Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Bajuku, Cintaku.

Bajuku, cintaku! Mempunyai seseorang di sisi yang bernama suami adalah seolah memakai pakaian yang melengkapi diri. Pakaian yang menutup aurat,  bukan sahaja dapat memberikan keselesaan malah mampu membawa kita ke syurga yang teratas. Gambar dari: wanitamelayu.com Bukan sekadar berpakaian lengkap malah cantik dengan aksesori. Sebagai seorang wanita biasa yang agak suka berbaju kurung, akseori yang cantik seperti pin tudung, keronsang dan manik berjahit adalah antara yang menjadi pelengkap. Memakai baju kurung dengan hiasan, memberikan kesan rasa dan lihat yang berbeza.  Bukan sahaja aksesori tambahan pada baju kurung itu, malah pengenaan tudung yang sesuai juga akan membuatkan diri lebih selesa. Warna yang ditambah dengan cara unik memakai tudung menjadikan pemakaian baju lebih istimewa. Ya, suami juga dalah seseorang yang melengkapi hidup seorang wanita dengan apa yang ada. Malah aksesori yang memungkin isteri itu bahagia adalah apabila sang suami mempunyai beberapa

Lamanya...

Alhamdulillah. Apabila dilihat gambar, anak yang 5 orang ini tidak nampak ramaikan? (>_<) Buat kesekian kalinya, saya memanjatkan kesyukuran tidak terhingga. Allah sahajalah yang memberikan kekuatan dan keupayaan diri untuk bendiri hingga hari ini. Banyak benar perkara yang berlaku sejak 4 bulan lalu. Semenjak itu jugalah, saya tidak meluangkan masa menitip kisah disini. Kanvas ini, adalah satu tempat ntuk saya meneliti semula apa yang telah saya lalui. Sejujurnya, jika kanvas ini nanti masih boleh dijejak oleh anak dan cucu, maka merekalah yang bakal menjadi pembaca seterusnya. Hidup bekerluarga... Tidaklah semuanya indah sentiasa. Tetapi, banyak perkara yang berlaku adalah atas diri kita sendiri. Saya yakin. Saya yang menentukan apa yang bakal saya lalui.  Memang semuanya ketentuan Allah. Tapi, banyak perkara dan takdir manusia thelah berubah dengan usaha dan doa. Maka saya akan terus berusaha dan berdoa! Keluarga yang besar memang meriah. Meriah dengan ke

1 RAMADHAN 1433 - Mengumpul Kekuatan.

Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur untuk melalui Ramadhan tahun ini. Tidak seperti tahun lalu atau tahun yang sebelumnya. Ramadhan bagi saya adalah berbeza. Setiap tahun adalah tahun yang memberi pelajaran yang tidak pernah sama.   Tahun ini, saya juga sudah setahun lebih bijak dari sebelumnya. Maka, saya harus mempunyai penelitian yang lebih tentang makna dan keperluan Ramadhan kali ini. Ramadhan adalah bulan 'marathon' dan juga bulan 'rehat'. Agak sukar untuk memberikan keseimbangannya. 'Marathon' dalam perjalanan hidup seharian termasuklah usaha niaga dan rancangan keluarga. Memastikan perjalanan bisnes seperti yang dirancang dari segi operasi harian dan juga pengembangannya yang baru adalah satu 'larian laju' yang agak memenatkan. Ramadhan tahun ini, memerlukan saya untuk bersama dengan beberapa organisasi luar atas dasar keperluan untuk menyumbang kepada masayarakat. Masyarakat usahawan wanita dan Muslim secara seluruhnya

Cara saya tidak sama. Jadi?

Assalamualaikum. Kawan-kawan pembaca yang saya hargai.  Benarlah membaca itu membawa kebaikan. Maka bacalah.  Benarlah perkongsian itu membawa kebahagiaan. Maka berkongsilah.  Benarlah cerita itu memberi pengajaran. Maka berceritalah! Kandungan blog ini, kebanyakannya adalah cerita kehidupan dan cerita perjalanan seorang pemerhati yang melihat dan meneliti. Adakalanya, situasi dan suasana dianalisa dan adakalanya, ia berlalu dengan pengalaman peribadi yang tercerna tanpa tertulis dengan sebarang kata. Ada yang suka membaca tulisan di blog ini kerana suka membaca.  Ada yang membaca blog ini kerana ia satu hobi untuk 'blog walking'.  Ada juga yang membaca 'blog' ini kerana mereka seolah-olah sedang bersama saya 'bermonolog'.  Ada yang membacanya tanpa sebarang sebab pun! (Ini adalah maklumbalas pembaca ya. ^_^) Saya menulis untuk memastikan cerita hidup yang saya lalui tercatat untuk saya selusuri kembali. Saya tidak mempunyai mem

Semakin tua, bertambah wibawa.

Agak janggal mahu menggunakan perkataan 'tua' kali ini.  Maklumlah, ramai antara kita yang agak kurang selesa apabila digelar tua. (Saya menulis ayat ini sambil senyum sendiri) Ada juga masanya, perkataan 'tua' dilihat sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan ketidakcekapan, kekurangan dan kelemahan. Pada masa yang sama, 'tua' juga memberi persepsi pangkat dan tanda hormat. Gaya dan rupa juga memberi persepsi yang berbeza. Pilihan berbeza adalah bergantung kepada individu itu sendiri.  Bagaimanapun, usia banyak menentukan cara dan bagaimana seseorang membuat pilihan. Usia lebih yang tidak menjanjikan sesuatu yang pasti juga. Yang muda tidak bermakna kurang bijak dan yang berusia tidak bermakna lebih bijak. Tetapi secara amnya. kebijaksanaan datang bersama dengan pengalaman hidup dengan pemikiran yang terbuka. Pemikiran manusia banyak di bentuk oleh pengalaman individu tersebut.  Pengalaman pula banyak dipengaruhi oleh perjalanan hidup i

Menjadi CONTOH atau sekadar HEBOH?

Banyak cerita yang dikongsikan oleh kawan dan bersama kawan. Banyak juga berita yang bertukar telinga, mulut dan tangan. Kisah baru atau lama, nampak seperti sama. Tetapi, rupa dan rasanya tidak pula sama. Eh, bukankah perkerja juga berpolitik ditempat kerja? Majikan juga perlu berpolitik bersama pekerja. Bukankan isteri juga main politik dengan suami? Malah, anak-anak juga amat bijak berpolitik dengan orang dewasa. Mari kita lihat definasi ringkas tentang. "Politik  adalah proses dan cara  membuat keputusan  untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik" Apa politik pada anda? Pada kebanyakan masa, saya melihat ramai antara kita sengaja membiarkan minda sendiri dipolitikkan dengan membuta tuli. Malah, sesekali terjerumus pula ke perangkap kisah dan niat yang tidak baik. Tidak kira besar ata

CERITALAH! Kongsikan walau sedikit...

Kebelakangan ini, saya terikat dengan beberapa tugasan rutin yang menyebabkan saya terlalu banyaj menghabiskan masa untuk beberapa perkara lain. Masa yang ada tetap sama 24 jam. Cuma keperluan fokus minda terpaksa merubah arah sebentar. Kanvas ini, sudah agak mula diselubungi sesawang. :) Banyak perkara yang berlaku disekeliling kehidupan seharian, seolah tidak memberi pengajaran.  Adakala, hidup ini akan bertambah sia-sia dengan adanya manusia yang tidak rajin mahu berfikir. Walhal, setiap kejadian yang berlaku ada saja pelajaran untuk setiap yang bernama manusia. Baru-baru ini, pada hari Jumaat 8 Jun, saya agak kehairanan. Setiba di hadapan rumah, beberapa keping serpihan 'syiling' kelihatan bertaburan. Saya agak, mungkin ianya sudah agak lama. Itu sebabnya ia jatuh bertaburan di lantai. Petang itu, suami pula mengadu beberapa keping gambar cat yang tergantung di dinding bilik jatuh ke lantai. Saya bertambah hairan. Saya tidak pula menerima apa-apa berita tentang g

Menulis di Blog: Perlu berniat juga?

Seusai menyelesaikan rutin harian menghantar anak-anak ke destinasi harian, saya mula rasa tidak tenteram. Oh, ada lagi perkara yang saya belum tuliskan! Menerima kunjungan dan meraikan rakan yang singgah di blog tulisan ini seumpama meraikan kunjungan mereka ke rumah juga. Mesti mahu diraikan. Saya kira, saudara juga akan berasa senang jika kunjungan saudara disambut mesra, bukan? Saya dikunjungi oleh beberapa rakan sekerja dalam dunia yang sama, sebagai seorang yang perlu menguruskan entiti perniagaan yang penuh dengan rutin organisasi bersama manusia untuk manusia. Bagaimana mahu mempunyai masa untuk menulis di blog? Lagipun, pada pandangan mereka tidaklah memberikan pulangan sehebat menjalankan perniagaan dengan operasi harian yang agak lumayan. Tambahan pula, ada sesetengah blog yang ditulis, tidaklah seramai mana 'follower' yang ada. Bagi saya secara peribadi, menulis blog memberi banyak erti. Ia banyak bergantung kapad apa yang ada di dalam minda penulis berkenaan

FACEBOOK: Bukan tempat untuk menulis?

Banyak perkara baru yang boleh dipelajari setiap saat. Malam ini, saya mahu mencatatkan semua perkara yang saya telah lalui dalam tempoh 5 hari yang lalu. Laluan jalan saya ke utara dan kembali semula ke lembah rezeki ini. Saya dapat menceduk ilmu dari pelbagai sumber yang tidak disangka-sangka. Kadangkala, pembelajaran dijalanan lebih membawa makna. Saya berkesempatan menelusuri sebuah petang bersama sekumpulan manusia yang bercita-cita , mahu dan cintakan ilmu. Menulis adalah salah satu wadah yang kami semua akui untuk menjadi salah satu tempat terbaik untuk berkongsi dan mengabdikan ilmu itu untuk digunapakai. Apa juga platform atau method dan cara penulisan bukanlah satu yang besar dibandingkan dengan penulis itu sendiri. Dalam konteks kini, buku terbitan dan juga penulisan 'online' adalah satu trend yang amat mengambil tempat di hati pembaca. Meskipun buku adalah wadah rasmi sejak dahulu, perkembangan IT dan kelebihan teknologi menjadikan ilmu dapat disalurkan dengan

Antara Angka dan Rasa Jiwa

Peluang bertemu dan bercakap serta bertukar-tukar pengalaman dan pandangan dengan rakan baru adalah salah satu peluang untuk mana-mana individu belajar banyak perkara. Tambahan pula, bagi mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan, pertemuan dan pertukaran pengalaman adalah dikira sebagai satu pelaburan masa yang amat besar. Baru - baru ini saya sempat bertemu dengan seorang usahawan yang berjaya dalam bisnes beliau. Bagi saya memang beliau sudah berjaya, walaupun menurut beliau bukanlah begitu. Beliau sudah memulakan bisnes francais lebih 5 tahun. Tahun ini adalah tahun beliau yang ke-6 bergelar sebagai seorang francaisi yang menggunakan jenama antarabangsa. Namun, jenama dan jenis perniagaan beliau bukanlah apa yang menarik perhatian saya. Dalam sesi perbualan tersebut, beliau menyebut tentang beberapa strategi dan cara yang beliau kongsikan tentang bagaimana beliau membuat keputusan dalam perniagaan. Angka atau rasa? Saya pernah bertanya pada beberapa usahawan lain sebelum

Membuat Keputusan : Tidak semudah bicara di bibir.

Alhamdulillah. Buat kesekian kalinya, Allah memberikan saya kudrat dan kekuatan untuk meneruskan hari dan kehidupan yang bakal membawa kita semua ke syurga. Amin. Setiap sesuatu yang dilakukan memerlukan beberapa proses asas yang berlaku secara unik di dalam minda, saraf dan otot baadan kita sebagai manusia. Ciptaan Allah yang amat unik, menjadikan manusia sebagai salah satu ciptaan Allah yang amat unik. Keunikannya melebihi segala ciptaan lain yang menjadikan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Tidak hairanlah dalam diri manusia itu terdapat pelbagai perbezaan dan juga persamaan yang adakalanya sukar untuk akal biasa seorang manusia lain untuk memahaminya. Kebijaksanaan manusia juga terserlah dalam tatacara yang dilihat dari segi keupayaan inovasi dan keupayaan manusia membuat keputusan. Banyak sekali keputusan yang perlu dibuat dan difikirkan dalam setiap perbuatan malah pergerakan manusia. Banyak keputusan biasa yang tidak memerlukan minda berfikir secara sedar. Ini termas

BERSIH : Di mana saya dan anda?

Malam ini, rakan-rakan yang mempunyai daya, sedang sibuk dengan BERSIH 3.0. Sebahagian besar rakan saya memang melibatkan diri secara aktif untuk memperjuangkan pandangan dan pegangan masing- masing. Dalam diam, saya tertanya-tanya juga. Dimanakah saya pada masa ini? Ya, melaungkan keadilan dan mahukan keadilan, sesiapa sahaja boleh melakukannya. tetapi, menghadirkan diri dan melibatkan diri ke arah usaha mendapatkan keadilan, hanya orang-orang yang mempunyai kekuatan sendiri mampu melakukannya. Kisah kegiatan politik seperti ini tidak harus dijadikan sebagai satu perkara yang hanya berumpu kepada kegiatan 'parti pollitik'. Lihat sahaja dalam kehidupan seharian kita, yang penuh dengan 'politik'. Apa sebenarnya politik' itu? Mengapa ramai yang sering mengatakan bahawa, "Oh, saya tidak minat politik!" Di sini, dikongsikan satu definasi politik yang sangat mudah difahami. "Definisi politik sangat variatif, ada yang berpandang

Motivasikan saya!

Assalamualaikum semua. Saya menulis ini dalam keadaan sedang memikir dan perlu memotivasikan diri. Saya juga manusia biasa...seperti orang lain. Ada masanya berada di bawah dan ada masanya di atas. :D Apabila dalam situasi tertentu, seseorang pasti akan memerlukan motivasi. Salah seorang perunding motivasi pernah berkata kepada saya. "Motivasi ini adalah seperti belon panas. Cukup panas ia akan ke atas. Jika tidak, jatuhlah dia." Ya, memotivasikan diri adalah satu tugas yang sukar. Seperti kata Prof Dr Muhaya, "Membahagiakan untuk bahagia". Jadi, saya pula perlu memotivasikan untuk bermotivasi. Ramai yang tahu bagi sesetengah orang, 'makan' adalah satu cara untuk memberi motivasi kepada mereka. Sama ada makan sendirian, bersama kawan atau keluarga. Perbelanjaan makan akan sedikit berbeza dan istimewa dari segi jumlah RMnya! :) Bagi sesetengah orang, beriadah dan menghayati keindahan alam menjadi salah satu sumber motivasi. Sebahagian pula, membe

Kisah Projek 3 Bulan : Bahagian 2

Assalamualaikum semua. Baik, seperti yang dijanjikan, saya sambung semula kisah projek 3 bulan yang saya sedang jalani. Buat pengetahuan, projek SME @ University kumpulan pertama sudah berlangsung dengan jayanya Surat Tawaran. Ha, inilah surat tawaran yang diberikan pada hari taklimat. Jelas tatacaranya, bukan? Jadi, saya adalah salah seorang peserta untuk kumpulan kedua program SME @University. Ini adalah beberapa dokumen yang diterima semasa sesi taklimat tersebut. Maaf ya, gambar tidak sebaik kamera canggih yang ada di pasaran. :-) Ini adalah fail untuk menyimpan semua nota dan bahan bacaan yang diterima. Warnanya memang sesuai untuk saya! :) Ini pula adalah jadual kelas. Setiap hari Sabtu, kelas adalah penuh. Tetapi, hari Ahad ia bergantung kepada isi kandungan program. Kebanyakan kandungan modul adalah gabungan di antara kuliah oleh pensyarah dan kuliah pembentangan oleh 'practitioner' dalam dunia perbniagaan. Bagus, bukan?

Projek belajar 3 bulan: Februari-April 2012.

Assalamualaikum semua. Terkini, saya sedang menghadirkan diri ke kelas yang diadakan setiap hujung minggu, jadual secara tetap pada setiap hari Sabtu 9 pagi hingga 5 petang dan bergilir pada hari Ahad. Program ini adalah sau program yang dinaman SME @University. Kehadiran adalah CEO syarikat di bawah kategori SME. Ada juga yang hadir mewakili syarikat dengan jawatan lain walaupun bukan CEO. Bagi saya yang penting, belajar dan aplikasi. Ini 'beg sekolah' yang diberi kepada anak murid. Termasuklah saya. :) Ini pula antara nota dalam modul di bulan pertama, Februari. Nota ini adalah dari modul terkini di bulan March. Oh ya, setiap dari kami akan diberikan 'stand' nama untuk dipaparkan di meja.  Terasa seperti ahli parlimen pula! :D Baik, pada nama itu tertulis juga penganjur program yang terdiri dari SME Corp, MASMED UiTM dan 2 agensi lain. Menariknya, semua peserta perlu memberikan komitmen sebanyak RM2500 dan akan dikembalika