Skip to main content

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan.

Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi.

Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami...

Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami.

Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta.

Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk mengekalkan hubungan dan bersedia menghadapi gelora yang boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Pada yang sedang dilanda gelora, bertahanlah dengan mahligai kasih dan bersabarlah dengan dugaan yang tiba. Walau apa jua yang berlaku, saya pasti kisah kasih kita masih menjadi kenangan yang paling indah akan menjadi satu faktor motivasi.

Apa yang pasti motivasi yang terbesar adalah datang dari diri. Kepasrahan dan usaha dengan doa berterusan kepada ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...