Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Pengalaman hidup, pengajaran diri.

Hidup memerlukan pengalaman untuk menjadikannya bermakna. Pengalaman membesar dalam sebuah keluarga adalah juga satu pembelajaran yang unik. Pengalaman bertemu dengan rakan, guru dan orang asing menjadikan seseorang itu mempunyai perwatakan berbeza walaupun dibesarkan di dalam keluarga yang sama. Semasa saya menulis catatan ini, saya dihubungi oleh seorang ibu muda yang berkahwin dengan pasangannya yang mempunyai perbezaan umur yang amat ketara. Oh, samalah seperti saya juga! Saya senyum ketika itu. Sebenarnya perbezaan umur bukanlah isunya. Perbezaan keperibadian juga bukan. Beza pendapat dan sikap juga bukan. Bukankah yang berbeza itu menyebabkan tertariknya diri pada si dia? Ahem! Meneliti kandungan perbicaraan beliau bersama saya (di alam maya) meyebabkan saya bertambah insaf. Insaf tentang diri, insaf tentang kehidupan. Ada beberapa perkara yang saya selami yang saya mahu kongsikan. 1. Belajarlah menjadi sebijak Siti Khadijah. Ya, benar. Saya sangat ka