Skip to main content

Mari bina yakin diri!

Ramai antara kita selaku berfikir yang kita boleh melakukan perkara yang kita mahu. Sejak dari kecil soalan yang biasa ditanya, "Bila dewasa nanti mahu jadi apa?" Benar bukan?

Pada waktu itu, kita jarang berfikir apa sebenarnya yang kita mahu dan apa sebenarnya mahu itu.

Sebagai seorang anak yang sedang belajar, kita mahu cepat tamat belajar dan boleh pergi jauh berdikari dari keluarga. Waktu itu, mahunya adalah kebebasan dan keinginan berbelanja tanpa perlu meminta.

Apa bila sudah agak berdikari dan mampu menyara hidup sendiri, kita sudah mula berfikir mahu membina hidup. Kebiasaannya lelaki dan wanita sudah mula memikirkan sejauh mana mereka serius dengan hubungan yang sedang atau akan dijalinkan. Mampukah membina keluarga kelak?

Seterusnya, apa yang kita mahu capai dalam hidup sudah menjadi satu senarai yang panjang.

Mereka yang benar-benar ingin menjadikan hidup lebih bermakna sudah pasti membuat senarai tersebut lebih awal. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai pelan perancangan yang dikongsi bersama seisi keluarga. Jadi, sekarang apa sebenarnya yang anda mahu?

Pernahkah anda terfikir, bahawa apa saja yang anda mahu, ada yang sudah pun berjaya anda capai.

Sedar atau tidak, mahu yang anda mahu sudah  berjaya dicapai dengan adanya keyakinan dalam diri anda. Keyakinan yang menyatakan bahawa anda boleh dapat apa yang anda mahu. Betul?

Baiklah. Sekiranya anda mahu menamatkan pengajian di universiti satu ketika dulu, anda sudah pasti dan yakin bahawa anda boleh menamatkannya. Sebab itulah anda sekarang sudah pun menamatkannya. Benar bukan?

Sepanjang perjalanan hidup ini, pada kebanyakan waktu, kita mempunyai banyak kemahuan yang kemudiannya dijadikan sebagai cita-cita yang kita rancang untuk mencapainya.

Sebenarnya, keyakinan diri kita terhadap cita dan kemahuan itu menjadi perkara utama yang menyebabkan kita berjaya mencapainya.

Sekarang, sejauh mana pula kepuasan anda terhadap cita dan mahu yang anda telah capai?

Sekiranya anda masih belum mencapai cita anda sepenuhnya, lihatlah semula sejauh mana keyakinan diri anda yang telah anda bina.

Membina keyakinan diri bukanlah satu perkara mudah. Meskipun ianya nampak ringkas dan tidak menelan banyak belanja, yakin diri memerlukan sesuatu yang tidak ternilai harganya.

Sedarkah anda bahawa tahap kejayaan yang anda capai berkadar langsung dengan tahap keyakina diri anda? Malah tahap keyakina diri anda menunjukkan bagaimana yakinnya anda pada tuhan!

Ramai ahli motivasi dan psikologi barat menyebut tentang teori dan falsafah yang berkaitan dengan keyakinan atau 'self-confidence'.

Apa yang nyata, keyakinan kita sebagai Muslim kepada ALLAH adalah melangkaui segala keyakinan dalam dunia ini.

Jadi, memang layaklah bagi mereka yang mempunyai keyakinan pada ALLAH menjadi orang yang paling berjaya dalam hidup.

Berjaya bukan diukur dengan nilai kekayaaan wang ringgit semata-mata. Kejayaan sebenar adalah sesuatu yang hanya difahami dan dimiliki oleh anda sendiri.

Jadi, tanyalah semula pada diri, setinggi mana keyakinan ku pada ALLAH?

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...