Skip to main content

Kisahnya : Kahwin Lambat

Baru-baru ini, banyak pihak menyuarakan kebimbangan wanita yang lambat berkahwin. Malah ada juga banyak spekulasi yang dilontarkan kepada mereka yang lambat kahwin.

Drama dan kisah kehidupan yang dipaparkan dalam media semasa juga banyak yang menyentuh perkara ini.

Secara peribadi saya menghormati keputusan setiap wanita yang tidak mahu berkahwin atau kahwin lambat.

Bukan saya menyokongnya, tetpai saya menghormati mereka yang mepunyai sebab tertentu untuk tidak kahwin. Jika ditanya, pasti saya akan menggalakkan mereka berkahwin!

Beberapa perkara yang saya lihat dan dengar sendiri tentang sebab mengapa mereka tidak berkahwin dan dari pemerhatian saya:

1. Mempunyai banyak pengalaman buruk bersama lelaki

Pengalaman yang saya maksudkan tidak hanya melibatkan pengalaman perbadi. Pengalaman ini termasuklah melihat apa yang terjadi pada rakan atau ahli keluarga, malah masyarakat sekeliling.

Ada pengalaman yang menyebabkan seseorang itu menjadi 'fobia' dan takut untuk menjalinkan hubungan serius bersama mana-mana lelaki.

Pada kebanyakan masa wanita ini merasakan hidup sendirian lebih bermakna daripa hidup bersama lelaki durjana!

2. Terlalu banyak masa bekerja dan tidak empunyai masa bersosial

Saya bertemu ramai juga kenalan yang banyak menghabiskan masa lampau bekerja sehingga tidak mempunyai masa untuk bersosial dan tidak mempunyai kenalan lelaki. Ada antara mereka yang bekerja pelbagai 'syif' seperti di kilang-kilang, malah ada juga mereka yang bekerja sebagai profesional yang terlalu komited dengan kerjaya.

Kekurangan masa yang memberikan mereka lebih masa untuk menaiki tangga kecemerlangan dalam bekerjaya adakalanya menyebabkan mereka tidak dilihat sebagai calon yang sesuai sebagai isteri pada mata ramai lelaki.

3. Sikap atau tingkah laku wanita tersebut yang menyebabkan lelaki agak menjauhan diri

Ada beberapa wanita yang saya temui agak kasar dan sentiasa bersuara lantang apabila menyuarakan pendapat dan pendirian mereka mesipun dalam keadaan yang santai. Malah, ada juga antara teman saya, yang saya sering menegur beliau supaya tidak terlalu keras apabila berbual bicara.

Pada kebanyakan masa, ramai lelaki tidak gemar dan tidak berani untuk lebih rapat dengan wanita yang tidak menunjukkan sikap 'lemah lembut' atau sifat sebagai seseorang yang boleh menjadi 'follower'.

4. Jodoh yang datang tidak solo

Senario ini adalah yang paling kerap saya jumpa. Ramai wanita yang bertemu dengan lelaki yang mereka sukai dan hanya mendapat tahu bahawa mereka telah beristeri apabila sudah berkwan agak lama. Ini banyak yang terjadi dikalangan mereka yang berumur 25 dan ke atas.

Saya sendiri tidak pasti mengapa, tetap yang enjadi persoalan, ramai lelaki juga terus melayan wanita ini tanpa mengakui bahawa mereka sudah beristeri...

5. Tidak dapat melupakan CINTA pertama

Ini jarang saya jumpa, tetapi ada juga wanita yang tidak mahu langsung berkenalan dengan lelaki lain selain daripada cinta pertamanya!

Banyak juga yang berjaya mengatasi masalah ini, tetapi mereka mengambil masa yang lama...

Apabila wanita lambat berkahwin, saya perhatikan mereka:

1. Lebih banyak mengalami masalah kesihatan pada usianya

Pada peringkat seawal usia 36 ke atas, saya lihat ramai kawan saya yang masih bujang sudah mula mengalami maslah tulang dan pendengaran. Memahni keadaan ini, sya boleh memahami beberapa kesan dan iplikasi yang terpaksa mereka harungi apabila berada dalam alam pekerjaan yang mana ramai rakan sekerja tidak boleh memahainya.

2. Emosi yang agak sukar ditelah

Perubahan emosi yang tidak enentu juga sering berlaku. Jadi tahap kesabaran yang tinggi amatlah perlu bagi wanita yang lewat berkahwin dan mereka yang berada di sekelling. Malah apa jua perbincangan yang melibatkan emosi dan perasaan perlu dilakukan dengn waspada.

******************

Kahwin lambat bagi saya tidak terjadi begitu sahaja. Ia selalunya mempunyai banyak faktor yang hanya diketahui oleh individu berkenaan.

Ada ramai wanita yang memang berusaha untuk mendapatkan jodoh yang baik pada masanya. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.

Tetapi, apa yang penting ia semua adalah kehendak dan ketentuan ALLAH. Usaha kita sekalipun 99%, 1% adalah masih ditanganNYA.

Bersangka baiklah pada mereka yang berkahwin lambat dan terimalah jodoh yang ditentukan, insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...