Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Jangan Cuba, Buat Saja!

Mencuba adalah satu usaha yang perlu dan haruslah terus digalakkan. Seseorang itu sering dinasihatkan untuk terus mencuba bermula dari kecil. Cuba kumpulkan... Seawal apabila si anak mula belajar untuk membalikkan badan, sehinggalah apabila anak menuju alam dewasa. Hebat bukan? Namun, hakikat hari ini, kita dapat melihat orang yang mencuba hanya boleh cuba saja. Mereka tidak melakukannya terus! Bagaimana mahu dikatakan anda mencuba sedangkan anda langsung tidak mahu membuat apa-apa? Agak aneh bukan? Ramai orang sebenarnya sudah pun menyalah ertikan 'cuba'. Banyak perkara negatif dengan akibat buruk telah dicuba. Konsep 'cuba' yang sebenar telah menjadi agenda eksperimen dan rasa ingin tahu bagi ramai orang. Lebih malang jika ianya terarah kepada aktviti yang tidak sihat. Walaupun begitu, minda yang cukup sihat dengan jiwa yang kuat, 'cuba' hanya akan hadir dalam dimensi kewarasan yang sebenar. Hakikatnya, 'cuba' tidak akan memberi makn

MONOLOG DIRI: Apabila yang berat, menjadi bertambah hebat.

Bebarapa minggu saya tidak menulis dalam mana-mana blog yang saya punyai. Berlalu masa dan hari, banyak memberikan saya ruang dan peluang melihat semula banyak perkara. Perkara dalam diri dan perkara mengenai emosi. Ya, benar. Banyak sungguh perkara yang harus ditangani. Bermula dari perkara berkaitan diri, anak, suami, keluarga, ibu dan baa, adik-beradik,kerja, pekerja, pelanggan, rakan niaga dan pembekal serta kenalan . Yang berat difikiran, menjadi bertambah hebat untuk direncanakan. Menelusuri jalan hidup sebagai seorang hamba, memerlukan diri untuk tahu dan perlu selalu patuh pada tuannya. Ya, hamba ALLAH lah kita ini semua. Adanya diri, anak, suami, keluarga, ibu dan baa, adik-beradik,kerja, pekerja, pelanggan, rakan niaga dan pembekal serta kenalan  hanyalah pinjaman dan bersifat sementara. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH atas pemberianmu itu. Aku bersyukur kepadamu ya Allah, kerana Engkau telah menjadikan aku orang beriman, orang Islam. Aku bersyukur kepadamu ya

SMS Pengubat Jiwa

Hujung minggu yang lalu, saya dapat mengambil Ahad, sebagai satu hari untuk berada di rumah dan menjalani rutin sehari tanpa pembantu rumah. Meskipun ia sepatutnya menjadi cuti hujung minggu yang panjang, banyak yang saya perlu lakukan. Tugasan masih panjang dalam senarai. Malam itu saya menerima satu SMS yang agak panjang, dalam bentuk 'point' yang ringkas. Saya lihat dan baca berkali-kali sehinggalah hari ini (selasa) untuk mendapatkan intipati perkongsian dalam SMS itu. Ini adalah kandungannya: ************** Syarat-syarat amal perbuatan diambil kira sebagai ibadah atau pahala: 1. Mengakui dua kalimah shahadah 2. Dengan niat (harian):     - Sahaja aku hari ini tidak akan zalim.     - Sahaja aku hari ini akan menolong orang yang mazlum     - Sahaja aku hari ini akan menyempurnakan hajat orang kerana Allah. Lahaulawalaquwwataillah billahil       aliyyulazim.     Dengan Syukur (harian):     - Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana menjadikan aku orang Islam, buk

MAMPUKAH LAGI KAMU TERSENYUM?

Saya didatangi seorang teman guru baru-baru ini. Beliau sudah agak lama mengajar. Tetapi, pengalaman penuh mengajar anak-anak kecil baru mencapai 3 tahun. Saya masih ingat bagaimana beliau mula menceburkan diri dalam bidang perguruan kanak-kanak. Beliau bukanlah seorang yang muda dibandingkan dengan kebanyakan guru hari ini. Pilihan kerjaya sebagai guru pra sekolah adalah kerana faktor masa. Masa bekerja sebagai guru adalah amat sesuai bagi beliau yang perlu menjaga anak semasa ketiadaan suami. Ini lebih perlu apabila suaminya perlu bekerja pada waktu malam atau hujung minggu.   Beliau masih perlu bekerja untuk membantu suami membesarkan 4 orang anak. Maklumlah, keperluan harian semakin meningkat dari hari ke hari. Selepas 3 bulan pertama mengajar, beliau sudah faham tentang pentingnya memenuhi keperluan anak kecil dan amat memahami perasaan ibu bapa dengan keperluan pencapaian anak masing-masing. Walaupun beliau bukanlah antara yang mepunyai latihan penuh sebagai

Sukarnya mencari sebuah 'kekuatan'.

Pengalaman hidup setiap orang adalah berbeza. Pengalaman yang dilalui semenjak lahir ke dunia hinggalah di mana kita berada sekarang bukanlah satu perkara yang biasa bagi setiap insan. Walaupun ramai yang masih tidak menyedari bahawa pengalaman itu menjadi guru terhebat, setiap insan masih mendapat kurnia untuk terus menimba pengalaman. Pada asasnya, semakin lama hidup ini diselusuri, makin banyaklah ilmu makin bijaksanalah seseorang itu. Secara logiknya, betul bukan? Namun, pada kebanyakan masa, mereka yang sepatutnya 'sudah banyak makan garam' pula yang memberikan output yang tidak wajar. Bertemu dan bersemuka dengan pelbagai golongan dan lapisan masyarakat yang pelbagai adalah salah satu pengalaman yang paling baik untuk seseorang. Percambahan idea dan pengalaman yang dicerna dengan baik pasti dapat memberikan impak yang positif bagi setiap individu dalam cara bercakap dan berfikir. Kebolehan menghubungkan pengalaman peribadi, ilmu dari teori dan kewarasan akal fik

Berlumba untuk berniaga: Anda di mana?

Sepanjang bulan RAMADHAN yang lalu, mesti ramai diantara kita yang masih teringat dan terbayang betapa banyaknya barang atau produk yang kita beli untuk menyambut syawal. Bagi para 'blogger' dan 'facebooker' pasti mereka masih teringat bagaimana penuhnya 'wall' mereka dan 'group' mereka dengan pelbagai iklan dari makanan, pakaian hinggalah ke barang perhiasan. Pun begitu, bagi ramai peniaga 'online' atau 'offline' bahangnya sentiasa sama. Cuma intensitinya sahaja yang berbeza. Kemunculan Syawal selepas Ramadhan menjadi lubuk rezeki sekali lagi bagi ramai peniaga. Ini termasuklah peniaga makanan, pakaian barang perhiasan, salon, spa dan banyak lagi. Keinginan dan keperluan pelanggan yang juga berbeza dan bermusim merupakan antara cabaran yang besar bagi para peniaga untuk meneruskan 'perlumbaan' dan 'marathon' untuk terus mendapat bisnes. Bisnes yang dilihat dari segi berapa banyak transaksi jualan tunai kini menjadi 

Masalah Peribadi jangan di bawa-bawa.

Waktu- waktu begini, tidak pula saya pasti sama ada pembaca blog masih aktif di luar sana. Maklumlah, hari ini bersamaan 27 RAMADHAN, pasti masing-masing sibuk dengan persiapan keluarga. Hari ini, saya masih menyiapkan beberapa perkara bisnes yang perlu. Memastikan beberapa perkara berada pada tempatnya, maklumlah semua yang bekerja sudah bercuti. Lumrah orang berniaga, ada masa turun dan naik. Saya kira, sebagai seorang yang pernah bekerja, saya faham benar dengan situasi peribadi yang sering mengganggu prestasi dan pencapaian kerja. Masalah peribadi yang selalu bermula dari diri sendiri, adakalanya membuatkan seseorang itu hilang fokus dan lupa, tentang tujuan dan objektif mereka bekerja. Saya pernah didatangi oleh seorang yang mengadu tentang masalahnya yang bersifat peribadi. Setelah mendengarnya, saya kira, teman saya itu sendirilah yang harus menentukan hala tuju hidupnya. Beliau tidak boleh datang kerja semata-mata untuk mengambil gaji. Walhal, urusan kerja tidak

Mahu BISNES sendiri : Apa yang tidak diberitahu oleh ‘Mr Google’.

‘Bagus buat bisnes sendiri ni!’ ‘Perniagaan merupakan 9 daripada 10 punca rezeki.’   “Mahu memulakan perniagaan? ‘Google’ saja!” Ayat di atas biasa didengar bukan? Apa saja yang anda ingin tahu, semua maklumat akan terpapar hanya dengan menekan kekunci   komputer anda. Inilah senario hari ini dengan konsep langit terbuka dan dunia tanpa sempadan. Perniagaan boleh dijakankan hanya di hujung jari. Benarkah ia semudah itu? Sebagai seorang individu yang bergelar ibu , memulakan bisnes bukanlah satu keputusan yang main-main! Tangggungjawab yang tergalas dibahu perlu diteruskan dan masih menjadi keutamaan. Mari kita lihat dua perkara penting yang perlu dilihat dan diteliti sebelum anda yang bergelar IBU memulakan bisnes sendiri: 1.        DIRI SENDIRI Diri anda adalah ASET terbesar dalam perniagaan yang anda   pilih. Jadi, aset inilah yang perlu digilap dahulu untuk memastikan perniagaan yang diceburi kelak akan berjaya. Bukan hanya bersifat sementara, tetapi mampu menyumbang

RAMADHAN: Kali ini pengalamannya tidak dijangka.

Saya tidak dapat mengorek memori lama untuk mebayangkan bagaimana saya boleh melalui zaman remaja dibulan Ramadhan, sehingga membawa saya kepada pengalaman hari ini. Saya agak ingat-ingat lupa bagaimana saya berjaya merempuh bulan Ramadhan semasa remaja dengan hiruk pikuk dan keadaan rakan-rakan yang sibuk mahu balik kampung dan berbuka puasa bersama keluarga. Walhal, saya asyik berkira-kira sama ada saya cukup belanja untuk makan bulan itu atau tidak. Melihat suasana hari ini, saya agak sukar untuk mengingat semula pengalaman berbuka puasa, bersahur dan bertarawikh bersama rakan sekolej dahulu. Saya masih mengenang…bagaimanakah saya boleh melaluinya? Hari ini, pengalaman bersama keluarga yang semakin hari semakin membesar dengan karenah yang pelbagai, membuatkan saya mahu mengenang semula ketika saya di zaman remaja. Saya kira, begitulah perasaan ibu bapa saya kini, yang akan mengenang tentang anak-anak mereka terutama pada waktu sahur dan berbuka puasa. Tahun ini, pengala

DULU dan SEKARANG: Ada satu yang tetap sama..

Saya dibesarkan di kampung. Tidak pernah memakai baju selain baju kurung dan yang seumpamanya. Sekali sekala dapatlah pakai seluar sukan dan t-shirt. Itu pun waktu PJ di sekolah   atau pada hari sukan sekolah. TV…hanya dapat tonton di rumah atuk. Model biasa yang gunakan bateri. Hujung minggu sebulan sekali tidur rumah atuk. Dapatlah tengok drama melayu atau filem P Ramlee. Zaman saya membesar dulu, jauh bezanya dengan sekarang. Sekarang, anak saya yang dua tahun pun, sudah sibuk dengan ‘mouse’ dan ‘laptop’.   Ada juga yang sudah sibuk dengan ‘touch screen’ pada ipad atau ipod. Tetap, saya lihat, ada satu perkara yang masih sama pada generasi anak-anak saya. Adik-beradik yang suka bergaduh, selepas 5 minit, jadi kawan semula. Saya biarkan sekali sekala anak saya bergaduh. Kadang-kadang, bila nampak sudah melampau pabila mereka mula menjerit dan mencubit, saya terpaksa juga meleraikannya. Hakikat kehidupan anak-anak yang bergaduh saya terima dengan rela, jika itulah satu-satunya

ORANG GAJI, PEMBANTU RUMAH, ‘MAID’

“…kekuatan kita terletak bukan hanya pada paras rupa dan tubuh badan semata-mata.” ***************** 3 perkataan diatas akan mendorong banyak wanita dan ibu untuk ambil tahu. Isu yang berterusan dan ‘evergreen’ ini menjadi salah satu topik yang pasti akan dipilih untuk dibincangkan oleh ramai wanita terutama mereka yang bergelar ibu.  Walaupun setiap pembantu rumah ada karenahnya, mereka juga seperti kita. Hanya Allah sahaja yang mengetahui 'berakhirnya hidup' bagaimana.  Sebenarnya saya amat kagum dengan ramai wanita dan ibu yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik tanpa orang gaji, pembantu rumah atau ‘maid’. Saya secara peribadi mengakui bahawa saya banyak dibantu oleh orang gaji, pembantu rumah dan ‘maid’. Uniknya, saya sekeluarga memanggil beliau ‘kakak’ meskipun umurnya sudah menjangkau hampir 50 tahun. Lagi unik, beliau sudah 13 tahun berkhidmat untuk keluarga suami dan saya! Saya kira semua ibu memerlukan sokongan dan bantuan. Jika ianya tidak dari seora

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka! **************** Assalamualaikum. Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog   saya ini. Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu? Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar. Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama. Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan. Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak   yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang. Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya) Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak berbeza ker

Kisahnya: Saya bercuti 60 hari!

"Senjata dan kekuatan utama kita semua, adalah DOA dan MUNAJAT kita pada ALLAH." Alhamdulillah! Saya amat bersyukur kepada ALLAH. Dengan kurniaannya, saya dipermudahkan urusan semasa proses melahirkan anak saya yang ke 5, Nur Safura binti Bahaman pada tanggal 17 Jun 2011. Nur Safura binti Bahaman 18th June 2011 Saya berterima kasih kepada semua kawan dan sahabat yang selalu memberikan semangat meskipun adakalanya, pesanan dan teguran itu amat sukar dan pahit untuk diterima.   Semasa saya sedang bercuti 60 hari ini, saya memang banyak menghabiskan masa menulis untuk blog saya dan juga ber'facebook'! Hinggakan ada rakan yang menegur betapa aktifnya saya di'facebook'. Ramai yang menyangkakan saya 'tidak ada apa-apa'. (*_*) Memang betul! Saya sebenarnya bimbang jika saya 'tidak ada apa-apa'. Jadi, saya fikir komputer dan alam maya inilah yang menjadi medium dan platform untuk saya terus 'mengasah minda' dan terus memastikannya

Sebagai seorang manusia dan individu muslim.

"Marilah kita semua mempelajari, menghayati dan mendalami dengan lebih baik sejarah perjuangan Nabi Muhammad dan juga para khalifahnya dalam segala aspek kehidupan…termasuklah dalam politik, sosial dan ekonomi." ********************* Wah, saya kira tugas semakin berat! Menjadi seorang Muslim bukan setakat menunaikan tanggungjawab fadhu ain semata-mata. Pada kebanyakan masa sukar untuk mencapai keseimbangan. Tanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat kian hari kian mencabar. Saya sedar, tidak semua antara kita mampu melakukan perkara besar. Tetapi, pastinya semua orang mampu melakukan perkara kecil dengan baik. Jadi, saya tertanya dan terfikir, mengapa kita mahu berhentikan mereka yang mampu dan boleh bergerak lebih jauh dalam hidup? Bukankah kita patut memberikan sokongan? Contoh yang ringkas. Sekiranya saya tidak mampu untuk menjadi seorang tukang masak yang hebat, adakah patut saya menghalang anak saya yang berkebolehan untuk menjadi seorang chef yang hebat ? Sekir

Minda menyusun Kata: Dulu...dan sekarang.

Sebagai seorang guru pra-sekolah, saya sering mengingatkan diri saya agar selalu bersabar, tenang dan bijak dalam mengambil sebarang keputusan apabila berhadapan dengan karenah anak-anak. Malah, apabila berhadapan dengan ibu bapa, ia memerlukan tenaga dan ketahanan   emosi yang lebih tinggi. Antara tugas utama sebagai seorang guru adalah memberikan pengalaman pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak. Tidak hanya memenuhi kemahuan ibu bapa, tetapi yang lebih utama adalah kepentingan anak-anak dalam proses pembelajaran. Anak-anak perlu diberikan ruang untuk bertanya, peluang untuk ekspresi diri dan belajar dari kesilapan adalah antara proses pembelajaran semulajadi yang perlu diberikan perhatian. Anak-anak diajar untuk saling hormat menghormati, meminta izin untuk menggunakan barang rakan atau jika mahu ke tandas. Mereka juga diajar untuk berkongsi dan memohon maaf jika melakukan kesalahan. Bercakap benar dan bertutur dengan baik juga menjadi salah satu tatacara berkomunikasi. Yang pe