Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Kisah Projek 3 Bulan : Bahagian 2

Assalamualaikum semua. Baik, seperti yang dijanjikan, saya sambung semula kisah projek 3 bulan yang saya sedang jalani. Buat pengetahuan, projek SME @ University kumpulan pertama sudah berlangsung dengan jayanya Surat Tawaran. Ha, inilah surat tawaran yang diberikan pada hari taklimat. Jelas tatacaranya, bukan? Jadi, saya adalah salah seorang peserta untuk kumpulan kedua program SME @University. Ini adalah beberapa dokumen yang diterima semasa sesi taklimat tersebut. Maaf ya, gambar tidak sebaik kamera canggih yang ada di pasaran. :-) Ini adalah fail untuk menyimpan semua nota dan bahan bacaan yang diterima. Warnanya memang sesuai untuk saya! :) Ini pula adalah jadual kelas. Setiap hari Sabtu, kelas adalah penuh. Tetapi, hari Ahad ia bergantung kepada isi kandungan program. Kebanyakan kandungan modul adalah gabungan di antara kuliah oleh pensyarah dan kuliah pembentangan oleh 'practitioner' dalam dunia perbniagaan. Bagus, bukan?

Projek belajar 3 bulan: Februari-April 2012.

Assalamualaikum semua. Terkini, saya sedang menghadirkan diri ke kelas yang diadakan setiap hujung minggu, jadual secara tetap pada setiap hari Sabtu 9 pagi hingga 5 petang dan bergilir pada hari Ahad. Program ini adalah sau program yang dinaman SME @University. Kehadiran adalah CEO syarikat di bawah kategori SME. Ada juga yang hadir mewakili syarikat dengan jawatan lain walaupun bukan CEO. Bagi saya yang penting, belajar dan aplikasi. Ini 'beg sekolah' yang diberi kepada anak murid. Termasuklah saya. :) Ini pula antara nota dalam modul di bulan pertama, Februari. Nota ini adalah dari modul terkini di bulan March. Oh ya, setiap dari kami akan diberikan 'stand' nama untuk dipaparkan di meja.  Terasa seperti ahli parlimen pula! :D Baik, pada nama itu tertulis juga penganjur program yang terdiri dari SME Corp, MASMED UiTM dan 2 agensi lain. Menariknya, semua peserta perlu memberikan komitmen sebanyak RM2500 dan akan dikembalika

Hari jadi tidak tenang, hanya kerana...

Alhamdulillah. Hari-hari yang mendatang dalam hidup merupakan anugerah hebat yang Allah beri. 24 jam sehari adalah nikmat yang tidak terperi. Setiap saat, nafas yang disedut merupakan sesuatu yang tidak ternilai. Hari ini, saya amat bersyukur dengan adanya ramai manusia yang sentiasa sering mendoakan kebaikan untuk semua. Mendoakan yang baik sesama manusia. Sama ada mereka kenali atau tidak, doa itu terus mengalir bagaikan air sungai yang tidak putus dan terus bersambung ke lautan. Dalam diam, ramai juga rakan-rakan yang sedang bergelumang dengan kesibukan dunia seperti saya. Mungkin tidak sesibuk mana sebenarnya. Tetapi, melalui fasa-fasa hidup yang adakalanya di luar jangkaan adalah satu cabaran yang menjadikan kita sebagai insan. Dugaan yang tidak diduga dan adakalanya berlaku di luar kawalan kita sebagai manusia. Dimarahi kawan atau jiran tetangga juga adakalanya menjadikan hari seseorang menjadi hambar. Adakalanya, hanya dengan senyuman dan ucapan terima kasih dari sese