Skip to main content

Projek belajar 3 bulan: Februari-April 2012.

Assalamualaikum semua.


Terkini, saya sedang menghadirkan diri ke kelas yang diadakan setiap hujung minggu, jadual secara tetap pada setiap hari Sabtu 9 pagi hingga 5 petang dan bergilir pada hari Ahad.


Program ini adalah sau program yang dinaman SME @University. Kehadiran adalah CEO syarikat di bawah kategori SME.


Ada juga yang hadir mewakili syarikat dengan jawatan lain walaupun bukan CEO. Bagi saya yang penting, belajar dan aplikasi.


Ini 'beg sekolah' yang diberi kepada anak murid. Termasuklah saya. :)


Ini pula antara nota dalam modul di bulan pertama, Februari.





Nota ini adalah dari modul terkini di bulan March. Oh ya, setiap dari kami akan diberikan 'stand' nama untuk dipaparkan di meja. 

Terasa seperti ahli parlimen pula! :D

Baik, pada nama itu tertulis juga penganjur program yang terdiri dari SME Corp, MASMED UiTM dan 2 agensi lain.


Menariknya, semua peserta perlu memberikan komitmen sebanyak RM2500 dan akan dikembalikan apabila selesai menghadiri program dengan kedatangan penuh dan memenuhi keperluan program.

Keperluan program itu ialah.....menyediakan pembentangan kertas kerja cadangan untuk perniagaan sedia ada. Sama ada rancangan pengembangan perniagaan, rancangan pelan pemasaran atau sebarang rancangan yang perlu untuk pembangunan syarikat.

Ini agak mencabar terutama bagi SME yang berkonsepkan perkhidmatan. Salah satu kriteria yang ingin dilihat adalah wujudnya 'inovasi' dari setiap pembentangan peserta dalam bidang perniagaan masing-masing.

Banyak lagi yang saya mahu kongsikan. Tunggulah, saya akan sambung pada tulisan yang akan datang.

Jumpa lagi ya. Selamat belajar buat semua!.





Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...