Skip to main content

BERSIH : Di mana saya dan anda?



Malam ini, rakan-rakan yang mempunyai daya, sedang sibuk dengan BERSIH 3.0. Sebahagian besar rakan saya memang melibatkan diri secara aktif untuk memperjuangkan pandangan dan pegangan masing- masing.

Dalam diam, saya tertanya-tanya juga. Dimanakah saya pada masa ini?
Ya, melaungkan keadilan dan mahukan keadilan, sesiapa sahaja boleh melakukannya. tetapi, menghadirkan diri dan melibatkan diri ke arah usaha mendapatkan keadilan, hanya orang-orang yang mempunyai kekuatan sendiri mampu melakukannya.

Kisah kegiatan politik seperti ini tidak harus dijadikan sebagai satu perkara yang hanya berumpu kepada kegiatan 'parti pollitik'. Lihat sahaja dalam kehidupan seharian kita, yang penuh dengan 'politik'.

Apa sebenarnya politik' itu? Mengapa ramai yang sering mengatakan bahawa, "Oh, saya tidak minat politik!"

Di sini, dikongsikan satu definasi politik yang sangat mudah difahami.

"Definisi politik sangat variatif, ada yang berpandangan positif dan ada yang negatif.

Politik sering didefinisikan sebagai penggunaan kekuasaan atau kewenangan, suatu proses pembuatan keputusan secara kolektif, suatu alokasi sumberdaya yang langkah (the allocation of scarce resources), atau sebagai arena pertarungan kepentingan yang penuh muslihat (Heywood, 2004:52).
Lima unsur yg selalu ada dalam definisi tentang politik:
1. Kegiatan manusia
2. Berhubungan dengan orang lain (social activity)
3. Muncul karena perbedaan (pendapat, keinginan, kebutuhan, kepentingan)
4. Adanya konflik (ungkapan pendapat yg berbeda, kompetisi berbagai tujuan, benturan kepentingan yg tidak dpt dipadukan)
5. Keputusan (sebuah keputusan kolektif yang mengikat sekelompok orang)."
(Sumber: http://kumoro.staff.ugm.ac.id/file_artikel/Apa%20itu%20politik.pdf)

Baiklah. Setelah membaca definasi di atas, saya dengan mudah menyatakan bahawa kehidupan harian saya sebagai ibu juga melibatkan aktiviti politik yang sangat hebat!

Perkara yang saya lakukan dalam pekerjaan dan perniagaan juga adalah sebuah tatacara hidup yang memerlukan saya mempunyai kemahiran berpolitik.

Jadi, apakah kehidupan anak-anak kita di sekolah, suasana kerja di tempat suami kita bekerja dan kehidupan keluarga yang kita lalui sekarang bukan satu politik? Lihat, hubungan kekeuargaan juga melibatkan politik.

Jadi, apa juga yang anda percaya, serta pa jua falsafah hidup yang anda terima, hakikat kita sebagai individu yang bernama manusia itu adalah sentiasa dalam keadaan berpolitik.

Beberapa rakan juga memberikan pendapat. "Politik ini sangat kotor. Jangan masuk campur, bahaya."

Kotor itulah yang perlu diBERSIHkan. Mungkin metafoa yang mudah seperti premis kedai makan dapat membantu kita untuk memahami dengan jelas tentang kotor dan BERSIH.

Ada satu Restoran yang mempunyai jenama dan pelanggan serta perniagaan yang hebat. Dengan kejayaan itu, empunya restoran berhajat mahu mengembangkan pernigaan dan membuka cawangan restoran baru. Namun, cawangannya itu pula tidak semaju yang disangkakan.

Antara faktor penyumbang kegagalan adalah kerana gagalnya pengurus restoran mengikut tatacara dalan 'standard operating procedure (SOP)' serta memenuhi keperluan perniagaan.

Ertinya, kegagalan restoran itu bukan kerana perniagaan, tetapi kerana tngkah laku peniaganya.

Jadi, lihat kembali objektif dan hala tuju sebenar BERSIH yang perlu dalam diri setiap individu. Lihat juga apa perlu dan pentingnya mengambil langkah BERSIH secara kolektif dan bersama. 

Memandangkan bahawa politik itu sudah jelas, ia bukan lagi berdasarkan 'siapa' tetapi 'apa'. Banyak perkara yang telah diajarkan dan ditunjukkan oleh Nabi kita, NAbi Muhammad SAW. namun, tidak semua yang mampu kita fahami dan terjemahkan dengan sendiri untuk diaplikasi.

Marilah bersama, meneruskan pencarian ilmu dan mengamalkannya. Maklumat kini berada dihujung jari. Oleh itu, BERSIHkan jiwa dan hati, terus mencari ilmu dan manfaatkanlah ia.

Jadi, berhentilah menyalahkan politik. Mulalah melakukannya dengan betul. Kerana diri anda sendiri adalah satu politik yang sangat kompleks!

Salam Perjuangan.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...