Skip to main content

Jual diri...

Dalam perjalanan bersama rakan sejawat untuk melawat premis perniagaan baru, memberikan saya ruang dan peluang untuk berkongsi lebih banyak cerita dan pengalaman.

Yalah,pepatah pun ada mengatakan, ilmu boleh dicedok dimana jua. Yang penting adaptasi dan penggunaannya perlulah sesuai...

Banyak yang dikongsi termasuklah karenah rakan sekerja lain yang banyak ragam. Maklumlah, ramai yang datang pada sesi temuduga dengan janji dan pelbagai cita-cita yang dijaja sebagai modal untuk mendapatkan kerja.

Bagi saya, tak salah menjual diri untuk tujuan mendapatkan tempat dan peluang dalam satu-satu organisasi. Yang salah, ialah menjual sesuatu yang bukan milik anda!

Jadi kiranya kita bukan orang yang layak dan sesuai, terima sajalah hakikat yang kita tidak boleh bekerja di situ. Jadi tidak perlu berbohong atau menceritakan sesuatu yang bukan diri kita kepada pegawai yang menemuduga.

Baiknya, selesai saja sesi temuduga marilah koreksi diri. Catatkan mana-mana perkara yang penting dan perlu kita ubah. Sekiranya ada disebut tentang kebolehan dan lemahiran yang perlu kita baiki, maka berusahalah untuk memperbaiki kelemahan dan carilah peluang itu.

Adakalanya, rezeki yang ALLAH berikan akan datang dalam banyak cara. Jika bukan rezeki kita dengan sesebuah organisasi atau syarikat itu kesampaian, maka saya yakin ada rezeki yang lebih baik untuk kita kelak.

Dalam mana-mana sesi temuduga sekalipun, kita tidak boleh menipu dengan menceritakan atau memberikan harapan palsu pada majikan. Bukan apa, melalui pengamatan saya, majikan kini lebih peka dan faham benar dengan karenah pekerja...

Mungkin hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam, jika kita selalu mengingati dan menginsafi apa yang kita lakukan setiap hari.

YA ALLAH, KUMOHON KEAMPUNAN DAN HIDAYAHMU.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...