Skip to main content

Mahu BISNES sendiri : Apa yang tidak diberitahu oleh ‘Mr Google’.

‘Bagus buat bisnes sendiri ni!’

‘Perniagaan merupakan 9 daripada 10 punca rezeki.’
 “Mahu memulakan perniagaan? ‘Google’ saja!”

Ayat di atas biasa didengar bukan? Apa saja yang anda ingin tahu, semua maklumat akan terpapar hanya dengan menekan kekunci  komputer anda. Inilah senario hari ini dengan konsep langit terbuka dan dunia tanpa sempadan.

Perniagaan boleh dijakankan hanya di hujung jari. Benarkah ia semudah itu?
Sebagai seorang individu yang bergelar ibu, memulakan bisnes bukanlah satu keputusan yang main-main! Tangggungjawab yang tergalas dibahu perlu diteruskan dan masih menjadi keutamaan.

Mari kita lihat dua perkara penting yang perlu dilihat dan diteliti sebelum anda yang bergelar IBU memulakan bisnes sendiri:
1.       DIRI SENDIRI

Diri anda adalah ASET terbesar dalam perniagaan yang anda  pilih. Jadi, aset inilah yang perlu digilap dahulu untuk memastikan perniagaan yang diceburi kelak akan berjaya.

Bukan hanya bersifat sementara, tetapi mampu menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara! – THINK BIG

·         Tujuan dan objektif untuk berniaga

Kenalpasti KENAPA anda mahu berniaga? Adakah sebab yang kukuh untuk anda memulakan perniagaan, dengan gelaran isteri, ibu, anak yang sudah memberi anda tugas yang banyak.

 Obektif, tujuan dan niat anda untuk memulakan perniagaan adalah MOTIVASI TERBESAR untuk anda terus kekal dalam bisnes

           ·         Taraf kesihatan dan kekuatan fizikal

            Perkara ini nampak REMEH, tetapi ia memberi
            impak yang besar dalam menentukan kebolehan
            anda untuk memulakan bisnes.

                          Adakah anda mempunyai stamina yang tinggi?  
                             Aktifkah gaya hidup anda?

Tidak semestinya rupa fizikal yang lengkap akan menjanjikan kekuatan dan stamina untuk anda berniaga .

Kekuatan fizikal adalah antara faktor besar yang menentukan kadar perkembangan bisnes anda.

               ·         Status kestabilan emosi

                             Ramai yang tidak sedar, bahawa kebolehan dan  
                             toleransi yang tinggi untuk menghadapi  
                             kepelbagaian emosi adalah antara satu kekuatan
                             yang perlu ada pada seseorang yang mahu berjaya
                             dalam bisnes.

      -          Sanggup terima kritikan
                             -          Boleh sabar dengan komen dan    
                                             kemarahan orang
                             -          Mampu tenang dalam situasi tegang
                             -          Dapat mengawal ‘stress’

                    Melalui pengalaman hidup yang dilalui, anda akan 
                      dapat membina imunisasi dan kekuatan sendiri untuk
                      menghadapi kepelbagaian emosi. Namun, ketahanan
                      dan kesanggupan anda untuk terus mengharunginya,
                      akan menentukan berapa lama anda akan berada
                     dalam bisnes.
                                  
                    Kekuatan emosi anda, akan menentukan jangka
                      hayat perniagaan anda.


2.       SOKONGAN

Dunia perniagaan perlu dilihat sebagai satu REALITI yang memerlukan komitmen dan tenaga yang tinggi. Usah disangkal tentang perlunya seorang usahawan terutamanya ibu, untuk mendapat sokongan dalam perniagaan.

Walau sekecil mana pun perniagaan anda, sokongan yang padu adalah perlu. Ini termasuklah sokongan dari segi moral dan kewangan.

 ·         Keluarga

Bincang dan fikirkan dengan teliti bersama ahli keluarga tentang perancangan anda. Persetujuan dan sokongan penuh dari suami adalah penting. Bincangkan juga bersama anak-anak jika mereka sudah agak dewasa.
Sekiranya mereka masih kecil, pastikan anda bercerita kepada mereka, agar mereka faham akan situasi ibu mereka. Malah, ada masanya perlu juga dibincangkan bersama keluarga dan keluarga mertua anda.
Dalam bisnes, masa dan komitmen peribadi anda bukan lagi milik mereka (ahli keluarga) secara mutlak. Ia  akan dikongsi bersama:
                           -          Pelanggan
                           -          Pembekal
                           -          Hal-hal pengurusan bisnes

              Keluarga dan anak-anak dalam hidup bagi IBU yang ada
               bisnes adalah seperti minyak petrol yang akan 
               memastikan kenderaan bergerak.

             ·         Kewangan

Semua perniagaan akan memerlukan MODAL. Meskipun modal terbesar adalah kemahiran dan kemahuan diri anda, wang merupakan modal yang penting. Ini termasuklah wang untuk dijadikan modal dan juga kos operasi bisnes.

Modal adalah umpama cerucuk bangunan yang akan memastikan kedudukan, keteguhan dan ketepatan saiz sebuah bangunan.

Memulakan perniagaan tidak mengenal saiznya. Kecil atau besar, seorang peniaga adalah usahawan. Usahawan mesti merancang dengan teliti.

Salam usahawan dan selamat berjaya!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...