Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Benar, ia amat pahit!

"Aliyah, mari makan ubat sayang." "Tak nak! Tak nak!" jerit si kecil sambil berlari keluar ruang tamu. Senario biasa kebanyakan ibu apabila cuba memujuk si kecil untuk minum ubat. Maka pada masa itu, si ibu mula marah kerana  si anak tidak mahu. Pada fikirannya sekarang, bagaimana anak ini akan kembali sihat jika tidak mahu makan ubat? Kalau sakit, ibu juga yang susah hati. Saya kira, bukan saya sahaja yang menghadapi masalah ini. Adakala, terpaksa berhempas pulas hanya untuk memastikan anak makan ubat batuk atau ubat demam sebanyak 5ml. Agak tertekan juga dibuatnya! Rupa-rupanya, ubat yang pahit ini jugalah yang akan memberikan kebaikan. Bagaimana si kecil 2 atau 4 tahun boleh faham dengan mudah? Sudah pasti sukar untuk kita menerangkannya bukan? Lalu, kita terpaksa memaksa mereka menelannya walau terpaksa berhempas pulas. Kehidupan seharian kita dalam berorganisasi adalah serupa. Ramai antara ahli sesebuah organisasi tidak dapat menerima pahitnya tegura

Mari bina yakin diri!

Ramai antara kita selaku berfikir yang kita boleh melakukan perkara yang kita mahu. Sejak dari kecil soalan yang biasa ditanya, "Bila dewasa nanti mahu jadi apa?" Benar bukan? Pada waktu itu, kita jarang berfikir apa sebenarnya yang kita mahu dan apa sebenarnya mahu itu. Sebagai seorang anak yang sedang belajar, kita mahu cepat tamat belajar dan boleh pergi jauh berdikari dari keluarga. Waktu itu, mahunya adalah kebebasan dan keinginan berbelanja tanpa perlu meminta. Apa bila sudah agak berdikari dan mampu menyara hidup sendiri, kita sudah mula berfikir mahu membina hidup. Kebiasaannya lelaki dan wanita sudah mula memikirkan sejauh mana mereka serius dengan hubungan yang sedang atau akan dijalinkan. Mampukah membina keluarga kelak? Seterusnya, apa yang kita mahu capai dalam hidup sudah menjadi satu senarai yang panjang. Mereka yang benar-benar ingin menjadikan hidup lebih bermakna sudah pasti membuat senarai tersebut lebih awal. Malah ada juga yang menjadikannya seb

TIP KEJAYAAN 2: Sentiasa Mahu Membaca

Anda ingat bila kali pertama anda boleh membaca? Bagaimana anda boleh membaca? Sekarang, apa yang anda baca? Anda adalah apa yang anda baca! Benarkah begitu? Saya secara peribadi mula belajar mengenal A, B, C pada usia 7 tahun apabila memasuki darjah satu. Zaman itu, bukanlah menjadi satu kebiasaan untuk tidak menghantar anak ke tadika. Tetapi entah bagaimana, ibu bapa saya tidak pula mahu menghantar saya. Agak pelik, tetapi ia memberikan kesan pembelajaran yang unik bagi saya. Pertama kali mengenal erti 'membaca' saya amat menghargainya dan amat meminati buku, kerana ia sesuatu yang 'pelik' bagi saya pada masa itu. Secara ringkasnya, pengalaman membaca yang anda ada mungkin jauh berbeza dengan pengalaman yang saya pernah lalui. Setelah pandai membaca dan bijak pula untuk mentafsir, seseorang sudah mula pandai memilih genre dan bentuk bahan bacaan pilihannya. Pada waktu seseorang itu menjadi pelajar, mereka mungkin hanya tertakluk kepada banyak bahan bacaan

Menjalani kehidupan yang bukan milik kita!

"Aku kerja cuma untuk beli apa yang aku nak!" Agak sukar untuk saya menerima pernyataan ini, walaupun ia datang dari seorang graduan yang tidak mempunyai banyak komitmen kewangan pada masa ini. Ramai juga rupanya anak muda diluar sana yang masih bertuah mempunyai keluarga yang terus menyokong dan mendorong mereka untuk membuat pilihan hidup sendiri. Malah, selepas bekerja, mereka masih sudi untuk menerima anda tinggal bersama mereka. Saya yakin, ramai juga ibu bapa di luar sana yang amat memahami betapa sukarnya anak muda zaman ini untuk meneruskan hidup tanpa sokongan berterusan dari ibu bapa dan keluarga. Cuba anda banyangkan. Tamat sahaja pengajian, gaji minima yang anda mungkin dapat hanyalah diantara RM1200-1500 tanpa pengalaman. Jika dikira dengan kos sara hidup dibandar termasuk sewa rumah atau bilik, bil elektrik, bil air, bil telefon bimbit, keperluan diri termasuklah pakaian, kos perjalanan ke temat kerja dalam sebulan dan kos makan harian, paling tidak an

CERITA: Ada masanya anda perlu tahu.

Satu ketika saya pernah diceritakan, tentang bagaimana seorang ibu begitu menyayangi anak lelakinya. Saya juga pernah diceritakan bagaimana kasih seorang suami yang menjaga isterinya hingga ke akhir hayat. Saya juga pernah diceritakan tentang bagaimana  kasihnya seorang ibu monyet menyelamatkan anaknya. Saya dengar banyak cerita! Namun, sesetengah cerita hanyalah satu hikayat. Hikayat sebagai halwa telinga dan sebagai pengubat. Saya percaya, masih banyak cerita yang boleh membawa hikmat , bukan sekadar hikayat. Hikayat hanyalah untuk hiburan. Ada juga yang memberikan maklumat, tetapi banyak hikayat yang hanya berfungsi sebagai pengisi kekosongan dan memberi kelegaan bagi emosi dan perasaan. Cerita sebegini, dapat memberikan kelegaan kepda minda dan tubuh badan yang penat berfikir. Sebaliknya, scerita dengan hikmah memberikan makna dalam hidup. Banyak pengajaran yang boleh diambil dan diadaptasikan dalam amalan harian. Cerita yang berhikmah, sentiasa mengajak manusia berfikir.

TIP KEJAYAAN 1: Sentiasa Mahu Belajar

Pengalaman pembelajaran secara formal bagi kebanyakan kita bermula seawal usia 4 tahun lagi. Malah dunia kini menyaksikan anak seusia 2 tahun sudah diberikan pendedahan pembelajaran formal. Pada kebanyakan masa, belajar hanya dikaitkan dengan pembelajaran formal yang melibatkan buku dan kerja rumah semata-mata. Tujuan utama dalah untuk mendapat keputusan cemerlang dengan segulung sijil di tangan. Selepas itu, menyandang jawatan di syarikat besar. Terbayangkah anda apa yang bakal dihadapi oleh anak-anak kita dalam bidang pembelajaran 5 tahun akan datang? Adakalanya, situasi ini agak menggerunkan untuk difikirkan bukan? Meneliti semula pengalaman peribadi yang telah melalui pengalaman pembelajaran formal seawal usia 7 tahun, saya yakin masih banyak lagi pelajaran dan cabang ilmu yang belum dapat diteroka. Pembelajaran formal bukanlah segala-galanya, tetapi ia memberikan ruang kepada minda kita untuk diasah dan diajar untuk dibentul agar boleh diajar dan mampu menerima pembelaja