Skip to main content

Bila masa terabai, maruah bakal tergadai.

Masa itu emas, pepatah lama yang tak lapuk dek hujan. Masa yang sama dimiliki oleh semua orang, seluruh dunia, 24 jam sahaja sehari semalam!

Fakta yang tidak perlu dibentang dan didebatkan.

Malah, bertanya pula kita, bagaimana nak menguruskan masa? Uruskan masa yang tetap 24jam sehari semalam?

Lagi, kita berkata, tak cukup masa...mana ada masa nak buat semua tu!

Walhal, bukankah sudah tahu dan setuju benar yang masa itu 24 jam sehari. Jadi lupakanlah tentang megurus masa, fikirkanlah bagaimana untuk memaksimakannya tanpa mengabaikan walau satu saat sekalipun.

Jadi, jelasnya perlulah yang diuruskan itu diri sendiri. Apa sekalipun masa hanyalah sebagai satu pergerakan yang memenuhi kitaran hidup manusia yang diberi tugas dan tanggungjawab di dunia.

Nah, tanyalah pada diri! Masa yang manakah yang paling produktif untuk saya memaksimakan kemahiran dan kebolehan?

Kerana dengan inilah kita dapat menaikkan dan memantapkan maruah diri yang memberi impak kepada pembangunan masyarakat. Ah, terlalu sukar untuk difahami...

Bukankah mengambil masa dan berfikir serta merancang akan menjamin satu masa depan yang bakal memberikan pulangan?

Ambillah masa untuk:

berfikir - agar terus kukuh ilmu dan dapat diperluaskan kegunaan dengan hasil penciptaan yang berguna untuk kemaslahatan ummah

merancang - agar kejayaan dapat ditempuh dengan baik dan bersedia untuk menghadapi cabaran perjuangan hidup sebagai khalifah di muka bumi

muhasabah diri - koreksi diri tiap hari untuk menyuntik semangat baru dan memperbaiki apa jua kesilapan dan kelemahan semalam agar hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini

melihat kebesaran ciptaan ALLAH - agar dapat kita menghayati erti hidup sebenar, tidak sia-sialah apa jua nikmat yang ALLAH berikan, berkelanalah dan berjalanlah dengan niat yang baik di muka bumi.

Gunakanlah masa dengan baik, andai terabai kelak tidak kesal sampai ke sudah.

Perkara yang ringkas dan nampak mudah seringkali banyak memberikan impak dan kesan yang signifikan dalam hidup.

Jadi, jangan sampai masa yang kita tidak luangkan akan membawa kepada perkara yang akan mencelakakan hidup kita sebagai insan.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...