Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Bagaimana boleh lupa?

Saya sering juga lupa tentang banyak perkara. Lupa untuk beli barang dapur, lupa untuk bawa dokumen ke pejabat, lupa untuk 'follow-up' 'client'. Malah lupa juga di mana saya letakkan kereta. Sungguh! Bukan saya sengaja untuk lupa, tetapi entah bagaimana saya sering juga lupa. Jadi, bila saya fikirkan semula apa sebabnya saya lupa dan bagaimana untuk terus mengingati, maka saya disini ingin kongsi: - perlu lebih teratur - 'be organised' - buat catatan apa yang perlu dibuat tiap hari sebelum mulakan kerja - tulis journal/catatan dalam kalendar - minta pembantu di pejabat 'update' apa yang penting setiap pagi - berdoalah untuk ketenangan dan kuat iman - akan membantu kuat ingatan Pun begitu, saya masih juga lupa atau tidak dapat meneruskan dan memenuhi tugasan dan kerja dalam satu-satu hari tersebut. Jadi saya juga menyimpulkan - apabila saya sudah merancang untuk melakukan sesuatu -saya mesti melakukannya dan tidak menagguhkannya kecuali AMAT PENTING UNTU

CAKNA MINDA

Sepetang dalam perjalan pulang dari kerja yang mengambil masa 20-30 minit, memberikan saya peluang mendengar celoteh DJ Zamri & Fairuz di Radio IKIM. Saya kira, gaya persembahan IKIM kini yang lebih mahu membawakan mesej serius secara santai, harus disokong dan diber pujian. Yalah, bukan semua yang mahukan ilmu mampu menerima pengisian yang serius dan berat.Ada juga baiknya cara santai dibuat, dapat mengembangkan 'market segment' pendengar Radio IKIM sendiri. Saya bukanlah hendak memberikan komen yang banyak mengenai cara Radio IKIM beroperasi, tetapi lebih kepada topik yang dibincang petang tadi. CAKNA MINDA? Hebat tajuk tu, rasanya ramai pendengar yang tak mampu untuk menterjemahnya. Em.."tak tercapai akalku" Apa pun, ada banyak perkara tentang minda yang kita sendiri sebagai manusia belum terokai. Pada asasnya, saya setuju dengan perbincangan yang menyatakan bahawa perkembangan minda bukanlah semata-mata berdasarkan kepada 'makanan tambahan' atau apa ju

Bekerja dan mengerjakan 'kerja'

Agak sukar sebenarnya untuk kita menyiapkan sesuatu kerja yang kita tidak suka untuk 'mengerjakannya'. Pada kebanyakan masa, kerja yang sukar dan bukan dalam bidang kita itulah yang akan menyebabkan kita semakin lemah untuk 'mengerjakannya'. Tetapi lain kisahnya dengan rakan saya ini. Semakin sukar 'kerja' yang perlu dilakukan, semakin bersemangat dan berkobar-kobar jiwanya untuk menyiapkannya. Baginya, itu merupakan satu cabaran yang perlu disahut. Satu perjuangan yang perlu diteruskan. Hebat kan? Pada masa yang sama, rakan saya yang seorang lagi tidak pula menyukai 'kerja' sukar. Baginya, dia telah dizalimi! Mana boleh seorang tukang masak di berikan tugas untuk menjahit sut baju lelaki. Bukan saja mengambil masa yang sangat lama, bahkan mudah saja dia akan melakukan kesilapan yang pasti akan merugikan semua orang. Wah, takut juga saya mendengarnya! Dia sudah dizalimi! Amat berbeza pandangan dua rakan saya ini. Apabila saya selidiki, saya nampak perbez

Sayangkan anak tangan-tangankan.

Menghadiri sesi "Parenting Kuliyyah" oleh Ustaz Zulramli M Razali ,di GENIUS AULAD wangsa maju hari ini banyak memberikan saya peringatan baru. Banyak perkara biasa yang tidak kita ambil perhatian dan fikirkan dengan mendalam selama ini, telah diketengahkan dan dikongsi bersama. Antara yang disebutkan: Ibu bapa perlu menggunakan tangan untuk: tunjuk, pimpin, belai,pukul. Untuk menunjukkan kepada anak kita ke arah jalan hidup yang baik, pastinya diri sendiri selaku ibu bapa perlu tahu jalan hidupnya yang baik terlebih dahulu. begitulah juga halnya dengan seorang guru. Banyak yang terjadi hari ini, ibu bapa sendiri tidak mempunyai hala tuju dalam hidup. Sebagai seorang yang dewasa, kita sendiri sering kali tidak dapat menjawab, "apakah yang saya lihat akan berlaku 10 tahun akandatang dalam hidup saya?", "apakah cita-cita saya dalam tempoh 5 tahun akan datang?" "apa yang akan saya capai dalam tempoh 2 tahun akan datang?" Jadi, apa pula yang akan ki

Berkongsi ilmu, bawa keberkatan.

Semalam saya berpeluang menghadiri satu sesi penerangan yang saya kira lebih kepada sesi berkongsi ilmu, walau tajuknya adalah bertemakan kursus. Dari apa yang saya dengar dan kongsikan dalam tempoh 7 jam yang amat padat, perkongsian sebenarnya adalah salah satu aset dalam hidup. Lebih banyak dan lebih ramai yang kita kongsikan bersama, lebihlah apa yang bakal sudara temui. Perkongsian En Shahabudeen Jalil tentang pengalaman dan tatacara yang dilalui beliau mendapatkan peluang perniagaan di China, sedikit sebanyak membuka mata saya pada banyak peluang lain yang belum diterokai oeh anak bangsa kita. Mungkin tidak semua orang boleh berkongsi seperti yang mana dilakukan oleh beliau, tapi dengan langkah yang diambilnya, saya fikir pasti banyak lagi ruang dn peluang yang bakal beliau terima hasil dari perkongsian terbabit. Yang pasti, seseorang harus percaya rezeki itu allah adakan bagi setiap orang, yang mana tiap seorang itu perlu berusaha mendapatkannya. Jadi, tak perlulah lokek kerana

Bila masa terabai, maruah bakal tergadai.

Masa itu emas, pepatah lama yang tak lapuk dek hujan. Masa yang sama dimiliki oleh semua orang, seluruh dunia, 24 jam sahaja sehari semalam! Fakta yang tidak perlu dibentang dan didebatkan. Malah, bertanya pula kita, bagaimana nak menguruskan masa? Uruskan masa yang tetap 24jam sehari semalam? Lagi, kita berkata, tak cukup masa...mana ada masa nak buat semua tu! Walhal, bukankah sudah tahu dan setuju benar yang masa itu 24 jam sehari. Jadi lupakanlah tentang megurus masa, fikirkanlah bagaimana untuk memaksimakannya tanpa mengabaikan walau satu saat sekalipun. Jadi, jelasnya perlulah yang diuruskan itu diri sendiri. Apa sekalipun masa hanyalah sebagai satu pergerakan yang memenuhi kitaran hidup manusia yang diberi tugas dan tanggungjawab di dunia. Nah, tanyalah pada diri! Masa yang manakah yang paling produktif untuk saya memaksimakan kemahiran dan kebolehan? Kerana dengan inilah kita dapat menaikkan dan memantapkan maruah diri yang memberi impak kepada pembangunan masyarakat. Ah, terla

Mengembala di dunia.

Kisah dan cerita orang dulu kita jadikan pengajaran. Bahkan, kita perlu selalu menyelusuri sejarah dan kisah para anbia dan juga para sahabat. Banyak pengajaran yang pasti dapat memenuhi kekosongan dada. Teringat bagaimana kita meneruskan hidup didunia yang sementara ini. Ia seolah kita seorang gembala. Gembala yang menjaga sekumpulan peliharaan. Membawa kumpulan ke tempat yang ada makanan, rumput untuk diragut. Memastikan dapat bekalan air yang cukup untuk melepas dahaga. Kesudahannya, memastikan kumpulan sentiasa cukup dan pulang pada waktunya agar dapat meneruskan hari esok ke padang ragut. Wah! Bukankah senario ini yang kita jalani seharian? Tetapi, dunia inilah yang perlu digembala agar memberikan kita hasil. Hasil yang baik yang akan membawa kita jalan ke syurga. Lihat bagaimana amanahnya Nabi Muhammad sebagai seorang gembala. Lihat pula diri kita? Bagaimana kah dunia ini kita 'gembala'kan? Atau mungkin, kita sebenarnya di'gembala' oleh dunia? "Ya ALLAH, sent