Skip to main content

Fasa Bisnes : Cabaran yang tersembunyi.


*Artikel ini dibenarkan untuk disiarkan semula dalam mana-mana media cetak dengan memaparkan biodata ringkas penulis.

Proses pembangunan bisnes mengambil masa yang berbeza bagi bisnes yang berbeza. Bergantung kepada industri dan sektor bisnes. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang bijak dan cekal membawa misi dan hala tuju bisnes dengan tepat.

Meskipun bakat dan kebolehan menjadi asset utama, kebolehan usahawan untuk melalui proses pembangunan tidak menjamin bisnes itu berjaya melalui fasa kelangsungan bisnes. Fasa ini juga dikenali sebagai fasa ‘survival’.

Fasa pembangunan dan kelangsungan bisnes memerlukan dua kemahiran pengurusan yang berbeza.

Sebagai contoh, usahawan yang berusaha membangunkan bisnes jualan nasi lemaknya pada 6 bulan yang pertama akan lebih fokus kepada proses menarik minat pelanggan membeli dan mencuba nasi lemaknya itu. Beliau mungkin akan memikirkan cara-cara promosi dan meningkatkan ‘visibility’ gerai beliau.

Tetapi, apabila sudah memasuki 6 bulan yang kedua, beliau akan mula melihat kepada pertambahan servis di gerai nasi lemak beliau. Hinggakan ada sebahagian gerai nasi lemak biasa mula menambah menu dengan pelbagai kuih tambahan.

Seterusnya, ada juga kemungkinan beliau menambahkan jenis perkhidmatan. Ini mungkin terhasil dengan adanya penambahan tempat duduk untuk pelanggan yang mahu menghabiskan hanya 5-10 minit bagi menikmati sarapan ringkas.  Makan sebungkus nasi lemak dan secawan kopi.

Masuk tahun seterusnya dalam perniagaan, beliau perlu pula merancang bagaimana mahu memastikan perniagaannya bertahan. Sama ada beliau mahu meneruskan operasi dengan skala berkembang atau dengan cara yang lain.

Ada yang memilih untuk meninggalkan perniagaan itu dan menceburi perniagaan yang lain dengan pengalaman dan modal terkumpul. Ada juga yang mahu meneruskan kelangsungan perniagaan dengan memperkenalkan konsep ‘gerai nasi lemak’ yang unik.

Fasa kelangsungan bisnes juga melihat banyak usahawan yang menerokai bidang yang berbeza. Ada juga yang dilihat menamatkan sahaja penglibatan mereka dalam dunia bisnes.

Tidak kira apa juga saiz perniagaan yang sedang dijalankan, seorang usahawan yang mempunyai kemahiran dan bakat amat memerlukan rakan niaga yang kuat untuk memastikan kelangsungan bisnes dan dirinya sendiri dalam dunia bisnes.

Rakan niaga ini bukanlah mereka yang memberikan bantuan kewangan sahaja. Mereka adalah orang yang memberikan sumbangan melalui kepakaran tersendiri kepada bisnes itu.

Rakan niaga yang pakar ini adalah termasuk penasihat undang-undang, perancang strategi bisnes, pakar akaun dan kewangan serta pakar pembangunan bisnes.

Mengetahui fasa bisnes menjadi kunci utama kepada pengetahuan tentang kemahiran mengurus yang sesuai dan diperlukan bagi setiap usahawan. Ia amat berbeza bagi setiap usahawan meskipun mereka berada di dalam industri dan sektor perniagaan yang sama.

Secara ringkasnya, beberapa rahsia tersembunyi dalam cabaran bisnes yang perlu didalami oleh usahawan adalah:
1.     Mengenalpasti fasa perniagaan.
2.     Mengukuhkan kemahiran mengurus perniagaan mengikut fasa perkembangan bisnes.
3.     Membina jaringan rakan niaga yang mantap.

 -Noraminah Omar, penulis tetap di www.noraminahomar.com yang juga seorang penulis buku cerita kanak-kanak, "Little Froggie Series". Bertugas sepenuh masa sebagai Naib Presiden (Sistem & Prosedur), ABS Holdings Sdn Bhd.


Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...