Skip to main content

Sukar menjaga hati...

Salam.

Selamat bertemu kembali!

Sebenarnya, macam-macam yang saya lalui setiap hari. Pelbagai kerenah dan karakter yang 'menarik' saya temui.

Ada yang membawa pemikiran yang mampu menjana arus perubahan, ada juga yang menyahcas ion-ion negatif apabila bertemu. Hai, siapa sangka? Apabila sudah melalui satu tahap, kita sebagai manusia kena lebih banyak menjangkakan yang terburuk (worst case scenario) untuk lebih maju dan berjaya.

Semalam, saya dihubungi oleh seorang pegawai dari salah sebuah agensi kerajaan. Maklumlah, sebagai peniaga dan usahawan yang ingin berjaya, saya perlu melibatkan diri dalam banyak aktiviti dan mencari sebanyak peluang sebanyak yang mungkin untuk memastikan perniagaan boleh berjalan baik dengan reputasi yang baik juga.

Dengan nada yang agak keras, pegawai dihujung talian menekankan tentang beberapa dokumen yang kurang lengkap dalam borang tuntutan. Saya jadi amat tidak selesa kerana dilayan dan dimarahi ditalian sejurus selepas menjawab panggilan tanpa ada ruang untuk saya memberi penerangan.

Saya mula bertanya satu persatu dokumen yang telah dilampirkan...rupa-rupanya, beliau sendiri belum habis menyemak dokumen yang saya hantar. Hanya kerana mendapati satu dokumen tercicir, saya dimarahnya seperti anak kecil. Walhal, tidak ada masalah untuk saya menghantar semula dokumen tambahan.

Akhirnya saya terpaksa bertanya, "Cik, kenapa cik bercakap kasar dan marah-marah? Kalau saya perlu tambah dokumen, saya akan buat. Dokumen mana yang kurang?"

Cepat-cepat pegawai itu menjawab, "Eh, mana ada kak! Saya cakap biasa je...sekejap, saya tengok dokumen ni ya..." Barulah dia berlembut dan jelas sekali 'cik' tadi memang tidak memeriksa dokumen saya "sepenuhnya"!

Dari awal perbualan saya memanggilnya 'cik' agar perbualan menjadi bertambah mesra dan profesional. Tapi, tak berhasil juga...

Tak mengapalah. Saya sebenarnya amat terkilan, kerana sebelum ini, sudah dua kali saya berurusan dengan pegawai yang amat bijaksana dalam memberikan maklumat dan menyampaikannya. Tak pula mereka marah-marah..

Bukankah, lumrah...adakala kita akan melakukan kesilapan. Memang tidak boleh kita mengulangi kesilapan yang sama!

Emmmm....memang susah nak menjaga hati manusia kan?

Ramai di antara kita mudah benar tersentuh hati...Menonton cerita hindustan pun boleh menitiskan air mata!

Sedarkah anda bahawa untuk menjaga hati manusia ini boleh menjadi begitu sukar?

Sudah menjadi tuntutan sebagai Muslim untuk sentiasa menjaga hemah, tingkah laku dan pertuturan terutama sekali apabila berurusan dengan makhluk tuhan...

Insyaallah, saya juga masih dalam prose memperbaiki dan belajar dari banyak kesilapan. Semoga ALLAH memberi rahmah dan hidayahnya kepada kita semua!

AMIN!!

Noraminah Omar
http://www.noraminahomar.wordpress.com/
http://www.geniusauladdamansara.blogspot.com/
www.vemmabuilder.com/647874305

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...