Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Hal Pengurusan ASAS Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 2

Ini adalah sambungan daripada artikel sebelumnya. Selepas 3 atau  6 bulan beroperasi, kita akan nampak rentak bisnes kita ini. Ada pula sesetengah bisnes memerlukan 12 bulan untuk kita mula memahami setiap 'cycle' musim bisnes secara unik. Pada masa ini, penting untuk kita pastikan PENGURUSAN KEWANGAN dijalankan dengan baik. 1. Ada akaun bank atas nama bisnes enterprise. 2. Semua wang masuk dalam akaun bisnes enterprise itu. 3. Semua transaksi ada rekod. a. Wang masuk, mesti ada rekod invoisnya. Mesti ada rekond bank innya. b. Wang keluar, mesti ada rekod invois atau sebut harga daripada pembekal. Mesti ada rekod bayarannya. c. Penggunaan wang-wang lain mesti ada lejarnya. 4. Semua rekod difailkan. Ramai rakan pengusaha yang menjalankan bisnes dengan lesen enterprise, akan mula nampak potensi dan peluang dalam bisnesnya itu. Pada masa itu, kita akan memerlukan bantuan yang diberinama STAF. Ya. Bisnes kita sudah mula memerlukan pekerja supaya dapat memenuh

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar

MULA BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 1

Ramai yang bercerita dan berbincang tentang memulakan bisnes. Sama ada selepas berhenti kerja, atau perlu memilih VSS atau sebarang 'voluntary separation scheme' yang ditawarkan oleh majikan, memulakan bisnes sendiri adalah satu pilihan. Ramai juga yang memilih untuk bermula dengan bisnes yang lebih mudah dimulakan seperti menjual sebagai ejen atau 'dropshipper' atau yang seumpama dengannya. Sebenarnya, apa juga pilihan, merupakan satu keputusan juga. Bagi yang mempunyai kemahiran, mereka lebih bersedia memulakan bisnes yang menggunakan kemahiran masing-masing. Ini seperti, memasak, menjahir, menggubah, mengurus akaun, menulis dan seumpamanya. Ada juga sebahagian yang menggunakan wang pampasan untuk belajar kemahiran baru. Kemahiran yang membolehkan mereka memulakan bisnes secara kecil-kecilan. Pada masa inilah, ada baiknya memulakan bisnes dengan menggunakan lesen enterprise dahulu. Tidak kira sama ada jualan kecilan atau yang agak sederhana besar, ini lebih

MEDIA SOSIAL dan KEHIDUPAN

Minggu ini, minggu pertama selepas cuti yang panjang. Seperti biasa, kita akan bergelumang semula dengan rutin kerja dan jadual harian. Sekiranya tidak ada rutin pejabat, paling tidak rutin di rumah, sudah tentu perlu diteruskan juga. Apabila kita melihat semula keadaan semasa, kita memang perlu banyak berusaha. Bertawakkal dan banyak berdoa. Dalam apa juga yang kita lakukan, sama ada kita ini lelaki atau perempuan, apabila kita percaya bahawa Allah itu satu, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka kita punya tanggungjawab yang sama. Ada rukun iman dan rukun islam yang mesti dipenuhi. Sebagai orang Islam, kita beruntung apabila adanya yang dipanggil 'fardhu kifayah'. Dengan itu, dalam keluarga, masyarakat dan negara kita, tidak akan ada yang ketinggalan. Pun begitu, bagi orang yang bekerjaya sama ada dalam bisnesnya atau syarikat bisnes bersama, hal-hal bercerita tentang amalan dan hal agama, kita tidak ketengahkan. Bagi ramai di antara kita, kita mahu membahagikan tu

IMPIAN dan REALITI HIDUP

Bermimpi itu percuma. Teruskanlah berimpian. Impian itulah yang menjadikan kita hidup menjadi manusia. Ya. Semua orang punya impian. Sama ada ianya impian untuk diri, pasangan, keluarga dan masyarakat, ia meurpakan impian yang yang kita bina. Setiap individu mempunyai impian masing-masing. Malah, impian kita mungkin berkajang-kajang banyaknya. Dalam kehidupan, impian yang disusunkan dengan pelan tindakan, lebih mudah dicapai. Malah biasanya, impian ini menjadi antara faktor yang menyebabkan kita mempunyai 'the big why' dalam apa yang kita lakukan. Pada masa yang sama, realiti merupakan satu situasi yang sering menjadikan impian itu terlaksana. Merealisasikan impian, itulah realitinya. Pun begitu, dalam konteks kehidupan dan kerjaya, saya sendiri  sering melalui situasi untuk memilih. Memilih impian yang mana satu yang perlu dicapai dahulu. Pelan tindakan yang mana yang perlu saya jalankan dahulu, yang mana boleh dikemudiankan. Pada masa yang sama, penilaian perlu

IBU , KERJA DAN KELUARGA

Mencari keseimbangan dalam apa yang kita lakukan tidak sama bagi setiap individu. Sama ada lelaki atau perempuan, masing-masing ada cabarannya. Pada Mac tahun 2016, pertama kali saya menerima lantkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam sebuah syarikat yang dimiliki oleh ramai pemegang saham. Ada pemegang saham individu dan ada pemegang saham syarikat. Pendek kata, inilah syarikat pertama yang saya terima lantikannya dengan saya TIDAK mempunyai kuasa majoriti sebagai pemegang saham di dalamnya. Cabaran dalam menjalankan tugas ini, adalah satu perkara yang dijangkakan. Berbeza dengan tugas dengan ajwatan yang sama dengan kita mempunyai kuasa majoriti sebagai pemegang saham, syarikat ini memerlukan lebih banyak tenaga untuk diuruskan. Kelebihannya, kita mempunyai sokongan dan tidak menjalani kesukaran dalam bisnes bersendirian. Bagi lelaki, cabaran mereka tidak sama dengan perempuan. cabaran kerja, satu hal. Cabaran tugas di rumah dan keluarga hal lain. Lazimnya, bagi seora

PEREMPUAN DAN JAWATAN

Kali ini, saya mahu menyorot tentang perempuan dan cabaran merka dalam kerjaya. Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab khusus dalam keluarga. Mempunyai kerjaya, ia merupakan satu norma yang kini menjadi keperluan kepada kedudukan dan  status kewangan sesebuah keluarga. Mempunyai anak yang ramai, ada banyak kisah di sebaliknya. Bagi perempuan, ada yang memang mengimpikannya, ada yang tidak. Ya, ada yang tidak menyangka ada perempuan yang tidak mahu ramai ada. Hakikatnya, ada yang begitu. Sama ada membina keluarga, hidup sendirian, berkahwin atau tidak, ia merupakan rezeki yang sudah ditentukan bagi semua orang. Pun begitu, kita semua yakin bahawa, dengan usaha masa hadapan dan takdir kita boleh berubah. Selepas berusaha, kita bertawakkal. Begitulah. Apabila perempuan, yang membesar dan dibesarkan dari pelbagai latar belakang, kita juga akan menemui dan berurusan dengan pelbagai personaliti perempuan yang bekerja. Dalam dunia pengurusan bisnes, jantina juga sering dijadikan

URUSAN HIDUP sebagai MANUSIA

Mei 2015, saya selamat melahirkan anak perempuan, yang keenam dalam keluarga yang sudah besar. Ia merupakan pengalaman pertama, sepenuhnya melahirkan dan menjaga sendiri anak, tanpa bantuan ibu. Maklumlah. Usia yang sudah mencecah 38 tahun pada masa itu, dengan sanya 5 orang anak lain, kami semua sudah boleh dikategorikan sebagai keluarga yang matang. Anak-anak sudah pandai membawa diri, paling tidak boleh mengurus diri dengan baik. Selepas itu, saya kembali bekerja dengan menyandang tugas di bahagian pengurusan sumber manusia. Banyak pengalaman baru yanag ditimba sepanjang beberapa bulan, yang saya kira sudah cukup panjang. Namun, masih banyak perkara yang saya mesti kuasai dan pelajari. Pada masa itu, menguruskan hal HR tidak sama seperti pengalaman yang saya ada. Apabila mengurus dalam kumpulan syarikat, ada banyak perbezaan latar belakang dan keperluan. Malah, ada situasi di mana staf yang bekerja itu juga merupakan pemegang saham dalam syarikat. Semua ini, merupakan antar

MENERUSKAN PERJALANAN

Tahun ini, 2017. Masuk tahun keempat saya bekerja dalam kumpulan syarikat ABS. Tahun 2013, Julai, saya mula bekerja separuh masa, dengan menjalankan projek kecil bersama Puan Suhaili. Puan Suhaili, adalah antara rakan kongsi ABS yang pertama, yang saya kenali pada tahun itu. Hari ini, di tempat kerja, satu perjumpaan khas diadakan dalam kumpulan syarikat. Perjumpaan dan mesyuarat, merupakan antara budaya penting dalam bisnes syarikat ABS. Ini juga bukanlah satu perkara baru. Namun, cara pengurusan, dan kandungan serta penyusunan 'follow up' kerja itu, merupakan pengalaman baru bagi saya. Pada kebanyakan masa, saya akan menulis --DIARI Intrapenuer - di laman blog rasmi saya, www.noraminahomar.com . Tuan dan Puan boleh membacanya di sana. Dalam sesi itu, saya diingatkan semula oleh Tuan Firdaus Jailan, tentang kelebihan dan adanya keperluan untuk semua yang hadir, mempunyai laman blog dengan platform blogspot. Waktu itu, saya sudah terbayang beberapa blogspot yang ada.