Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Ada rahsia buku yang dikongsi. :)

Cara Memilih Buku Cerita untuk Anak: Memilih buku untuk 'Read Aloud' bersama anak. Alhamdulillah. Rasanya banyak yang boleh dikongsikan. Bagaimana dengan kawan-kawan? Cubalah berkongsi apa pengalaman anda memilih buku. 'Read Aloud' pula adalah perkara biasa yang semua ibu dan bapa sering lakukan bersama anak pada masa lapang bersama. Cuma, ramai yang tidak tahu tentang kelebihan dan kebaikannya. Jom baca!

Apa aktiviti hujung minggu?

Salam, kawan-kawan. Bermula bulan Februari hingga April ini, setiap Sabtu dan Ahad (berselang-seli), jadual saya penuh dengan kelas untuk memandaikan diri di UiTM. Program Masmed - untuk usahawan. Mahu belajar dan jadi lebih baik untuk semua. Pada masa yang sama, perlulah menggantikan masa yang hilang untuk bersama 'anak manja' yang sedang aktif ini. Selamat menempuh hujung minggu yang produktif kawan-kawan!

EMOSI : Apa yang perlu apabila sedang marah.

Emosi adalah seumpama jendela yang hanya dikuak pintunya untuk meloloskan cahaya dan udara masuk ke dalam ruang tertentu. Versi moden ini, jendela mungkin bukan lagi satu perkataan yang biasa kita sebut dan gunakan sebagai analogi. Tapi ia agak nostalgia bagi saya. Emosi diri menjadi salah satu perkara yang menyebabkan jasad kita ini hidup. Sebanayk-banyak syukur jugalah yang dipanjatkan atas kurniaan Allah yang besar kepada kita semua yang bernama manusia. Jadi, bagaimana pula emosi ini harus ditawan? Kedengaran seperti 'buas' apa bila saya gunakan perkataan 'tawan'. Namun, hakikat emosi ini boleh menyebabkan seseorang itu 'ganas' tanpa sedar. Sebagai contoh. Apabila anak saya pulang dalam keadaan comot, saya mula marah dan bertindak sebagai penyiasat. Kenapa kotor, apa yang kamu makan tadi, apa yang kamu buat....dan pelbagai soalan lain akan saya tanya. Kemudian, saya mempunyai kecenderungan untuk menyambung soalan dengan ayat memarahi. Ini termasukla

Fasa hidup biasa yang dirasa luar biasa...

Alhamdulillah. Setelah melalui beberapa pengalaman hidup, kita pasti dapat belajar dan menimba ilmu baru. Tidak kiralah pengalaman itu hadir semasa kita berada di kancah hidup bekerja, atau menempuh alam keluarga. Yang pasti, pengalaman yang difikir dan diberikan ruang dalam minda kita, pasti memberikan satu pengajaran. Perjalanan hidup kita ini, pasti bukan kita yang mengawal apatah lagi mempunyai kuasa sepenuhnya. Tetapi, kita mempunyai kuasa pilihan yang kita boleh buat dan perlu ambil. Pun begitu, bukan mudah untuk mengambil dan membuat keputusan. Pada kebanyakan masa kita mahu hasilnya seperti yang kita jangkakan. Walhal, setiap itu bukanlah kita sebagai manusia yang boleh menentukannya. Selalunya, kita pasti akan membuat keputusan untuk memilih sama ada mengambil pilihan pertama, kedua atau ketiga. Selalu juga kita menyebut, "Aku tak ada pilihan lain!". Hakikatnya, memilih untuk tidak mempunyai pilihan lain juga adalah satu pilihan! Rata-rata saya menemui beberap