaran yang harus kita sahut.
Semoga apa juga yang kita lakukan di alam maya, dan di alam dunia akan membawa kebaikan yang berganda. Doa saya setiap hari, agar ALLAh menjauhkan diri ini dari segala dugaan yang tidak tertanggung.
AMIN.

Comments
Post a Comment