Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Lagi 'Event' untuk Anak-anak!

August yang lalu...sudah agak lama berlalu...tapi rasanya tidak salah untuk dikongsikan pengalaman yang ada. Pada hari 'event' yang berlangsungi ni, saya (ibu anak2) sedang bekerja (sebagai organiser event...) Jadi, ayah merekalah yang melayan karenah 3 orang ini... Berlangsung di Kampung Budaya Bukit Cahaya Seri Alam @ Bukit Cerakah. Becakap tentang keluarga dan masa, adakalanya, aktiviti yang seringkas hari sukan sekolah atau hari penyampaian anugerah disekolah juga merupakan antara masa yang terbaik untuk kita luangkan. Memberikan salah satu cara dan peluang untuk menunjukkan pada anak yang ibu dan bapa sentiasa menyokong dan berada disamping mereka. Rasanya, hari itu, telah meninggalkan kenangan yang manis buat anak-anak...dan ayah mereka!

GRANT

Satu lagi program yang saya hadiri baru-baru ini. Banyak yang saya pelajari... Kaunter Pendaftaran di mana program berjalan. Ramai yang hadir! The emcee! Sesi 'networking'. Saya mendapatkan banyak input terkini dan yang terbaru mengenai "GRANT" dan peluang mendapatkan sumber kewangan dalam peniagaan. Saya berharap lebih ramai usahawan melayu yang hadir.

Syawal yang kali ini...

Salam. "Raya yang seronok budak2 la.." Biasa kita dengarkan? Banyak perbincangan mengenai sambutan raya, adab dan tatacara mengisi perayaan di utarakan dalam media utama seperti radio dan televisyen. Secara peribadi, saya setuju juga yang raya ni lebih seronok dirayakan oleh anak anak berbanding dengan kita orang dewasa. Semakin meningkat dewasa, rasanya RAMADHAN menjadi lebih penting dari hari raya. Tak tahulah, mungkin dalam keadaan yang tertentu kita juga boleh "merasai" keindahan sebenar aidilfitri. Bagi saya, cabaran menyambut adilfitri lebih menjurus kepada keperluan "kewangan" dan bajet yang perlu diatur. Lagi sukar kalau kita asyik memikirkan "apa kata orang nanti". Lagi cabaran yang mendatang lepas aidilfitri...."RUMAH TERBUKA". Masing-masing berlumba-lumba nak adakan jamuan aidilfitri. Maklumlah, ramai yang bernaggapan, inilah masa untuk menjemput rakan taulan dan ahli keluarga untuk datang kerumah. Bukan apa, ada kalanya rama