Skip to main content

Cabaran dan dugaan

Hidup ini indah. Indah untuk mereka yang tahu menghargai.Apa pula yang perlu dihargai? Adakah yang baik saja perlu dihargai?

Bagaimana dengan pengalaman-pengalaman pahit dan kata cacian serta hinaan yang diterima juga perlu dihargai, bukan? Malah, fitnah yang dilemparkan juga perlu dihargai.

Saya secara peribadi banyak kali menangis dan dimarahi. Tengkingan dan ugutan jangan sebutlah, sentiasa datang dan pergi. Namun, setiap kali itu terjadi, saya sebagai manusia biasa pastinya sedih dan gundah. Mungkin juga saya telah melakukan kesalahan, meskipun secara peribadi saya mempunyai sebab untuk memberikan reaksi dan berkelakuan sedemikian.

Yalah, banyak perkara yang kita fikirkan baik, tidak baik pada kacamata orang lain. Dan sebaliknya.

Saya kira mereka yang melakukan perkara yang sama terhadap saya juga mempunyai sebab yang tertentu. Tetapi, betapa marah sekalipun, bukankah kita masih ada tatacara dan adab-adab yang perlu dijaga sebagai muslim?

Lupakah kita tentang perlunya bersikap sopan, sabar, jujur dan tenang.Ialah, orang kata bila marah semua boleh jadi. Tapi ingat, sekali kita lakukan perkara baik berganda-ganda balasannya.

Sekali kita lakukan perkara jahat, jangan ingat mudah untuk orang memaafkannya.

Semoga ALLAH memberkati hidup kita semua sebagai MUSLIM yang baik. AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...

Cabaran Syawal tahun ini: Satu pemerhatian peribadi.

Apa khabar semua? Semoga cuti yang panjang tidak menjadi penghalang kepada perkembangan positif dan perubahan yang baik. Wah, setelah ramadhan berlalu, syawal pula menjelma! Ramai dikalangan rakan usahawan runcit berkongsi pengalaman pahit manis semasa ramadhan dan syawal. Ada juga usahawan yang gembira dengan hasil jualan (terutama pengusaha makanan) dan ada juga keluhan kekurangan pelanggan yang membeli (terutama pengusaha pakaian). Selain itu, rakan niaga dalam industri perkhidmatan juga merungut akibat pelanggan yang lewat dan masih tidak menjelaskan bayaran perkhidmatan. Maklumlah, ramai pelanggan yang mula bercuti seawal 6 September yang lalu. Apa yang saya kira menarik tahun ini adalah pola pembelian yang berkait rapat dengan kuasa masyarakat sebagai pembeli serta kekukuhan ekonomi keluarga di dalam masayarakat. Rata-rata tahun ini ramai yang berbelanja secara sederhana dari segi perhiasan rumah, diri dan keluarga. Jika diperhatikan, ramai yang keluar mem...

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka! **************** Assalamualaikum. Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog   saya ini. Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu? Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar. Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama. Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan. Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak   yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang. Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya) Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak be...