Skip to main content

Mengurus Emosi Sendiri

Dalam kehidupan ada banyak perkara yang berlaku.
Ada yang positif dan ada yang negatif. Apa pun yang datang cabaran terbesar datang dari dalam diri kita sendiri. Banyaknya begitu.

Nah, ada masanya kita punya terlalu banyak tugas dan kerja.
Ada pula masnaya kita risau apabila tidak ada satu pun perkara yang boleh kita buat.
Kemudian, adakalanya hanya dengan sepatah perkataan yang kita dengan menyebabkan hati kita gusar dan tidak tenang.

Perasaan dan emosi sendiri adalah antara yang laing sukar untuk diurus.
Namun, tidaklah pula mustahil untuk kita jalankannya.

Sama ada lelaki atau perempuan, semuanya mempunyai emsi selagi mana kita ini digelar manusia.
Saya sedang belajar dan terus belajar.

Nota ini saya jadikan salah satu posting di atas kanvas ini berdasarkan situasi dan pengalaman sendiri.
Kita manusia, tidak lari dari iri dan sangsi.
Kita mahu berjaya dan mencapai apa yang dicita.

Lalu, banyak pelajaran dalan kehidupan berulang dan adakalanya sama.
Ya. Cabaran hidup adalah biasa.
bagaimana kita menjalaninya dan menanganinya adalah apa yang membezakan kita.


Mengurus emosi juga adalah satu sketsa hidup yang berulang dan berterusan. Cara dan gaya mengurusnya mungkin berbeza dengan suasana dan keadaan diri semasa.
Maka apa yang ada, sengaja saya catatkan disini.

Megunrus emosi diri dengan gaya sendiri melaui ajaran dari para guru yang bestari.

1. Selesaikan masalah orang lain untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Ya. Semasa kita dilanda masalah, pada waktu itulah kita mula sibuk mencari penyelesaian untuk masalah kita itu. Penyelesaian yang terbaik biasanya datang dengan sendiri apabila kita menyelesaikan dan membantu orang menyelesaikan masalah mereka.

Sesekali, saya juga agak keras orangnya. Tidak mahu melalukan kerja dan tugasan orang lain. Namun, pada masa yang sama, ada keperluan untuk kita membantu. Maka, bantulah orang lain. Nescaya bantuan juga akand atang kepada kita.

2. Fokuskan kepada penyelesaian dan pelan tindakan.

Apabila bercakap tentang masalah dan isu ianya tidak akan tamat.
Namun, fokus kepada penyelesaian dan apa yang perlu dilakukan mestilah menjadi agenda utama.

Selepas setiap 10 minit perbincangan, tanyakan semula.Maka, apakah tindakan kita selepas ini?
Dengan sendirinya, hentam-menghentam dan salah-menyalahkan sesama sendiri akan terhenti.

Tanyakan juga setiap 30 minit. Apakah tindakan susulan yang kita boleh buat?
Ini juga akan memberhentikan semua spekulasi dan syak wasangka yang disulami dengan gosip dan kata-mengata.

3. Bertemu dan bercakap-cakap dengan mereka yang positif dan datang dari latar belakang yang berbeza.

Apabila menghadapi situasi tertentu yang agak menekan, keluarlah. Keluar dari suasana itu agar kita mendapat idea dan pandangan baru.

Bertemu dan bercakap-cakap dengan mereka yang tidak sama bisnes dan latar belakang kerjaya. Lihat Semula perkara yang merunsingkan itu dari sudut pandang yang berbeza. Apabila bercakap itu, bukanlah kita mahu mengharapkan penyelesaian daripada individu berkenaan.

Sekadar berkongsi pengalaman dan pendangan yang akhirnya kita sendiri yang mesti bertanggungjawab kepada keputusan yang kita buat. Itu saja.

4. Rahsiakan apa yang perlu, tahan rasa untuk bercerita.

Ramai juga antara kita yang selalu seronok dan suka berkongsi cerita dan berita gembira dengan rakan yang lain. Hakikatnya, ada berita yang perlu disimpan. Ada perkara yang tiak perlu dibincangkan dikhalayak ramai.

Maka, keprihatinan dan kepekaan kita dalam berkongsi hal dan perkara akan dapat mengurangkan masalah yang dijana sendiri oleh kita tanpa sedar.

Rahsiakan apa yang perlu. Kongsikan apa yang penting.
Dalam bisnes, ada strategi yang perlu dikongsikan. Ada berita yang perlu disebarkan.

Dalam kehidupan peribadi, ada  jalan yang perlu kita lalui sendirian. Ada peristiwa yang perlu kita raikan.


4. Persoalan diri dan hati, semak semula keadaan duduknya diri.

Kita tidak dapat lari dari keperluan rohani dan pembangunan diri.
Yang jauh didekatkan.
Yang dekat ditambahkan kemesraan.

Hakikat perhubungan manusia, memang memerlukan tuhan.

.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...