Skip to main content

Fasa hidup biasa yang dirasa luar biasa...

Alhamdulillah. Setelah melalui beberapa pengalaman hidup, kita pasti dapat belajar dan menimba ilmu baru. Tidak kiralah pengalaman itu hadir semasa kita berada di kancah hidup bekerja, atau menempuh alam keluarga. Yang pasti, pengalaman yang difikir dan diberikan ruang dalam minda kita, pasti memberikan satu pengajaran.

Perjalanan hidup kita ini, pasti bukan kita yang mengawal apatah lagi mempunyai kuasa sepenuhnya. Tetapi, kita mempunyai kuasa pilihan yang kita boleh buat dan perlu ambil. Pun begitu, bukan mudah untuk mengambil dan membuat keputusan. Pada kebanyakan masa kita mahu hasilnya seperti yang kita jangkakan. Walhal, setiap itu bukanlah kita sebagai manusia yang boleh menentukannya.

Selalunya, kita pasti akan membuat keputusan untuk memilih sama ada mengambil pilihan pertama, kedua atau ketiga. Selalu juga kita menyebut, "Aku tak ada pilihan lain!". Hakikatnya, memilih untuk tidak mempunyai pilihan lain juga adalah satu pilihan!

Rata-rata saya menemui beberapa rakan yang berulangkali bertanyakan pendapat tentang perkara yang sama. Seolah-olah, beliau masih mahu saya meyakinkan beliau tentang perkara tersebut. Barangkali, pada fikiran beliau ketika itu, jika dia memilih untuk membuat keputusan itu kelak, tidaklah terasa beratnya. bukankah ada orang yang menyokong akan pilihannya itu?

Pun begitu, keputusan hidup kita yang kita buat dan pilih, meskipun berdasarkan nasihat atau pandangan orang lain, ia tetap menjadi satu hakikat keputusan yang kita pilih untuk kita ambil tanggungjawab atas apa yang bakal berlaku. Bukan orang lain!

Saya banyak melihat dan telah melalui sendiri pengalaman yang banyak memberikan ruang untuk berfikir dan meneliti. Memilih dan membuat keputusan acapkali memberikan risiko, tidak kira positif atau negatif kesannya itu.

Saya kira, ia adalah fasa-fasa kehidupan yang perlu kita lalui sebagai manusia yang mempunyai tanggungjawab dan matlamat hidup di dunia.

Ya, bertawakkallah setelah berusaha dengan keputusan yang diambil. Sesungguhnya, DIA adalah sebaik-baik perancang.

Saya telah melalui fasa itu, sedang dan akan terus berhadapan dengan banyak pilihan. Untuk itu banyak keputusan yang perlu di ambil. Ya, Allah, kumohon hidayah dan petunjuk agar selalu bersama hambamu ini. Amin...

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...