Skip to main content

VERSI BAHASA MELAYU: Masa bersama keluarga: Apa yang penting sangat?

Salam.

Kebiasaannya hujung minggu adalah masa yang saya nantikan. Harap-harap dapatlah luangkan lebih masa bersama anak-anak dan keluarga. Maklumlah, sepanjang 5 hari bekerja macam-macam kerenah dan tugasan yang terbeban. Tempoh yang singkat walau 2 hari amat bermakna.


*** *** ***
"Sabtu ni apa plan, abang?"

"Entah...Nak jalan ke mana-mana ke? Abang tak ada bajet lagi..."

"Abang ni, kita cuma nak luangkan masa, buat aktiviti dengan anak-anak. Tak kan kalau tak ada duit tak boleh buat semua tu?"

"Ha...Inah nak buat apa?"

"Ok...kita pergi mandi sungai nak? Bawak budak-budak tu pergi sungai congkak..."

"Boleh, habis Inah boleh handle ke 4 orang nak tu? Ishak tu pulak baby lagi. Macam mana?"

"Ye tak ye jugak! Abang kan ada?"

"Ish...bawa la bibik sekali!"

"Ala...bibik tu pun tak sihat, asyik demam aje kebelakangan ni. Kalau macam tu, kita duduk rumah saja lah... Masak, makan tengok TV.."

"Ehmmm..."

Akhirnya, masa hujung minggu sekali lagi di habiskan di rumah saja.

***

Tidak lama selepas itu, anak sulung ku menjengah ke dalam bilik.

"Mak jom pegi jalan-jalan. Lama dah Aliya tak jalan-jalan," bersungguh-sungguh bunyinya.

"Aliya nak pergi mana?" tanyaku kembali.

"Jom pergi Giant!" Aliya menjerit gembira.

"Asyik-asyik Giant. Nanti mesti nak beli mainan lagi. Kita pergi tempat lain boleh?" ujarku dengan nada memujuk.

"Nak pergi mana?"

"Kita pergi rumah wak Normah. Lagipun dah lama tak jumpa wak. Bolehla kita main kat rumah wak," aku cuba memberikan logik kepada usulku itu.

"Yea...yea, kita pergi jalan!"
*** *** ***
Emmm....inilah dialog yang berlaku dirumah minggu lepas. Bukan tak mahu berbelanja, tetapi adakala, perlu juga diajarkan pada anak-anak. Tidak semestinya masa diluangkan untuk membeli-belah sahaja. Hanya mengunjungi pusat hiburan. Sekali-sekala tak mengapa, tetapi tidak patut dijadikan 'rutin' mingguan keluarga.
Apa sebenarnya yang penting untuk meluangkan masa bersama keluarga?
Masa yang berkualiti dan diluangkan bersama pasti akan menambah keharmonian sebuah keluarga. Hubungan yang suci ini akan bertambah serinya dengan amalan yang berlandaskan syariat. termasuklah mengekalkan silaturrahim bersama sanak saudara. Malah ada baiknya jika kita selalu menziarahi saudara mara. Selain dapat mengeratkan silaturrahim, kita juga dapat menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak.
Insya allah. Walau dalam kesibukan tugasan harian, usaha baik yang berlandaskan doa dan niat yang mulia, doaku panjatkan, agar anak-anak akan mendapat yang lebih baik dari ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...