Skip to main content

KITA, ADALAH APA YANG KITA FIKIR

.
Selepas cuti perayaan yang panjang, ada banyak kisah dan cerita yang dikongsikan. Biasalah. Tentang sambutan Hari Raya, tentang keluarga, tentang cabaran hidup semasa dan perkembangan terkini sanak-saudara.

Banyak perkara yang dikongsikan, menjadikan kita perlu lebuh berhati-heti memilih dan memproses maklumat. Ada nasihat yang mesti diambil dan tidak kurang yang mesti diabaikan.

Apabila kita diperdengarkan dengan kisah, cerita dan pengalaman yang berwarna-warni, kita adalah apa yang kita fikirkan. Apa yang indah di hujung sana, tidak semestinya baik untuk kita. Begitulah sebaliknya.

Apabila kita mula berfikir akan perkara yang menjurus kepada perkara akan datang, apa yang boleh dilakukan dan fokus kepada kekuatan diri, ia menjadikan kita terdorong menjadi apa yang kita fikirkan itu.

Dalam usia menjengah 40 tahun, saya sendiri mendengar banyak cerita yang pelbagai. Tentang gaji, kehidupan rumah tangga, harta dan seumpamanya. Semua itu, biasa. Yang menjadikan ianya luar biasa, ialah tentang bagaimana kita berfikir dan memproses maklumat itu.

"Saya memilih untuk melakukan perkara ini di lokasi sekarang supaya...."
"Keputusan untuk menjalankan ....... membolehkan ......"
"Dalam tempoh ..... tahun, saya sasarkan kita akan......."

.
Perbandingan itu perlu, supaya kita dapat membuat pilihan. Apabila sudah memilih, kitalah yang menentukan bagaimana kita menjalankan dan mengembangkan apa yang kita pilih untuk lakukan.

Umur, status keluarga, pengalaman dan kekuatan diri kita menjadi antara faktor utama untuk kita membuat keputusan.

Keputusan yang kita buat, adalah hasil daripada apa yang kita fikir.


Mereka yang bujang, lain cara fikirnya.
Mereka yang sudah berkahwin, ada perancangannya.
Mereka yang sudah berkeluarga dan punya anak-anak, mesti ada jalan untuk mencapai hajat mereka.

Tidaklah ada satu jalan sahaja untuk sampai ke satu destinasi yang sama.
Semuanya bermula dengan apa yang kita fikir.
.

Ya.
Kita, adalah apa yang kita fikir.

.

.
Noraminah Omar
5.15 pagi
11 Julai 2016
Kajang.
.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...