Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Minda menyusun Kata: Dulu...dan sekarang.

Sebagai seorang guru pra-sekolah, saya sering mengingatkan diri saya agar selalu bersabar, tenang dan bijak dalam mengambil sebarang keputusan apabila berhadapan dengan karenah anak-anak. Malah, apabila berhadapan dengan ibu bapa, ia memerlukan tenaga dan ketahanan   emosi yang lebih tinggi. Antara tugas utama sebagai seorang guru adalah memberikan pengalaman pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak. Tidak hanya memenuhi kemahuan ibu bapa, tetapi yang lebih utama adalah kepentingan anak-anak dalam proses pembelajaran. Anak-anak perlu diberikan ruang untuk bertanya, peluang untuk ekspresi diri dan belajar dari kesilapan adalah antara proses pembelajaran semulajadi yang perlu diberikan perhatian. Anak-anak diajar untuk saling hormat menghormati, meminta izin untuk menggunakan barang rakan atau jika mahu ke tandas. Mereka juga diajar untuk berkongsi dan memohon maaf jika melakukan kesalahan. Bercakap benar dan bertutur dengan baik juga menjadi salah satu tatacara berkomunikasi. Yang pe

Dunia Perniagaan: Yang saya lihat...

Baru- baru ini banyak kisah mengenai perniagaan dan penipuan dipaparkan di dada akhbar tempatan. Dari kisah penipuan wang, salah guna kuasa dan banyak lagi. Sesekali, terfikir juga, bukankah berniaga itu 9/10 dari punca rezeki? Mengapa pula lain jadinya? Dunia perniagaan tidak semudah yang disangka. Meskipun hanya mahu menjual nasi lemak di tepi jalan, tidak senang untuk melakukannya. Kadangkala, saya sendiri kagum dengan kebolehan mereka berniaga sebegitu. Ada yang kata, merekalah jutawan senyap! Kali ini, saya hanya mahu bercerita tentang sedikit pengalaman berniaga yang saya mulakan bukan dengan niat untuk kaya pada asalnya. Ia hanyalah semata-mata sudah tertulis dalam 'buku pencapaian dalam hidup' yang saya ciptakan untuk diri saya dan untuk saya capai. Salah satu yang tertulis adalah untuk mempunyai perniagaan sendiri apabila telah bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun. Pada masa itu, saya menumpukan minat dan kemahiran dalam bidang pendidikan, mengajar dan membimbing.

Kisahnya : Kahwin Lambat

Baru-baru ini, banyak pihak menyuarakan kebimbangan wanita yang lambat berkahwin. Malah ada juga banyak spekulasi yang dilontarkan kepada mereka yang lambat kahwin. Drama dan kisah kehidupan yang dipaparkan dalam media semasa juga banyak yang menyentuh perkara ini. Secara peribadi saya menghormati keputusan setiap wanita yang tidak mahu berkahwin atau kahwin lambat. Bukan saya menyokongnya, tetpai saya menghormati mereka yang mepunyai sebab tertentu untuk tidak kahwin. Jika ditanya, pasti saya akan menggalakkan mereka berkahwin! Beberapa perkara yang saya lihat dan dengar sendiri tentang sebab mengapa mereka tidak berkahwin dan dari pemerhatian saya: 1. Mempunyai banyak pengalaman buruk bersama lelaki Pengalaman yang saya maksudkan tidak hanya melibatkan pengalaman perbadi. Pengalaman ini termasuklah melihat apa yang terjadi pada rakan atau ahli keluarga, malah masyarakat sekeliling. Ada pengalaman yang menyebabkan seseorang itu menjadi 'fobia' dan takut untuk men