Skip to main content

Moral Support

Banyak-banyak perkara dalam hidup, bagi sesetengah orang 'moral support' amat penting.

Sokongan moral ini banyak datang dari pelbagai cara yang kebiasaannya datang dari orang yang paling dekat dengan kita kan?

Pernah terfikir tak, sejauh mana sokongan moral yang kita berikan pada mereka yang tersayang? Atau, pada rakan dan taulan? Atau pada ahli keluarga? Atau pada SUAMI dan ISTERI?

Rasanya, masih banyak sokongan yang perlu kita beri pada mereka. Malah sokongan moral juga perlu diberi pada anak-anak kita seawal usia lahir mereka ke dunia. Tak percaya?

Bukankah kita sering mendodoi dan bercakap dengan anak kita ketika mereka masih bayi? Malah ada yang berbicara dengan bayi mereka yang masih dalam kandungan. Bagi saya ini merupakan salah satu 'sokongan moral' yang kuat untuk anak membesar dengan lebih baik dalam kandungan ibu.

Bukankah pelukan dan ciuman ikhlas dari seorang ibu setiap hari pada anak-anaknya merupakan sokongan moral kepada mereka? Emmm...pernah terfikir tak untuk mengira berapa kerap anda memeluk anak-anak?

Bukankah pelukan dan ciuman ikhlas penuh cinta untuk seorang SUAMI atau ISTERI juga merupakan satu sokongan moral yang mantap? Atau anda tidak pernah lagi memperikan pelukan dan ciuman selamat pada mereka semenjak anak bertambah ramai dalam keluarga?

Rasanya...sudah tiba masa kita muhasabah diri. Maklumlah, semenjak SMS menjadi pilihan untuk berhubung, 'sokongan moral' yang berbentuk sentuhan dan belaian fizikal sudah banyak yang terabai dan dilupakan. Ini berlanjutan dan berlaku juga pada anak-anak...yang akhirnya mereka jarang mendapat sentuhan dari ibu dan bapa sendiri.

DOA saya buat ahli keluarga saya dan untuk seluruh keluarga MUSLIM di dunia ini, berikanlah kami semua ilham dan kekuatan untuk meneruskan hidup dan perjuangan dalam keluarga untuk pembangunan masyarakat ISLAM sejagat!

AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...