Skip to main content

Versi Bahasa Melayu: "Menghargai satu penghargaan."

10 June

Hari ini perasaan agak berkecamuk. Maklumlah, hari ini sudah masuk hari ketiga (rabu) pejabat tempatku bekerja masih berkecah dengan 'kontraktor'. Sibuk menyiapkan catan dinding yang sepatutnya sudah selesai Jumaat yang lalu.

Mungkin inilah yang mereka sering kaitkan dengan ketua wanita. Pasti janggal juga untuk bersaing masa dengan lelaki. Bila berdepan dengan kontraktor yang rata-rata bukan melayu dan lelaki!

Hampir setiap jam terpaksa menjenguk dan memastikan yang mereka boleh menyiapkan catan dinding 3 tingkat bangunan yang saya duduki. Manakan tidak risau, hari Jumaat merupakan hari bekerja yang terakhir dalam setiap minggu. Semua mesti diselesaikan sebelum atau pada hari itu juga!

Anugerah yang diberikan sebagai seorang ketua, mempunyai 'pengikut' yang 'setia' bukanlah calang-calang dugaannya. Walhal, dalam keadaan inilah, mereka antara orang yang penting dan banyak memberi semangat untuk terus menjayakan tugasan yang terpikul di bahu. Sebagai 'ketua'...

Manakan tidak fikiran bertambah kecamuk, dipejabat sebagai ketua, dirumah memikul dua tanggungjawab lagi ketua dan juga pengikut.

Jan sudah melewati 5.oo petang. Masih lagi menunggu 'kontraktor' kedua untuk menyiapkan semua tugasan untuk kemasan lantai dipejabat.

Penghargaan yang diberikan sebagai seorang ketua, bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan. Bukan hanya memandang nama dan pangkat, malah lebih dari itu. Menyumbang dan membimbing yang lain kepada kejayaan yang lebih dari yang aku perolehi kini...

Doaku, semoga ALLAH mengurniakan sekuat-kuat iman, seteguh-teguh kesabaran agar dapat aku melalui dugaan dan cabaran hidup sebaiknya....


Salam Perjuangan,

Noraminah Omar

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...