Skip to main content

SEJUTA RASA, MAK dan ABAH

Anak gadis itu memandang ibunya yang sedang sibuk melayan anak kecil diribanya. Dia berkata, "Mak, kita balik kampung kan?"

Perempuan yang dipanggil Mak itu menagangkat mukanya. Sambil senyum, terus disahut pertanyaan anaknya, "Ya, insyaallah. Kita tunggulah apa Abah kata. Rancangannya, ikut Abah juga."

"Ala...Mak, satu hari pun tak apa." Anak itu senyum.

Rasanya Mak tahu. Anak-anaknya mahu balik kampung sempena cuti hari raya. Tentulah anak-anak perlukan satu cerita untuk dikongsikan dengan rakan di sekolah. Itu Mak sangat pasti. Apa pun, Mak tidak berani berjanji.

Balik kampung bermakna perbelanjaan bertambah. Kos perbelanjaan harian yang kian sempit, menyebabkan Mak banyak berfikir. Yang mana perlu didahulukan berbanding dengan keperluan yang lain.

Mak terus melayan karenah anak kecilnya. Sekejap bertepuk tangan, sekejap bergolek atas lantai. Mak nampak terhibur benar dengan kehadian si kecil yang baru berumur 12 bulan. Dalam hati, Mak sahaja yang tahu.

Semalam, sewaktu berbuka puasa, Mak perlahan sahaja berkata kepada Abah. "Abang, saya OK saja. Cuma, rasanya perlu balik kampung juga. Tidak semestinya hari pertama. Asalkan balik. Kita jenguklah orang tua di kampung sementara mereka masih ada."

Abah diam. Abah kunyah sahaja nasi dan kuah kari yang dicampur dalam pinggan. "Ya, Abang tahu. Kita tengok nanti macam mana."

Mak menyambung, "Saya sudah biasa Abang. Saya tak mahu fikir sangat bab kita kurang bajet. Yang penting, kita usaha. Adalah rezeki kita dan budak-budak ni nanti."

Mak mengelus-elus belakang Abah. Mak senyum. Abah diam sahaja. Abah dan Mak terus makan. Sesekali, mereka memanggil-manggil anak kecil yang riang bermain. Riang anak itu duduk dalam 'walker' sambil sibuk berpusing-pusing keliling meja makan .

Mak dan Abah menyimpan sejuta rasa.



.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...