Skip to main content

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN


Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga.

Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa.

Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat.

Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini.

Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya.
Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya.

Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini....

Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli keluarga yang sakit, tetapi tidak diketahui penyakitnya. Meskipun diketahui, ada ahli keluarga yang tidak mampu menerimanya, Malah, ada yang tidak mahu menerima hakikat itu.

Mempunyai ahli keluarga yang kelihatan 100% normal, tetapi sebenarnya sakit, merupakan satu cabaran juga.

Pernah Tuan dan Puan mendengar terma ini? Tuan dan Puan boleh baca lanjut di: https://en.wikipedia.org/wiki/Psychosis


.


.
Meskipun ada banyak yang mahu dikongsi, cukuplah sekadar dengan ayat ini.

"Kita mungkin lihat orang itu biasa-biasa, sihat sahaja. Hakikatnya, usahlah kita menghukum orang terlalu awal. Kita tidak tahu sama ada, ahli keluarga atau dirinya sendiri, sedang menghadapi kesukaran, yang dia sendiri tidak punya kuasa ke atasnya."

Sesungguhnya, Allah itu maha pengampun, pengasih dan penyayang. Kepada-Nya lah kita memohon dan meminta pertolongan.

Tugas kita berusaha. Allahlah yang memberikan dan menentukan hasilnya.


Hari ini, 29 Ramadhan. Kita bakal menyambut hari kemenangan.
Bagi ibu-ibu dan ayah-ayah yang terus berjuang, yakinlah dengan janji Allah.
Kemenangan itu pasti, bagi orang-orang yang sabar.


Kesabaran kita akan diuji. Keyakinan kita, tidak harus berbelah bahagi.
Hakikat untuk menerima hakikat yang benar dalam kehidupan ini, Allah jugalah yang memberikan kekuatannya.


.

Noraminah Omar

4 Julai 2016
7.15 pagi
Kajang.

Comments

  1. Subhanallah...tulisan pencetus minda..sesungguhnya..memperolehi belum tentu memiliki.. punya kuasa belum tentu mampu menguasai ... baik belum tentu dapat membaiki...berakal belum tentu berpengetahuan.. segala ciri positif pada nanusua belum tentu secara mutlak menghasilkan yg positif.. ciri negatif pada pandangan org yg positif bisa mentransformasikan jadi positif...WALLAHUALAM

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...tulisan pencetus minda..sesungguhnya..memperolehi belum tentu memiliki.. punya kuasa belum tentu mampu menguasai ... baik belum tentu dapat membaiki...berakal belum tentu berpengetahuan.. segala ciri positif pada nanusua belum tentu secara mutlak menghasilkan yg positif.. ciri negatif pada pandangan org yg positif bisa mentransformasikan jadi positif...WALLAHUALAM

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...