Skip to main content

RAMADHAN: Kali ini pengalamannya tidak dijangka.


Saya tidak dapat mengorek memori lama untuk mebayangkan bagaimana saya boleh melalui zaman remaja dibulan Ramadhan, sehingga membawa saya kepada pengalaman hari ini. Saya agak ingat-ingat lupa bagaimana saya berjaya merempuh bulan Ramadhan semasa remaja dengan hiruk pikuk dan keadaan rakan-rakan yang sibuk mahu balik kampung dan berbuka puasa bersama keluarga.

Walhal, saya asyik berkira-kira sama ada saya cukup belanja untuk makan bulan itu atau tidak.

Melihat suasana hari ini, saya agak sukar untuk mengingat semula pengalaman berbuka puasa, bersahur dan bertarawikh bersama rakan sekolej dahulu. Saya masih mengenang…bagaimanakah saya boleh melaluinya?

Hari ini, pengalaman bersama keluarga yang semakin hari semakin membesar dengan karenah yang pelbagai, membuatkan saya mahu mengenang semula ketika saya di zaman remaja. Saya kira, begitulah perasaan ibu bapa saya kini, yang akan mengenang tentang anak-anak mereka terutama pada waktu sahur dan berbuka puasa.

Tahun ini, pengalaan berpuasa dan menyambut Ramadhan semakin bertambah hebat. Saya mahu berazam mencipta kelainan dengan Ramadhan kali ini.

Kelainan yang saya patut tambahkan dengan nilai kesyukuran didalamnya. Kegembiraan yang saya perlu tingkatkan tahap perkongsian bersama semua. Kekuatan azam yang tinggi menjadi satu nilai yang saya mahu bina dan capai bersama ahli keluarga.

Kehadiran anak-anak  membuatkan naluri keibuan saya ingin terus hidup. Hidup dan berjaya untuk mengharungi dunia dan akhrat.

Walau seringkali, saya berkira-kira untuk berhenti.  Sudah cukuplah perjalanan pengalaman perniagaan yang saya lalui. Saya mahu fokus sahaja pada keluarga dan hanya mahu jadi seperti  mereka yang biasa-biasa saja.

Namun, kelainan Ramadhan kali ini juga, telah memberikan saya satu aura untuk terus menempuh apa yang saya katakan ‘TIDAK’  dan akan saya jadikannya ‘YA’.  Saya tiba-tiba mahu meneruskan apa yang saya rancang untuk saya hentikan.

 Pengalaman Ramadhan yang masih belum pun melewati hari yang ke-10 ini, seolah memberikan saya kesan dalam membina semangat.

Saya tidak pasti, apa pula yang menanti untuk hari 10 Ramadhan yang seterusnya. Adakah semangat ini akan terus kekal? Yang pasti, esok saya juga tidak pasti. Masihkah ada Ramadhan lagi untukku?
Anda bagaimana?

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...