Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Masalah Peribadi jangan di bawa-bawa.

Waktu- waktu begini, tidak pula saya pasti sama ada pembaca blog masih aktif di luar sana. Maklumlah, hari ini bersamaan 27 RAMADHAN, pasti masing-masing sibuk dengan persiapan keluarga. Hari ini, saya masih menyiapkan beberapa perkara bisnes yang perlu. Memastikan beberapa perkara berada pada tempatnya, maklumlah semua yang bekerja sudah bercuti. Lumrah orang berniaga, ada masa turun dan naik. Saya kira, sebagai seorang yang pernah bekerja, saya faham benar dengan situasi peribadi yang sering mengganggu prestasi dan pencapaian kerja. Masalah peribadi yang selalu bermula dari diri sendiri, adakalanya membuatkan seseorang itu hilang fokus dan lupa, tentang tujuan dan objektif mereka bekerja. Saya pernah didatangi oleh seorang yang mengadu tentang masalahnya yang bersifat peribadi. Setelah mendengarnya, saya kira, teman saya itu sendirilah yang harus menentukan hala tuju hidupnya. Beliau tidak boleh datang kerja semata-mata untuk mengambil gaji. Walhal, urusan kerja tidak

Mahu BISNES sendiri : Apa yang tidak diberitahu oleh ‘Mr Google’.

‘Bagus buat bisnes sendiri ni!’ ‘Perniagaan merupakan 9 daripada 10 punca rezeki.’   “Mahu memulakan perniagaan? ‘Google’ saja!” Ayat di atas biasa didengar bukan? Apa saja yang anda ingin tahu, semua maklumat akan terpapar hanya dengan menekan kekunci   komputer anda. Inilah senario hari ini dengan konsep langit terbuka dan dunia tanpa sempadan. Perniagaan boleh dijakankan hanya di hujung jari. Benarkah ia semudah itu? Sebagai seorang individu yang bergelar ibu , memulakan bisnes bukanlah satu keputusan yang main-main! Tangggungjawab yang tergalas dibahu perlu diteruskan dan masih menjadi keutamaan. Mari kita lihat dua perkara penting yang perlu dilihat dan diteliti sebelum anda yang bergelar IBU memulakan bisnes sendiri: 1.        DIRI SENDIRI Diri anda adalah ASET terbesar dalam perniagaan yang anda   pilih. Jadi, aset inilah yang perlu digilap dahulu untuk memastikan perniagaan yang diceburi kelak akan berjaya. Bukan hanya bersifat sementara, tetapi mampu menyumbang

RAMADHAN: Kali ini pengalamannya tidak dijangka.

Saya tidak dapat mengorek memori lama untuk mebayangkan bagaimana saya boleh melalui zaman remaja dibulan Ramadhan, sehingga membawa saya kepada pengalaman hari ini. Saya agak ingat-ingat lupa bagaimana saya berjaya merempuh bulan Ramadhan semasa remaja dengan hiruk pikuk dan keadaan rakan-rakan yang sibuk mahu balik kampung dan berbuka puasa bersama keluarga. Walhal, saya asyik berkira-kira sama ada saya cukup belanja untuk makan bulan itu atau tidak. Melihat suasana hari ini, saya agak sukar untuk mengingat semula pengalaman berbuka puasa, bersahur dan bertarawikh bersama rakan sekolej dahulu. Saya masih mengenang…bagaimanakah saya boleh melaluinya? Hari ini, pengalaman bersama keluarga yang semakin hari semakin membesar dengan karenah yang pelbagai, membuatkan saya mahu mengenang semula ketika saya di zaman remaja. Saya kira, begitulah perasaan ibu bapa saya kini, yang akan mengenang tentang anak-anak mereka terutama pada waktu sahur dan berbuka puasa. Tahun ini, pengala

DULU dan SEKARANG: Ada satu yang tetap sama..

Saya dibesarkan di kampung. Tidak pernah memakai baju selain baju kurung dan yang seumpamanya. Sekali sekala dapatlah pakai seluar sukan dan t-shirt. Itu pun waktu PJ di sekolah   atau pada hari sukan sekolah. TV…hanya dapat tonton di rumah atuk. Model biasa yang gunakan bateri. Hujung minggu sebulan sekali tidur rumah atuk. Dapatlah tengok drama melayu atau filem P Ramlee. Zaman saya membesar dulu, jauh bezanya dengan sekarang. Sekarang, anak saya yang dua tahun pun, sudah sibuk dengan ‘mouse’ dan ‘laptop’.   Ada juga yang sudah sibuk dengan ‘touch screen’ pada ipad atau ipod. Tetap, saya lihat, ada satu perkara yang masih sama pada generasi anak-anak saya. Adik-beradik yang suka bergaduh, selepas 5 minit, jadi kawan semula. Saya biarkan sekali sekala anak saya bergaduh. Kadang-kadang, bila nampak sudah melampau pabila mereka mula menjerit dan mencubit, saya terpaksa juga meleraikannya. Hakikat kehidupan anak-anak yang bergaduh saya terima dengan rela, jika itulah satu-satunya