Skip to main content

Jangan Cuba, Buat Saja!

Mencuba adalah satu usaha yang perlu dan haruslah terus digalakkan. Seseorang itu sering dinasihatkan untuk terus mencuba bermula dari kecil.
Cuba kumpulkan...

Seawal apabila si anak mula belajar untuk membalikkan badan, sehinggalah apabila anak menuju alam dewasa. Hebat bukan?

Namun, hakikat hari ini, kita dapat melihat orang yang mencuba hanya boleh cuba saja. Mereka tidak melakukannya terus!

Bagaimana mahu dikatakan anda mencuba sedangkan anda langsung tidak mahu membuat apa-apa?

Agak aneh bukan? Ramai orang sebenarnya sudah pun menyalah ertikan 'cuba'.

Banyak perkara negatif dengan akibat buruk telah dicuba. Konsep 'cuba' yang sebenar telah menjadi agenda eksperimen dan rasa ingin tahu bagi ramai orang.

Lebih malang jika ianya terarah kepada aktviti yang tidak sihat.

Walaupun begitu, minda yang cukup sihat dengan jiwa yang kuat, 'cuba' hanya akan hadir dalam dimensi kewarasan yang sebenar.

Hakikatnya, 'cuba' tidak akan memberi makna apa-apa sekiranya:
CUBA hanya diletakkan dalam senarai.
CUBA hanya diletakkan dalam angan-angan.
CUBA hanya disebut di dalam bibir.
CUBA hanya merupakan lintasan hati.
CUBA tidak dizahirkan!

Terlalu banyak mitos dan stigma yang masih menjadi tuhan pemikiran kita. Kita jadi terlalu bimbang dengan 'apa yang orang akan kata?'. Kita lebih risau tentang hasil yang berjaya atau tidak.

"Jangan cuba, buat saja!"
Memberikan fokus yang salah menyebabkan konsep CUBA hanya sekadar mainan bibir semata-mata.

Keinginan yang kuat dan keazaman yang tinggi untuk melakukan sesuatu buat pertama kali adalah CUBA yang sebenar. Bukan kah begitu saudara?

Nah, apa lagi yang mahu ditunggu! Jangan CUBA, BUAT saja!


Inspirasi: 
1) Fauzul Naim Ishak, Kursus Penulis Super, 24 Disember 2011, Akademi Penulis, Wangsa Melawati.
2) Ustazah Khadijah, Kursus Pengurusan Jenazah, 16 November 2011, GA Bdr Sri Permaisuri Cheras.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar...

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...