Skip to main content

MULA BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 1



Ramai yang bercerita dan berbincang tentang memulakan bisnes. Sama ada selepas berhenti kerja, atau perlu memilih VSS atau sebarang 'voluntary separation scheme' yang ditawarkan oleh majikan, memulakan bisnes sendiri adalah satu pilihan.

Ramai juga yang memilih untuk bermula dengan bisnes yang lebih mudah dimulakan seperti menjual sebagai ejen atau 'dropshipper' atau yang seumpama dengannya. Sebenarnya, apa juga pilihan, merupakan satu keputusan juga.

Bagi yang mempunyai kemahiran, mereka lebih bersedia memulakan bisnes yang menggunakan kemahiran masing-masing. Ini seperti, memasak, menjahir, menggubah, mengurus akaun, menulis dan seumpamanya.

Ada juga sebahagian yang menggunakan wang pampasan untuk belajar kemahiran baru. Kemahiran yang membolehkan mereka memulakan bisnes secara kecil-kecilan.

Pada masa inilah, ada baiknya memulakan bisnes dengan menggunakan lesen enterprise dahulu. Tidak kira sama ada jualan kecilan atau yang agak sederhana besar, ini lebih sesuai.

Apakah persediaan asas?

1. Mulakan bisnes dengan modal rendah dahulu. Anggaran sekitar bawah RM2000 adalah digalakkan. Namun, sekiranya bisnes yang dimulakan itu memang sudah disediakan rancangannya, ada yang memulakan dengan jumlah yang lebih besar.


2. Daftarkan nama lesen perniagaan. Boleh layari www.ssm.com.my untuk maklumat tentang pendaftaran perniagaan.

Imej ini ialah muka hadapan laman web SSM.





3. Mula belajar kemahiran penting dalam bisnes awal yang kita mulakan itu. Berkenalan dengan mereka yang sudah lama, sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang itu. Baharulah kita akan dapat maklumat yang betul.

Apakah antara kemahiran yang diperlukan itu?

a. Pengurusan aktiviti bisnes itu. Jika memasak, urusan memasak, membeli bahan, mendapatkan pelanggan, pemasaran khas untuk industri itu dan seumpamanya.

b. Pengurusan bisnes. Ini termasuk pengurusan asas akaun, rekod dan kunci kira-kira bisnes.

Semua ini, biasanya memerlukan kita masuk dalam kelas atau program keusahawanan yang khusus. Dalam situasi ini, seminar atau kelas motivasi adalah minima sahaja memandangkan kita memang sudah punya dorongan yang kuat mahu berbisnes.


Bagaimanakah persediaan lain untuk memulakan pengurusan bisnes dengan lesen enterprise seterusnya?


---- bersambung dalam Siri 2.

.
Teks oleh: Noraminah Omar

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...