Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Sabar: Mampukah anda?

Assalamualaikum. Sabar. Perkataan yang mudah disebut, tetapi amat sukar untuk dicapai, dirasai dan disentuh oleh banyak minda manusia. Banyak juga yang menjadikan kita sering hilang sabar... Maklumlah, ada saja dugaan yang datang tanpa kita sangka yang sebenarnya datang menguji kesabaran. Baru-baru ini saya didatangi dengan dugaan yang saya rasa amat berat sekali, aduh! Bagaimana ya bisa ku mahu melaluinya... Dalam mana-mana perniagaan memang ada hari hujan dan hari redup yang indah. Tapi kali ini, kurasakan hujan yang datang cuma gerimis. Tetapi ingat! Gerimis ini kebiasaannya akan sering berpanjangan... Menghadapi karenah pembekal dan kontraktor yang terlibat dalam perniagaan ini tidaklah mudah. Benar-benar menguji kesabaran. Hampir seminggu terpaksa kukorbankan masa malamku bersama keluarga hanya untuk memastikan tugas yang diberikan kepada mereka dapat terlaksana. Pun begitu, sabar perlu disusulkan dengan usaha. Kugagahkan jua diri untuk memenuhi keperluan masa yang berkualiti bers

Sukar menjaga hati...

Salam. Selamat bertemu kembali! Sebenarnya, macam-macam yang saya lalui setiap hari. Pelbagai kerenah dan karakter yang 'menarik' saya temui. Ada yang membawa pemikiran yang mampu menjana arus perubahan, ada juga yang menyahcas ion-ion negatif apabila bertemu. Hai, siapa sangka? Apabila sudah melalui satu tahap, kita sebagai manusia kena lebih banyak menjangkakan yang terburuk (worst case scenario) untuk lebih maju dan berjaya. Semalam, saya dihubungi oleh seorang pegawai dari salah sebuah agensi kerajaan. Maklumlah, sebagai peniaga dan usahawan yang ingin berjaya, saya perlu melibatkan diri dalam banyak aktiviti dan mencari sebanyak peluang sebanyak yang mungkin untuk memastikan perniagaan boleh berjalan baik dengan reputasi yang baik juga. Dengan nada yang agak keras, pegawai dihujung talian menekankan tentang beberapa dokumen yang kurang lengkap dalam borang tuntutan. Saya jadi amat tidak selesa kerana dilayan dan dimarahi ditalian sejurus selepas menjawab panggilan tanpa ad

Nafsu: halangan muslim terbesar?

Assalamualaikum. 20 June 2009 Akhir-akhir ini saya didatangi dengan banyak maklumat 'pemasaran' produk dan khidmat. Tidak kiralah dalam bentuk SMS, email, brochures/flyers mahupun dari media cetak dan elektronik. Aneh juga, walaupun iklan dan maklumat ini berlambak di pasaran, banyak yang sebenarnya bukan menjadi satu kerperluan yang hakiki bagi saya secara peribadi. Saya setuju dengan cara pengiklanan yang ada sekarang. Cuma, apa yang membimbangkan saya adalah sikap dan etika seorang 'pelanggan'. Ramai di antara kita tidak dapat membezakan antara sesuatu yang diklasifikasikan sebagai keperluan dan keinginan . Pelanggan yang bijak perlu tahu menilai yang mana lebih penting dan perlu diutamakan pada satu-satu masa. Sehingga kini, kita masih dihujani dengan pelbagai berita mengenai bagaimana ramai rakyat Malaysia dan dunia amnya yang mengalami 'krisis ekonomi' yang agak teruk. Penggunaan kad kredit yang berlebihan serta tidak terkawal juga adalah antara faktor me

Informasi terkini!

Assalamualaikum. Rakan dan taulan... Mulai Jun 2009, blog ini hanya akan dimuatkan dengan isi kandungan dan titipan dalam Bahasa Melayu. Untuk Bahasa Inggeris layari saya di www.noraminahomar.wordpress.com . Semoga dengan ruang yang sedikit dan ilmu yang tidak setinggi mana, saya dapat mencapai dan menjelajah dunia minda untuk diteroka secara peribadi dan bersama. Perubahan perlukan pengorbanan. Untuk berjaya, ada halangan. Apabila dugaan datang, INGATLAH janji ALLAH...sesuatu yang lebih baik pasti akan menjadi galang gantinya. Insyaallah, dengan kesabaran dan keinsafan dalam mengharungi dugaan, cita-cita dan impian akan menjadi kenyataan. Salam perjuangan. NORAMINAH OMAR YM: aroma_om SKYPE: noraminah omar www.noraminahomar.wordpress.com www.geniusauladdamansara.blogspot.com www.myvemmabuilder.com/647874305

SORRY: Will that mean anything to you?

Salam. Sorry... This can be the easiest Or the most difficult word to come from anyone. For some reason, when we are teaching the children at preschool level (base from my personal experience), we always remind the children to say "sorry" when they did something wrong. At times, we even make it compulsory for children to say "sorry" and hug their friend and say "i love you" . How about us as adult? Do you feel OK and easy to say "sorry" to someone when you did something wrong? Or you actually just do not have time to bother about this. We as adults do make mistakes. Sometimes, it was just because of our own ignorance, and sometimes it was really a BIG mistake! Whatever it is, one need to have the gut and courage to say "sorry". SO, the next time someone say "sorry" you have to accept it!

VERSI BAHASA MELAYU: Masa bersama keluarga: Apa yang penting sangat?

Salam. Kebiasaannya hujung minggu adalah masa yang saya nantikan. Harap-harap dapatlah luangkan lebih masa bersama anak-anak dan keluarga. Maklumlah, sepanjang 5 hari bekerja macam-macam kerenah dan tugasan yang terbeban. Tempoh yang singkat walau 2 hari amat bermakna. *** *** *** "Sabtu ni apa plan , abang?" "Entah...Nak jalan ke mana-mana ke? Abang tak ada bajet lagi..." "Abang ni, kita cuma nak luangkan masa, buat aktiviti dengan anak-anak. Tak kan kalau tak ada duit tak boleh buat semua tu?" "Ha...Inah nak buat apa?" "Ok...kita pergi mandi sungai nak? Bawak budak-budak tu pergi sungai congkak..." "Boleh, habis Inah boleh handle ke 4 orang nak tu? Ishak tu pulak baby lagi. Macam mana?" "Ye tak ye jugak! Abang kan ada?" "Ish...bawa la bibik sekali!" "Ala...bibik tu pun tak sihat, asyik demam aje kebelakangan ni. Kalau macam tu, kita duduk rumah saja lah... Masak, makan tengok TV.." "Ehmm

How do you spend your weekend?

Dear All, Most of us lead a normal life...7 days a week, 5 days working hard and looking forward for 2 days of break on every friday. However, most of us have diffeerent ways on filling in our weekends. Sometime we will spend our time during weekend with things that we do not really plan..Worst, some plan do not work out! SO, how do you spend your weekend? It depends base on your current status. Generally, let's see how people spend their weekend: 1. Stay at home, rest, watch TV and sleep 2. Hang out with friends 3. Plan for family outdoor activity 4. "Balik kampung.." 5. "Shop till u drop" 6. Gardening 7. Attending religious classes 8. Read novels 9. Watch a movie 9. Visit relatives 10. DO nothing useful... SO, which one is your pick? Noraminah Omar

Versi Bahasa Melayu: "Penulisan sebagai Wadah Perjuangan."

Salam. Baru-baru ini, saya menerima satu lagi jemputan untuk berkongsi maklumat dan kemahiran penyampaian dalam bentuk penulisan, iaitu NOVEL islami. Sebenarnya, ini bukanlah jemputan yang pertama saya terima. 4 tahun lepas, seorang rakan dari syarikat penerbitan PTS ONE pernah mempelawa saya untuk menyumbangkan hasil penulisan berbentuk motivasi kekeluargaan. Tetapi, hasrat itu saya pendamkan, memandangkan saya belum benar-benar bersedia pada waktu itu. Menurut rakan saya itu lagi, pengalaman peribadi yang saya lalui sudah cukup baik dan unik untuk dikongsikan bersama masyarakat luar. Maklumlah, dengan latar belakang pendidikan dan sejarah perjuangan sebagai pemimpin pelajar di institusi pengajian tinggi satu ketika dahulu, tak siapa yang menyangka saya melalui satu jalan hidup yang agak berbeza daripada apa yang dijangkakan secara kebiasaannya. Berkahwin dengan seorang lelaki, yang bergelar duda, 20 tahun lebih tua, menjadi 'ibu' kepada 4 orang anak! (perbezaan umur saya dan

What's Your Flavour?

Well, I remember people talk so much about the importance of ENGLISH communication skills. It is really a big challenge for me at the beginning stage too! Thank you so much to a place called "preschool". I started building my confidence during my first year working in a montessori preschool which was 6 years ago. (as a teacher) I remember that it was NOT that easy to speak with the children and with their parents and family in english when you do not have the exposure and enough vocabulary in your head. But, hey! Look at me now. I believe that I have improved and built my confidence after my 3rd year teaching children. With a great effort and consistency in reading and learning new vocabulary everyday, I manage to learn together with my collegue. I believe everyone and anyone can do the same. As this blog appear as it is, I want to take the opportunity to strengthen and enrich my skill in english (verbal & written). So, other than sharing and posting ideas, links and arti

Versi Bahasa Melayu: "Menghargai satu penghargaan."

10 June Hari ini perasaan agak berkecamuk. Maklumlah, hari ini sudah masuk hari ketiga (rabu) pejabat tempatku bekerja masih berkecah dengan 'kontraktor'. Sibuk menyiapkan catan dinding yang sepatutnya sudah selesai Jumaat yang lalu. Mungkin inilah yang mereka sering kaitkan dengan ketua wanita. Pasti janggal juga untuk bersaing masa dengan lelaki. Bila berdepan dengan kontraktor yang rata-rata bukan melayu dan lelaki! Hampir setiap jam terpaksa menjenguk dan memastikan yang mereka boleh menyiapkan catan dinding 3 tingkat bangunan yang saya duduki. Manakan tidak risau, hari Jumaat merupakan hari bekerja yang terakhir dalam setiap minggu. Semua mesti diselesaikan sebelum atau pada hari itu juga! Anugerah yang diberikan sebagai seorang ketua, mempunyai 'pengikut' yang 'setia' bukanlah calang-calang dugaannya. Walhal, dalam keadaan inilah, mereka antara orang yang penting dan banyak memberi semangat untuk terus menjayakan tugasan yang terpikul di bahu. Sebagai '

Let's take a break...

Salam. Ok. Since ramai member2 lama suka ajak diskusi cara santai, dalam post kali ni saya nak 'bergaya' santai. Org kata, "rasa muda, kelihatan muda , jadi muda" heh...heh... Sebenonya, sesape yang kenal MINAH dah lama, tau la ....dari sejak skolah kat taayah ipoh, sampai la ku fakulti engineering UM, macam2 yang dah berlaku. Yelah, manusia pun berubah. menjadi bertambah banyk ilmu, matang dan lebih berkaliber sebagai muslim. apa pun saya doakan kepada semua kenalan yang menemui semula 'jejak kasih' dengan MINAH dapat meneruskan tali silaturrahim sebagai muslim... cakap byk pasal ni, luangkan lah masa jgk minah punya centre yang hanya utk budak2 kecil...heee ....org dewasa kena la support kan? www.geniusauladdamansara.blogspot.com

What Opportunity in Life You Dare to Take?

Ok. Let's see. Most of the time we will think about things which can benefit others and good for others. However, at the same time, one must also understand that If they do not care for themselves, how will they care for others? IF a person do not want to take risk AT ALL, how can he be sure to take care of all other matters? Come and see wether this opportunity you dare to grab! Click here....