Skip to main content

EMOSI : Apa yang perlu apabila sedang marah.

Emosi adalah seumpama jendela yang hanya dikuak pintunya untuk meloloskan cahaya dan udara masuk ke dalam ruang tertentu.

Versi moden ini, jendela mungkin bukan lagi satu perkataan yang biasa kita sebut dan gunakan sebagai analogi. Tapi ia agak nostalgia bagi saya. Emosi diri menjadi salah satu perkara yang menyebabkan jasad kita ini hidup. Sebanayk-banyak syukur jugalah yang dipanjatkan atas kurniaan Allah yang besar kepada kita semua yang bernama manusia.

Jadi, bagaimana pula emosi ini harus ditawan? Kedengaran seperti 'buas' apa bila saya gunakan perkataan 'tawan'. Namun, hakikat emosi ini boleh menyebabkan seseorang itu 'ganas' tanpa sedar.

Sebagai contoh. Apabila anak saya pulang dalam keadaan comot, saya mula marah dan bertindak sebagai penyiasat. Kenapa kotor, apa yang kamu makan tadi, apa yang kamu buat....dan pelbagai soalan lain akan saya tanya.

Kemudian, saya mempunyai kecenderungan untuk menyambung soalan dengan ayat memarahi. Ini termasuklah ayat seperti, tak malu dengan orang lain?, siapa yang ajar jadi pengotor?

Hakikatnya saya amat marah kerana saya yang perlu mencuci baju sekolah putih yang telah comot den kelabu. Kemudian, saya rasa apa agaknya cikgu dan orang lain kata tentang saya sebagai emak yang anaknya berpakaian kotor. Agaknya mereka tentu akan kata saya emak yang pemalas.

Pernahkah anda rasa seperti apa yang saya rasai? (*_*)

Jadi, jika sedang marah cubalah beberapa perkara yang berikut:

1. Beri kata arahan atau jawapan yang pendek sahaja. Elakkan dari bercakap banyak sehingga diri bertenang.
2. Tahan diri daripada menyiasat dan bersoal jawab.
3. Buat dahulu perkara lain yang anda suka buat.
4. Setelah agak tenang, bercakaplah semula.

Untuk diam memang sukar. Tetapi tidak bermakna diam itu hanya berdiam diri dan membiarkan perkara yang tidak baik terus berlaku.

Kebelakangan ini, jadual harian saya juga agak penuh. Namun, saya amat suka dengan ruangan blog yang menjadi teman saya hampoir setiap hari. Maka, peruntukan masa 1 jam sehari sudah agak mencukupi bagi saya, insyaallah.

Pada waktu 'marah', itulah masa yang terbaik untuk saya bertenang dan menulis di sini. Anda bagaimana?

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...