Skip to main content

Motivasikan saya!

Assalamualaikum semua.


Saya menulis ini dalam keadaan sedang memikir dan perlu memotivasikan diri. Saya juga manusia biasa...seperti orang lain. Ada masanya berada di bawah dan ada masanya di atas. :D


Apabila dalam situasi tertentu, seseorang pasti akan memerlukan motivasi. Salah seorang perunding motivasi pernah berkata kepada saya. "Motivasi ini adalah seperti belon panas. Cukup panas ia akan ke atas. Jika tidak, jatuhlah dia."


Ya, memotivasikan diri adalah satu tugas yang sukar. Seperti kata Prof Dr Muhaya, "Membahagiakan untuk bahagia". Jadi, saya pula perlu memotivasikan untuk bermotivasi. Ramai yang tahu bagi sesetengah orang, 'makan' adalah satu cara untuk memberi motivasi kepada mereka. Sama ada makan sendirian, bersama kawan atau keluarga. Perbelanjaan makan akan sedikit berbeza dan istimewa dari segi jumlah RMnya! :)


Bagi sesetengah orang, beriadah dan menghayati keindahan alam
menjadi salah satu sumber motivasi.
Sebahagian pula, membeli-belah adalah cara untuk memotivasikan diri. BAgi sesetengah orang membeli 'gadget' terkini adalah sebagai satu motivasi diri. Manakala, memenuhi citarasa fesyen pula mungkin menjadi pilihan biasa di kalangan wanita.


Apa pun, motivasi yang bersifat material adalah bersifat sementara. Manakala motivasi yang agak kekal sedikit lama adalah motivasi emosi atau psikologi. Motivasi ini tidak memerlukan belanja, tetapi memerlukan kesungguhan dan keikhlasan. Motivasi ini datang dengan pujian dam dorongan.


Ia mengambil masa dan perlu dilakukan secara berterusan. Saya juga sedang dan sentiasa mahu memotivasikan diri (orang lain dan diri sendiri) dengan pujian dan dorongan emosi yang betul.


Semoga saya berjaya. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...