Skip to main content

MELAWAN ARUS UNTUK HIDUP TERUS

Hari ini, tinggal beberapa hari sahaja, perayaan menyambut kemenangan akan tiba. Meskipun Ramadhan bakal ditinggalkan, Syawal merupakan hari kejayaan yang dinanti.

Ya, hari meraikan kejayaan. Kejayaan yang diraikan ini tidak perlu ada syarat. Apakah syarat yang biasanya menyeksakan jiawa itu?

Bagi ibu yang menjadi orang kedua penting di rumah dan paling penting dalam keluarga, semuanya berada dalam fikiran kepalanya.

Tentang makanan.
Tentang pakaian.
Tentang persiapan rumah.
Tentang perjalanan keluarga.
Tentang belanja yang terlibat.

Semuanya umpama satu syarat bagi meraikan hari kejayaan itu. Hari 1 Syawal.

Sebenarnya, setiap perkara yang berlegar dalam fikiran seorang ibu, ialah perkara harian. Namun, apabila menghampiri hari perayaan, ianya menjadi lebih signifikan. Apatah lagi sekiranya budaya ini sudah begitu sejak dari dulu.

Bagi ibu-ibu yang bekerja juga, tidak kurang dilemanya. Dalam situasi ekonomi sekarang, sama ada ibu yang bekerja di luar atau bekerja sepenuh masa di rumah, ia sama sahaja. Dua-dua situasi memerlukan banyak masa dan tenaga untuk diserasikan.

Ada juga rakan ibu kita, yang meneritakan tentang situasi mereka yang terpaksa meminjam wang untuk persediaan perayaan. Sebenarnya, tiada perayaan pun orang biasa meminjam. Tetapi, apabila tiba musim perayaan pinjaman ini menjadi lebih besar risikonya.

Bertanya saya kepada seorang rakan, bagaimana dia bisa tenang sepanjang bulan. Walhal, gajinya tidaklah seberapa dan keluarganya agak besar untuk ditanggung seorang.

Dia berkata, "Lawanlah arus. Badan kita akan sakit sekarang. Tetapi, sakitnya tidaklah sampai membuatkan kita menanggung beban hutang yang lebih sakit sepanjang kehidupan."

Saya bertanya kembali, "Bagaimana mahu melawan arus?"

Tenang dia menjawab, "Alihkan fokus kita. Daripada memikirkan tentang kesesakan wang dan ketidakcukupan, fikirkan kesenangan hidup tanpa hutang dan kesederhanaan . Sibukkan diri dengan aktiviti dan tugasan lain. Kurangkan interaksi yang berkaitan dengan perkara yang menjadikan kita berbelanjan."

Dia tunduk dan mengangkat mukanya semula lalu berkata, "Saya melawan arus untuk hidup terus!"


.
Nora Omar
(Noraminah Omar)
4.45 pagi
29 Jun 2016

.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...