Skip to main content

Nafsu: halangan muslim terbesar?

Assalamualaikum.


20 June 2009


Akhir-akhir ini saya didatangi dengan banyak maklumat 'pemasaran' produk dan khidmat. Tidak kiralah dalam bentuk SMS, email, brochures/flyers mahupun dari media cetak dan elektronik.


Aneh juga, walaupun iklan dan maklumat ini berlambak di pasaran, banyak yang sebenarnya bukan menjadi satu kerperluan yang hakiki bagi saya secara peribadi.


Saya setuju dengan cara pengiklanan yang ada sekarang. Cuma, apa yang membimbangkan saya adalah sikap dan etika seorang 'pelanggan'. Ramai di antara kita tidak dapat membezakan antara sesuatu yang diklasifikasikan sebagai keperluan dan keinginan.


Pelanggan yang bijak perlu tahu menilai yang mana lebih penting dan perlu diutamakan pada satu-satu masa. Sehingga kini, kita masih dihujani dengan pelbagai berita mengenai bagaimana ramai rakyat Malaysia dan dunia amnya yang mengalami 'krisis ekonomi' yang agak teruk.


Penggunaan kad kredit yang berlebihan serta tidak terkawal juga adalah antara faktor mengapa perkara seumpama ini berlaku. Secara amnya, saya tidak menyangkal akan kepentingan dan keperluan mempunyai 'kad kredit' Walaubagaimanapun, persoalan tentang kebijaksanaan untuk mengendalikan penggunaanyan adalah sesuatu yang lebih utama.


Pemegang kad kredit sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri. Ini termasuklah mendapatkan kemudahan perbelanjaan secara selamat tanpa perlu menyimpan banyak wang tunai dalam satu-satu masa. Bagi mereka yang bijak menguruskan kewangan, kad kredit dapat membantu mereka mengawal pengaliran perbelanjaan tunai.

Walaubagaimanpun, pemegang kad kredit juga terdedah dengan kemungkinan bebelanja dengan melampau tanpa disedari. Ini jelas terbukti dengan pertambahan bilangan individu yang menghadapi masalah pembayaran akibat menggunakan kad kredit secara berlebihan.

Sebenarnya, walau apa pun yang kita lakukan kesederhanaan adalah amat penting. Antara keperluan dan keinginan perlu ada batas yang jelas dalam kamus hidup anda!!

Salam berpena,

NORAMINAH OMAR


YM: aroma_om
SKYPE: noraminah omar
http://www.noraminahomar.wordpress.com/
http://www.noraminahomar.blogspot.com/
www.myvemma.com/noraminah
www.vemmabuilder/647874305

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...