Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Emosi dan Perlumbaan Hidup

Hidup ini sendiri merupakan marathon. Satu persatu situasi dan keadaan yang dialui adalah silih berganti. Pelbagai cerita dan kisah kita dengar. Banyak juga tipu helah yang kita lihat, rasa dan lalui. Pun begitu, dunia adalah sebuah perjalanan. Manusia dan emosi merupakan kesinambungan yang tidak dapat dipisahkan. Ia ada bersama untuk menjadikan kita hidup dengan penuh makna. Maka, perhubungan antara emosi dan manusia itu adalah perkara biasa. Namun, emosi itu tidak wajar dikaitkan dengan perkara yang tidak selayaknya. Manusia juga mempunyai sifat yang menjadi satu anugerah apabila digunakan dengan cara yang betul. Sifat dan sikap yang biasanya membawa kepada perkara negatif boleh diubah kepada positif. Emosi ini antara cabaran hebat dan besar kepada ramai orang. Ada yang terkesan dengan cara baik dan sebaliknya. Apapun ada banyak perkara yang membolehkan kita berada dalam kestabilan emosi. Antara yang boleh dikongsikan termasuklah: + Berkawan dengan mereka yang positif

Hidup dan Kesempurnaan.

Semasa mengalami situasi untuk membuat keputusan, kita biasa memikirkan banyak perkara. Apa yang orang akan kata, adalah antara yang penting. Memikrkan tentang, apakah keputusan kita itu diterima, juga menjadi benanan tambahan apabila mahu memilih dan membuat keputusan. Ramai yang bertanya, "Bolehkah saya pandai dahulu berbisnes, baru saya memulakan bisnes?" Ada pula yang berkata, "Puan, biar saya belajar dahulu. Kemudian baru saya akan mulakan." Memulakan sesuatu (termasuklah bisnes) adalah satu keputusan yang kita buat. 11 tahun lalu, semasa kedua ibu bapa saya mahu membuat keputusan membenarkan saya berkahwin dengan suami saya, mereka membuat keputusan. Banyak soalan yang dilontarkan kepada mereka, termasuklah… "Bolehkah anak kamu itu jadi isteri kepada lelaki yang 20 tahun lebih matang?" "Anak baru lulus universiti, sudah terus mahu kahwinkan?" "Bolehkah nanti dia jadi ibu?" Saya diberitahu bahawa kedua ibu bapa

Memilih. Membuat pilihan.

CATATAN SUBUH …tentang hidup. Hidup ini penuh dengan pilihan. Memilih untuk membuat keputusan dan meneruskan perancangan adalah satu proses pilihan. Memilih untuk menceburi bidang baru lalu menjalankannya dengan sepenuh hati adapah pilihan. Kita mempunyai banyak ruang dan peluang untuk memilih. Tiada hasil tertentu yang boleh dijanjikan daripada pilihan kita itu. Malah, setiap pilihan yang melibatkan keputusan yang kita buat itu akan melibatkan risiko pula. Maka, pernahkah kita menilai dan mengira setiap risiko atas keputusan yang kita ambil? Seorang ibu mengambil risiko dengan membuat keputusan setiap hari. Memutuskan untuk bekerja sepenuh masa mempunyai risiko. Membuat keputusan untuk memberikan tumpuan kepada keluarga tanpa bekerja juga mempunyai risiko. Keputusan dan risiko yang kita ada tidak sama. Situasi dan suasana semasa akan membezakan keputusan dan risiko yang kita ambil. Lalu, berkongsi pengalaman, mendengar kisah dan cara orang lain membuat keputusan, s

Memberi ruang kepada diri.

Menjalani kehidupan seharian adalah perkara yang biasa dan sama buat semua orang. Namun, setiap hari yang dilalui oleh setiap individu berbeza, mempunyai perspektif dan perjalanannya yang unik. Ianya suatu pengalaman yang tersendiri. Sebahagian daripada kita menjalani kehidupan seharian, sebagai satu rutin yang seronok dan menarik. Tetapi, bagi sebahagian pula, mereka mendapati perjalanan kehidupan seharian itu tidak seindah yang disangka. Apa pun, hidup dan perjalanan seharian yang kita lalui perlu mempunyai tujuan atau 'purpose' yang jelas. Ada banyak cara yang dikongsikan oleh ramai orang tentang 'tujuan' hidup. Ramai juga antara kita yang merupakan ibu atau bapa menjadi sedikit tertekan dalam pencarian atau proses merealisasikan tujuan hidup. Bersama ahli keluarga, meluangkan masa bersama anak-anak, melihat mereka membesar adalah impian ibu bapa. Bukan semua ibu bapa hari ini mengejar perkara lain bagi memenuhi keperluan hidup atas kehendak dirinya. Ada j

Fasa Bisnes : Cabaran yang tersembunyi.

*Artikel ini dibenarkan untuk disiarkan semula dalam mana-mana media cetak dengan memaparkan biodata ringkas penulis. Proses pembangunan bisnes mengambil masa yang berbeza bagi bisnes yang berbeza. Bergantung kepada industri dan sektor bisnes. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang bijak dan cekal membawa misi dan hala tuju bisnes dengan tepat. Meskipun bakat dan kebolehan menjadi asset utama, kebolehan usahawan untuk melalui proses pembangunan tidak menjamin bisnes itu berjaya melalui fasa kelangsungan bisnes. Fasa ini juga dikenali sebagai fasa ‘survival’. Fasa pembangunan dan kelangsungan bisnes memerlukan dua kemahiran pengurusan yang berbeza. Sebagai contoh, usahawan yang berusaha membangunkan bisnes jualan nasi lemaknya pada 6 bulan yang pertama akan lebih fokus kepada proses menarik minat pelanggan membeli dan mencuba nasi lemaknya itu. Beliau mungkin akan memikirkan cara-cara promosi dan meningkatkan ‘visibility’ gerai beliau. Tetapi, apabila sudah mem

Mengurus Emosi Sendiri

Dalam kehidupan ada banyak perkara yang berlaku. Ada yang positif dan ada yang negatif. Apa pun yang datang cabaran terbesar datang dari dalam diri kita sendiri. Banyaknya begitu. Nah, ada masanya kita punya terlalu banyak tugas dan kerja. Ada pula masnaya kita risau apabila tidak ada satu pun perkara yang boleh kita buat. Kemudian, adakalanya hanya dengan sepatah perkataan yang kita dengan menyebabkan hati kita gusar dan tidak tenang. Perasaan dan emosi sendiri adalah antara yang laing sukar untuk diurus. Namun, tidaklah pula mustahil untuk kita jalankannya. Sama ada lelaki atau perempuan, semuanya mempunyai emsi selagi mana kita ini digelar manusia. Saya sedang belajar dan terus belajar. Nota ini saya jadikan salah satu posting di atas kanvas ini berdasarkan situasi dan pengalaman sendiri. Kita manusia, tidak lari dari iri dan sangsi. Kita mahu berjaya dan mencapai apa yang dicita. Lalu, banyak pelajaran dalan kehidupan berulang dan adakalanya sama. Ya. Cabaran hid

Menekuni. Memahami.

Tahun 2013 telah memberi peluang kepada saya merealisasikan hajat yang dipendam. Mahu menulis buku! Beberapa idea buku saya simpan lama. Namun, setelah menghadiri dan bertemu beberapa sesi pembelajaran untuk penulis, saya memulakan penulisan yang dekat dengan saya. "Buku bergambar kanak-kanak." Ia bermula dengan satu siri kelas penulisan buku kanak-kanak. Selepas itu, pada Mei 2013, saya menyertai delegasi Kota Buku ke Asian Festival of Children's Content di Singapura. Di sana, saya banyak bertemu dengan penulis dan ilustrator dari pelbagai pelusuk negara dengan pelbagai genre. Catatan perjalanan saya tuliskan di ruang  http://www.noraminahomar.com/2013/05/26/parents-forum-afcc-day-2/ Kemudian, perjalanan diteruskan bersama dengan tim Tuan Zamri dan Puan Fazeila dari kursuspenulisan.com . Saya banyak belajar dari mereka dan mahu terus bersungguh-sungguh menggerakkan usaha menulis yang saya baru sahaja ceburi ini. Pada September 2013, saya b

Tahun Baru. Kanvas Lama.

Entri terakhir saya dalm blog ini bertarikh 2013. Wah! Nampaknya sudan setahun saya hanya singgah di www.noraminahomar.com Inspirasi kehidupan datang dari pelbagai sumber. Manusia. Alam. Bahan sekeliling. Hatta, membasuh pakaian juga boleh mendatangkan inspirasi secara tiba-tiba. Menggosok belakang periuk belanga itu juga, adakalanya memberikan idea. Namun, biasanya ia cepat hilang begitu saja. Maka, segeralah mencatatkannya agar ia boleh dilaksanakan selepas itu. Tahun 2013 telah memberi pengajaran hidup yang luar biasa. Ianya tidak sama dengan tahun sebelum itu. Tahun 2014 juga membawa permulaan yang tidak sama. Tahun ini, 'bootstrapping' menjadi budaya saya sekeluarga. Tidak banyak yang dapat dilakukan dengan keadaan ekonomi dan sosial tempatan yang luar kawalan. Namun, kehidupan ini adalah sesuatu yang perlu dihadapai dan diselusuri bersama. Anak-anak kecil sudah mula faham apabila mereka mula dewasa. Antara yang dilihat dengan jelas: 1. Keadaan