Skip to main content

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu.

Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat.


Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah:

1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman.

2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal.
Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership.
Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu.

MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise

Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my

Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline.

Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my
Perlu daftar masuk ke dalam sistem di situ.
.



Sekiranya offline, ada borang perlu diisikan. Nama borang ialah Borang PNA 42.

Ini imej sebahagian daripada borang. Borang ini percuma. Boleh download, atau ambil di kaunter SSM.




Dalam laman web SSM itu juga, ada senarai panduan memilih nama.
"Guidelines for Business Name Application"

Pendaftaran bisnes dengan lesen enterprise boleh dilakukan dengan 2 cara.

1. Bisnes dengan seorang pemilik sahaja - "sole proprietorship"
2. Bisnes yang ada 2 pemilik atau kurang daripada 20 orang - "partnership"


Perkara penting:

1. Sediakan 3 nama pilihan. Jika pilihan pertama tidak lepas, boleh pilih dua lagi pilihan yang ada.

2. Mesti ada tarikh memulakan bisnes dan lokasi utama iaitu alamat bisnes.. Sekiranya ada cawangan, mesti ada alamat penuh.

3. Sediakan maklumat sebagai pemilik bisnes. Jika ada lebih daripada seorang, semua maklumat peribadi yang lengkap mestilah disiapkan.

4. Maklumat tentang jenis bisnes juga diperlukan.

5. Sekiranya ada perjanjian 'partnership', sediakan salinan.
Apabila diminta, jika diperlukan sudah ada. Lebih mudah.

6. Selebihnya, proses pendaftaran tidaklah sukar. Ikut sahaja langkah demi langkah yang diberikan oleh pegawai SSM atau maklumat dalam sistem pendaftaran online itu.
.


--- Bersambung


Teks oleh: Noraminah Omar

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...