Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Ruang Ekspresi

Banyak perkara dalam perjalanan hidup manusia yang tidak berlaku seperti yang dirancang. Ada yang merancang dan ada juga yang tidak. Apa pun, Allah jugalah yang menentukan sama ada rancangan itu akan berjaya atau tidak. Seperti saya, adakalanya merancang untuk meluangkan masa yang lebih untuk keluarga, memberikan ruang untuk menelaah dan mengawasi sesi ulangkaji anak-anak di rumah. Pada kebanyakan masa, ketika yang tidak dirancang itulah yang akan membuahkan hasil yang lebih baik. Menulis dan berkongsi pengalaman dalam blog ini juga merupakan salah satu rancangan saya untuk menambahkan ruang ekspresi dan eksplorasi. Pun, adakalanya tidak memberikan hasil seperti yang dijangkakan. Hidup memang sukar ditelah. Tapi, pengalaman hidup mesti diteruskan untuk generasi akan datang. Pengalaman setiap individu yang unik amat berharga sekiranya kita pandai mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian. Umpama anak kecil yang baru bertatih. Jatuh sekali...pasti bangun lagi!

Feel good to help others...

Salam. I was touched by a very thorough explanation by one of the officer from PUNB during a meeting session. I conclude : To help others, you must help yourself first. To avoid dissapoinment do not expect any rewards or return when you help others. The return or reward will come best from ALLAH in many ways that we never think of!

Lagi 'Event' untuk Anak-anak!

August yang lalu...sudah agak lama berlalu...tapi rasanya tidak salah untuk dikongsikan pengalaman yang ada. Pada hari 'event' yang berlangsungi ni, saya (ibu anak2) sedang bekerja (sebagai organiser event...) Jadi, ayah merekalah yang melayan karenah 3 orang ini... Berlangsung di Kampung Budaya Bukit Cahaya Seri Alam @ Bukit Cerakah. Becakap tentang keluarga dan masa, adakalanya, aktiviti yang seringkas hari sukan sekolah atau hari penyampaian anugerah disekolah juga merupakan antara masa yang terbaik untuk kita luangkan. Memberikan salah satu cara dan peluang untuk menunjukkan pada anak yang ibu dan bapa sentiasa menyokong dan berada disamping mereka. Rasanya, hari itu, telah meninggalkan kenangan yang manis buat anak-anak...dan ayah mereka!

GRANT

Satu lagi program yang saya hadiri baru-baru ini. Banyak yang saya pelajari... Kaunter Pendaftaran di mana program berjalan. Ramai yang hadir! The emcee! Sesi 'networking'. Saya mendapatkan banyak input terkini dan yang terbaru mengenai "GRANT" dan peluang mendapatkan sumber kewangan dalam peniagaan. Saya berharap lebih ramai usahawan melayu yang hadir.

Syawal yang kali ini...

Salam. "Raya yang seronok budak2 la.." Biasa kita dengarkan? Banyak perbincangan mengenai sambutan raya, adab dan tatacara mengisi perayaan di utarakan dalam media utama seperti radio dan televisyen. Secara peribadi, saya setuju juga yang raya ni lebih seronok dirayakan oleh anak anak berbanding dengan kita orang dewasa. Semakin meningkat dewasa, rasanya RAMADHAN menjadi lebih penting dari hari raya. Tak tahulah, mungkin dalam keadaan yang tertentu kita juga boleh "merasai" keindahan sebenar aidilfitri. Bagi saya, cabaran menyambut adilfitri lebih menjurus kepada keperluan "kewangan" dan bajet yang perlu diatur. Lagi sukar kalau kita asyik memikirkan "apa kata orang nanti". Lagi cabaran yang mendatang lepas aidilfitri...."RUMAH TERBUKA". Masing-masing berlumba-lumba nak adakan jamuan aidilfitri. Maklumlah, ramai yang bernaggapan, inilah masa untuk menjemput rakan taulan dan ahli keluarga untuk datang kerumah. Bukan apa, ada kalanya rama

Salam Aidil Fithri

Assalamualaikum... Ramadhan sudah hampir ke penghujung nya. Alhamdulillah Ramadhan kali ini, banyak juga dugaan dan liku hidup yang saya lalui. Saya berdoa agar pengalaman kali ini akan lebih menjadikan saya jauh lebih tabah dan belajar erti kehidupan sebenar. Saya sentiasa mendoakan kejayaan kepada semua yang saya kenali dan muslim seluruhnya. dan MAAF ZAHIR BATIN.

Teachers Training & Sharing Session

Salam. Baru-baru ni saya ditugaskan untuk mengendalikan sesi perbincangan dan perkongsian idea dengan sekumpulan guru pra sekolah. Hebat guru-guru ni! Ha, saksikanlah sendiri... Banyak perkara yang telah dikongsikan termasuklah bagaimana membuat pelan pamasaran program pra sekolah dan mengendalikan pembukaan pra sekolah. SEMOGA KEJAYAAN ANAK ANAK MUSLIM AKAN BERTERUSAN. AMIN!!

JARINGAN PUNB PERINGKAT NASIONAL 2009

Salam. Agak terlewat, tetapi masih mahu berkongsi satu program yang saya hadiri. Banyak juga usahawan melayu yang berjaya. Namun cabaran untuk menjadi kekal dalam perusahaan bukanlah satu perkara yang mudah. Program Penyampaian Anugerah kepada Usahawan PUNB yang cemerlang. Pengisian program perkongsian pengalaman bersama usahawan. Berkongsi pendapat dan program ramah mesra. Sempat berbual bersama HIJJAZ. Ucapan Aluan dari CEO PUNB Saya berharap cabaran untuk menghasilkan lebih ramai usahawan melayu yang berjaya akan dapat direalisasikan. AMIN!

MICCOS: Malaysia International Commodity Conference & Showcase

Salam. Baru-baru ini saya mengunjungi satu lagi ekspo. Kali ini, ekspo pertanian. Emm...banyak perkara baru yang saya pelajari. Some of the major exhibitor... Baiklah. Saya rakamkan pengalaman saya dalam slide show juga... SLIDE SHOW!!

Slide Show: Majlis Pelancaran Francais

Majlis Pelancaran Francais Tadika

Salam. Pada 10 Ogos yang lalu, saya berkesempatan untuk mengikuti satu pelancaran perniagaan francais yang diadakan di Kota Kinabalu Sabah. Di sabah, kerajaan telah melantik satu badan kerajaan khas untuk pembangunan perniagaan iaitu SABAH ENTERPRENEUR DEVELOPMENT CORPORATION atau SEDCO. Manakala badan swata yang terlibat ialah SEDCOVEST Holding Sdn Bhd. manakala PNS atau Perbadanan Nasional Berhad adalah agensi yang memberikan pembiayaan untuk usahawan francais, dan mereka yang mahu menjadi francaisor. Acara dan suasana semasa Majlis Pelancaran. Pembentangan Kertas Kerja sempena SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN FRANCAIS. Seminar ini dijalankan sejurus selepas majlis pelancaran telah selesai. Banyak maklumat lanjut yang boleh di dapati mengenai perniagaan francais di: http://www.pns.com.my/ atau http://www.mfa.org.my/ Salam Berjaya, Noraminah Omar http://www.noraminahomar.wordpress.com/ http://www.geniusauladdamansara.blogspot.com/

UniKL-PUNB

Salam. Pada 6 Ogos yang lalu saya telah menghadiri majlis menandatangani MOU antara UniKL - PUNB. Antara yang menarik, UniKL adalah satu-satunya universiti (setakat ini) yang membenarkan pensyarah dan pelajarnya mengajar dan belajar sambil menjalankan perniagaan. Hebat bukan? Kedua, UniKl baru sahaja melancarkan ISE- International School of Enterpreneurship. Mereka menawarkan program sarjana yang agak kompetitif. Jadi bagi anda yang berminat dan 'cintakan' ilmu, dapatkanlah maklumat lanjut. Layari: http://www.unikl.edu.my/ lawat juga http://www.punb.com.my/

Franchise International Malaysia 2009

Salam. Baru-baru ini, saya ada mengunjungi salah satu 'exhibition' tahunan di PWTC. Franchise International Malaysia 2009. Ia merupakan acara tahunan yang telah saya hadiri sejak dua tahun lalu. Nampaknya, banyak juga perkara baru yang saya pelajari dan temui. Saya juge bertemu dengan beberapa rakan baru dan mempelajari perkara terbaru tentang industri Francais malaysia. Noraminah Omar Call/text: +6013.380.8831 YM: aroma_om SKYPE: Noraminah Omar http://www.noraminahomar.wordpress.com/ http://www.geniusauladdamansara.blogspot.com/ http://www.geniusactivekidz.blogspot.com/ www.vemmabuilder.com/647874305