Banyak perkara dalam perjalanan hidup manusia yang tidak berlaku seperti yang dirancang. Ada yang merancang dan ada juga yang tidak. Apa pun, Allah jugalah yang menentukan sama ada rancangan itu akan berjaya atau tidak. Seperti saya, adakalanya merancang untuk meluangkan masa yang lebih untuk keluarga, memberikan ruang untuk menelaah dan mengawasi sesi ulangkaji anak-anak di rumah. Pada kebanyakan masa, ketika yang tidak dirancang itulah yang akan membuahkan hasil yang lebih baik. Menulis dan berkongsi pengalaman dalam blog ini juga merupakan salah satu rancangan saya untuk menambahkan ruang ekspresi dan eksplorasi. Pun, adakalanya tidak memberikan hasil seperti yang dijangkakan. Hidup memang sukar ditelah. Tapi, pengalaman hidup mesti diteruskan untuk generasi akan datang. Pengalaman setiap individu yang unik amat berharga sekiranya kita pandai mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian. Umpama anak kecil yang baru bertatih. Jatuh sekali...pasti bangun lagi!
Blog ini adalah merupakan salah satu catatan aktiviti. Aktiviti dan pengalaman serta pandangan secara peribadi, hajatnya santai berisi, memberi inspirasi.