Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan

KASIHNYA KEPADA MANUSIA

Catatan kali ini tidak lari daripada perkara tentang kehidupan. Cerita manusia, memang mudah menarik hati manusia yang lain. "People want to hear stories about people." Ini yang biasa menjadikan kita tertarik untuk membaca kisah dan cerita tentang orang lain. Bagi sesetengah orang, mereka tidak mahu mendedahkan dan bercerita banyak tentang hidup mereka. Ini melibatkan adanya perkongsian ruang hidup peribadi dengan orang lain. Apatah lagi sekiranya ia dipaparkan di laman sosial, sudah tentu ruang privasi diri menjadi semakin kecil. Pun begitu, hidup ini adalah ruang untuk belajar dan meneladani. Mana yang baik dijadikan panduan dan yang kurang baik dijadikan sempadan. Mudah kedengaran, tetapi tidak mudah untuk  kita lakukan. Hari ini kita banyak membaca melalui pelbagai medium. Buku dan bahan cetak bukanlagi satu-satunya pilihan yang ada. Laman web, blog, ebook dan seumpamanya juga, merupakan medium bacaan ramai. Kisah dan pencritaan yang dikaitkan dengan emosi

MENGEJAR BAYANGAN

. Dunia ini memang mengasyikkan. Anak-anak dan ahli keluarga, ialah satu anugerah indah yang amat mengasyikkan. Setiap hari, ada sahaja kisah dan cerita yang tidak lari dari mereka. Malah, saya juga begitu. Milikan ini adalah satu pinjaman. Semua orang pun tahu. Apa juga yang kita pilih, sama ada bekerja untuk orang lain atau sepenuhnya menguruskan kerja di rumah, ia tetap satu pilihan. Ia tetap satu milikan sementara. Apabila ada yang menyebut bahawa semunya milik Allah, ia adalah satu kenyataan. Kenyataan satu lagi ialah, Allah berikan semua itu kepada kita sebagai milikan sementara. Jadi, sudah tentulah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan yang terbaik dan melakukan yang terbaik. Hidup kita juga ada banyak banyangan. Bayangan ini terhasil apabila cahaya dihalang. Maka kita hanya nampak bahagian gelap yang menghasilkan bayang-bayang. Hidup juga satu bayangan apabila kita hanya meihat hanya apa yang terlihat apabila cahaya dihalang. Kita nampak bayang indah. Walhal

"MANUSIA YANG HILANG"

. Apabila kita dalam keadaan yang kita tidak boleh hadapi, banyak perkara yang datang menerpa dalam fikiran. Dunia hari ini, cabarannya bukan calang-calang. Buat ibu, bapa dan anak-anak dalam sebuah keluarga, banyak perkara yang berada di belakang minda kita. Ada juga perkara yang berlaku, seolah-olah diluar jangkaan pemikiran kita. Suatu mas dahulu, kita tidka pernah terfikir akan adanya ibu yang sanggup mengandungkan anak 9 bulan dan kemudian membuangnya. Dahulu, kita juga tidak pernah terfikir seorang anak berumur 10 tahun sudah mula menghisap rokok! Hari ini....dunia semakin mengelirukan. Saban hari ada sahaja situasi yang memberikan tekanan. Malah, ada ahli keluarga yang membuang adik-beradik dan anak-anak seolah-olah kita saudah hilang budaya! Ada banyak pendapat dan komen yang datang dari pelbagai sudut pandang. Sesungguh, tidaklah lain yang kita mahukan melainkan hidup dengan gemabira dan bahagia. Ia datang dengan banyak perkara. Ia dicapai atas banyak faktor. Seti

KITA, ADALAH APA YANG KITA FIKIR

. Selepas cuti perayaan yang panjang, ada banyak kisah dan cerita yang dikongsikan. Biasalah. Tentang sambutan Hari Raya, tentang keluarga, tentang cabaran hidup semasa dan perkembangan terkini sanak-saudara. Banyak perkara yang dikongsikan, menjadikan kita perlu lebuh berhati-heti memilih dan memproses maklumat. Ada nasihat yang mesti diambil dan tidak kurang yang mesti diabaikan. Apabila kita diperdengarkan dengan kisah, cerita dan pengalaman yang berwarna-warni, kita adalah apa yang kita fikirkan. Apa yang indah di hujung sana, tidak semestinya baik untuk kita. Begitulah sebaliknya. Apabila kita mula berfikir akan perkara yang menjurus kepada perkara akan datang, apa yang boleh dilakukan dan fokus kepada kekuatan diri, ia menjadikan kita terdorong menjadi apa yang kita fikirkan itu. Dalam usia menjengah 40 tahun, saya sendiri mendengar banyak cerita yang pelbagai. Tentang gaji, kehidupan rumah tangga, harta dan seumpamanya. Semua itu, biasa. Yang menjadikan ianya luar bias

MEMBUAT KEPUTUSAN, MEMBUAT PILIHAN

Pada tahun 2013, saya banyak membuat keputusan-keputusan besar dalam kehidupan. Antara yang paling besar ialah menamatkan khidmat pembantu rumah yang sudah macam ahli keluarga sendiri. Setelah hampir 8 tahun, saya mempunyai pembantu untuk urusan di rumah, saya membuat keputusan ini atas banyak faktor. Pada waktu itu, dengan anak kecil seramai 5 orang, cabaran yang bakal dihadapi bukanlah satu perkara kecil dalam situasi saya. Ya. Ada banyak sebab dan faktor. Pun begitu, perkara yang menyakitkan, membimbangkan dan menakutkan itulah yang menjadikan kita lebih menjadi manusia. Secara teknikalnya, is bermula dengan persediaan kita sendiri. Persediaan itu termasuklah menyediakan anak-anak, suami dan ahli keluarga akan susur jalan yang baru bakal ditempuhi. Bagi seorang ibu yang bekerja dan mempunyai anak, cabaran mengurus dan menyusunatur keperluan dirumah adalah antara yang penting. Jika ada yang terhalang, kerjaya juga akan terkesan. Begitulah juga sebaliknya. Pun begitu, sokon

JIWA DAN MEDIA SOSIAL

Sejujurnya, menulis itu menenangkan. Ya. Ia satu terapi bagi ramai orang. Malah, ia juga menjadi satu hobi penting bagi sekumpulan orang, manakala ia merupakan aktiviti bisnes bagi ramai orang. Begitulah. Ia bermula dengan menulis sebagai hiburan, penenang jiwa tatkala gundah gulana. Ada banyak cara kita memberikan ketenangan kepada diri selain daripada altiviti sosial dan riadah. Menulis adalah salah satu caranya. Media sosial termasuk blog juga antara yang menjadi pilihan popular. Tidak kira sama ada ianya sekadar berfungsi sebagai diari atau jurnal harian, blog memberikan ruang kepada banyak perasaan. Selain daripada menzahirkan apa yang ada dalam fikiran, tulisan juga membolehkan kita mengembangkan idea kepada satu perbincangan anjut yang memberikan manfaat. Meskipun sekadar coretan biasa, ia boleh memberi manfaat dan memberi inspirasi apabila sampai kepada kumpulan pembaca yang betul. Bukanlah bermakna sosial media itu tempat orang berjiwa resah berkelana. Ia hanyalah

ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

Dalam hidup ini, kita sering juga dilanda ketakutan. Kita selalu ada rasa bimbang. Kita juga tidak tahu, ada banyak kemungkinan. Bagi yang masih bujang, ada senarai kebimbangan sendiri. Bagi yang sudah berkahwin dan belum menimang cahaya mata, ada rentetan air mata yang dibendung. Bagi yang sudah berkahwin punya anak dan keluarga, ada jujukan diari hidup yang mereka sembunyikan. Apa pun juga situasi yang kita hadapi, bukanlah bermakna kita hanya sendiri-sendiri. Allah masih ada. Dia jugalah yang memberikan segalanya. Para pembaca yang budiman, Rentetan daripada suasana dan kesan emosi, tidak semua daripada kita bernasib baik. Allah maha tahu. Siapa yang dikehendaki-Nya, dialah yang Allah pilih. Anak-anak dan ahli keluarga, apa pun situasi mereka, kita terimalah dengan redha. Apa juga yang berlaku, terimalah dengan rela. Daripada spektrum autisme, hinggalah spektrum skizofrenia, mereka tetap ahli keluarga kita. Tidaklah semudah yang kita sangka. Tidaklah seringkas yan

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke

KASIH YANG INDAH

. "Tahun ini macam biasa saja." perlahan Mak menuturkan ayat ini. Jari-jemari mak masih sibuk memasukkan benang ke dalam jarum. Halus agaknya jarum itu. Lama juga Mak mencuba. Ayah bersandar pada dinding rumah. Kaki kanannya dibengkokkan manakala kaki kirinya melunjur di atas lantai. Abah menggosok-gosok lutut kaki kirinya. Sakit barangkali. Mak menoleh dan memandang Abah sambil berkata, "Tahun ini tidak mengapa Abang. Tidak perlu beli baju raya untuk saya dan Ana. Saya sudah boleh menjahit. Setakat baju Ana, saya jahit pelan-pelan. Cuba, baju lelaki saja. Saya belum pandai." Abah senyum. Sambil mengangguk dia menjawab, "Tak apalah. Awak jangan risau. Saya usahakan. Kalau saya tak apa. Baju yang ada tu sudah cukup. Lagipun, jubah putih hadiah dari Tuan Hj Tahir ada lagi. Jubah pun boleh." Mak diam. Sambil menari nafas panjang dia menyambung, "Abang rasa, saya patut bekerja semula?" "Awak tak penat?" Mak senyum. " Buka

SEJUTA RASA, MAK dan ABAH

Anak gadis itu memandang ibunya yang sedang sibuk melayan anak kecil diribanya. Dia berkata, "Mak, kita balik kampung kan?" Perempuan yang dipanggil Mak itu menagangkat mukanya. Sambil senyum, terus disahut pertanyaan anaknya, "Ya, insyaallah. Kita tunggulah apa Abah kata. Rancangannya, ikut Abah juga." "Ala...Mak, satu hari pun tak apa." Anak itu senyum. Rasanya Mak tahu. Anak-anaknya mahu balik kampung sempena cuti hari raya. Tentulah anak-anak perlukan satu cerita untuk dikongsikan dengan rakan di sekolah. Itu Mak sangat pasti. Apa pun, Mak tidak berani berjanji. Balik kampung bermakna perbelanjaan bertambah. Kos perbelanjaan harian yang kian sempit, menyebabkan Mak banyak berfikir. Yang mana perlu didahulukan berbanding dengan keperluan yang lain. Mak terus melayan karenah anak kecilnya. Sekejap bertepuk tangan, sekejap bergolek atas lantai. Mak nampak terhibur benar dengan kehadian si kecil yang baru berumur 12 bulan. Dalam hati, Mak sahaja

MELAWAN ARUS UNTUK HIDUP TERUS

Hari ini, tinggal beberapa hari sahaja, perayaan menyambut kemenangan akan tiba. Meskipun Ramadhan bakal ditinggalkan, Syawal merupakan hari kejayaan yang dinanti. Ya, hari meraikan kejayaan. Kejayaan yang diraikan ini tidak perlu ada syarat. Apakah syarat yang biasanya menyeksakan jiawa itu? Bagi ibu yang menjadi orang kedua penting di rumah dan paling penting dalam keluarga, semuanya berada dalam fikiran kepalanya. Tentang makanan. Tentang pakaian. Tentang persiapan rumah. Tentang perjalanan keluarga. Tentang belanja yang terlibat. Semuanya umpama satu syarat bagi meraikan hari kejayaan itu. Hari 1 Syawal. Sebenarnya, setiap perkara yang berlegar dalam fikiran seorang ibu, ialah perkara harian. Namun, apabila menghampiri hari perayaan, ianya menjadi lebih signifikan. Apatah lagi sekiranya budaya ini sudah begitu sejak dari dulu. Bagi ibu-ibu yang bekerja juga, tidak kurang dilemanya. Dalam situasi ekonomi sekarang, sama ada ibu yang bekerja di luar atau bekerja sepen

TENTANG KERJA

Apa juga kerja yang kita pilih, ia merupakan satu pilihan. Tidak ada sesiapa yang berhak menidakkan hak kita untuk membuat pilihan. Kita pula, mestilah mahukan yang baik sahaja. Jadi pilihan juga merupakan pilihan terbaik yang kita boleh lakukan pada masa itu. Ramai juga memilih bekerja dan pada masa yang sama menjadi seorang isteri. Isteri yang dikaitkan dengan urusan keluarga. Kita semua sudah tentu pernah juga membuat pilihan. Apa sahaja pilihannya, ada jalan keluar bagi setiap suatu perkara. 'Exit plan' terpakai untuk semua situasi. Sama ada bekerja atau berbisnes. Apabila bekerja 'exit plan' kita biasanya ada 3: 1. keluar daripada situasi semasa kepada yang lebih baik 2. keluar mencari situasi baru dalam situasi atau kumpulan baru 3. menunggu menerima tawaran baru daripada mana-mana entiti lain Sama ada kerja kita itu bersifat domestik atau tidak, kerja tetap kerja. Sebenarnya, susah atau senang, semua orang mempunyai situasi masing-masing.

KERJASAMA DAN RUNDINGAN

Apa juga bidang yang kita ceburi, kita memerlukan beberapa kemahiran asas, termasuklah kemahiran bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain. Meskipun kita ini suri rumah, kemahiran ini menjadi lebih penting buat kita untuk menguruskan institusi keluarga dengan lebih baik. Amnya, apabila kita mengekalkan etika dalam berurusan, ia membolehkah kredibiliti kita dibina dengan asas yang kukuh. Antara yang boleh dilakukan ialah: + menghadiri program khusus dalam industri seperti latihan, kursus dan konferens. . + bersedia untuk belajar perkara baru . + mendengar komen dan pandangan, diam sahaja . + meminta pandangan atau nasihat kepada mereka yang lebih lama berada dalam industri . + hanya memberi nasihat apabila diminta . + tidak 'meratap-ratap' dan mengisahkan kesusahan diri yang bersifat peribadi . Apabila berkongsi dengan pihak lain, ada banyak perkara yang perlu ditimbangkan. Perkongsian yang lebih bermakna ialah apabila perkara yang dikongsikan itu:

JIKA HIDUP BIASA-BIASA biarlah KAYA JIWA

Membaca beberapa cerita di facebook, membuatkan hati banyak berkata-kata sendiri. Ya, tidak semua perkara kita boleh ceritakan di khalayak. Malah, ada banyak perkara, lebih baik disimpan sebagai koleksi memori kisah peribadi. Hidup seorang wanita bergelar ibu dan mengemudi keluarga bersama seorang suami, ada banyak gelora. Bukanlah ianya sentiasa, tetapi ia memang ada. Anak-anak, memerhatikan kita. Mereka mendengar sahaja apa yang kita kata. Malah, apabila kita dalam situasi susah dan sedih, mereka sebenarnya tahu. Cuma, sebagai anak, mereka tetap anak. Gembira, berlari sana-sini, bertengkar sesama sendiri dan kemudian berpelukan semula. Ibu manalah yang tidak sayangkan anak. Tetapi, ibu juga seorang manusia. Adakalanya hati dan emosi yang terbeban, dia kalah juga. Allah maha tahu. Kepada dia jugalah kita mengadu. Anak-anak mesti dikayakan jiwanya. Biarlah kita tidak punya wang berjuta. Namun hati kita sarat dengan kasih dan cinta. Anak-anak masih menerima kasih sayang, mesk

BELAIAN JIWA buat SEORANG IBU

Selepas sahur sementara menanti subuh, entah bagaimana blog ini saya kunjungi semula. Kali akhir, saya kira 2 tahun lalu saya menerpa dalam kanvas ini. Ini kanvas lama. Tetapi tetap baru untuk saya. Hidup ini adakalanya tidak seperti yang kita jangka. Apabila yang dirancang tidak jadi seperti yang kita mahukan, ia sering membuatkan kita kecewa. Ramadhan tahun ini, sentiasa membawakan intipati kehidupan yang tidak sama dengan yang sebelumnya. Aanak-anak, suami dan keluarga merupakan antara yang menjadikan hidup kita sangat dinamik. Anak-anak semakin dewasa. Mereka mula banyak bertanya. Mereka sudah mula berfikir tentang kehidupan, macam kita juga. Namun, konteks mereka memang berbeza. Sebagai ibu kepada anak-anak dan suri bagi seorang suami, apa juga jawatan kita dalam bidang kerjaya, kita masih tetap sama. Seorang wanita yang perlu memenuhi erti kehidupan diri dan keluarganya. Antara yang sering kita lupa, ialah memberi kepada diri sendiri. + berikan masa kepada diri