Skip to main content

Menekuni. Memahami.


Tahun 2013 telah memberi peluang kepada saya merealisasikan hajat yang dipendam.

Mahu menulis buku!
Beberapa idea buku saya simpan lama.

Namun, setelah menghadiri dan bertemu beberapa sesi pembelajaran untuk penulis, saya memulakan penulisan yang dekat dengan saya.

"Buku bergambar kanak-kanak."


Ia bermula dengan satu siri kelas penulisan buku kanak-kanak. Selepas itu, pada Mei 2013, saya menyertai delegasi Kota Buku ke Asian Festival of Children's Content di Singapura.


Di sana, saya banyak bertemu dengan penulis dan ilustrator dari pelbagai pelusuk negara dengan pelbagai genre.

Catatan perjalanan saya tuliskan di ruang http://www.noraminahomar.com/2013/05/26/parents-forum-afcc-day-2/

Kemudian, perjalanan diteruskan bersama dengan tim Tuan Zamri dan Puan Fazeila dari kursuspenulisan.com.

Saya banyak belajar dari mereka dan mahu terus bersungguh-sungguh menggerakkan usaha menulis yang saya baru sahaja ceburi ini.


Pada September 2013, saya bersyukur apabila mendapat peluang untuk bersama-sama tim KOTA BUKU dalam sebuah projek untk membangunkan siri buku cerita bergambar kanak-kanak.

Langkah pertama yang bermula dengan kerjasama jelas bersama ilustrator yang hadir atas pilihan Kota Buku dan tim ilustrator Tuan Yusof Gajah.

Banyak ilmu dan pengalaman berharga dicedok dari mereka.
Namun, ia hanyalah permulaan.

Pada November 2013, saya menyertai CCBF di Shanghai. Waktu ini, saya sudah membawa sebuah buku yang masih dalam fasa 'persediaan'.



Saya banyak belajar daripada penulis lain yang mempunyai karakter tersendiri. Masing-masing membangunkan 'karakter' dalam setiap cerita.



Perjalan saya kali ini saya lukiskan di http://www.noraminahomar.com/2013/11/10/ccbf-shanghai-2013-my-story-behind-the-scene/

Sementara itu, saya terus menimba pengalaman bersama kumpulan penulis yang 'ibu-ibu'.

Pada November 2013, sekali lagi saya berkumpul bersama mereka.


Sedikit pengalaman dikumpulkan supaya memberi manfaat yang banyak kelak.
Saya mengumpulkan catatan ini di http://www.noraminahomar.com/diary-story-telling-session/

Hari ini, beberapa perkara penting dalam dunia penulisan buku kanak-kanak masih terus saya pelajari dari mentor saya Tuan Zamri ( http://www.zamrimohamad.com) dan Puan Fazeila (http://afcc.com.sg/2013/speakers/fazeila-isa).

1. Berlumba dalam dunia lambakan

Buku kanak-kanak adalah satu dunia lambakan buku. Menyusun pelan dan rancangan termasuk membangunkan karakter yang kuat memastikan kita mampu 'outstanding' dalam lambakan itu.

2. Mengekalkan kualiti dan konsistensi

Ilustrasi adalah komponen utama dan yang besar dalam penulisan buku bergambar kanak-kanak. Kerjasama dan kesederhanaan diperlukan untuk mengurus kos, masa dan emosi penulis bersama ilustrator.

3. Fokus dengan strategi

Membangunkan siri dan fokus kepada tema dan jalan cerita yang jelas adalah perlu. Ia membolehkan pembangunan cerita dan konten yang mempunyai impak dan makna.

4. Bergerak bersama, "slowly but surely"

Usah jalan sendirian.
Sabar, rancang dan mulakan dengan tenang.
Bisnes penulisan buku tidak sama dengan bisnes menjual buku.

Angan yang bakal terlaksana.
 Amin.













Kajang, Selangor
2.2.2014


Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...