Skip to main content

Berkongsi ilmu, bawa keberkatan.

Semalam saya berpeluang menghadiri satu sesi penerangan yang saya kira lebih kepada sesi berkongsi ilmu, walau tajuknya adalah bertemakan kursus.

Dari apa yang saya dengar dan kongsikan dalam tempoh 7 jam yang amat padat, perkongsian sebenarnya adalah salah satu aset dalam hidup. Lebih banyak dan lebih ramai yang kita kongsikan bersama, lebihlah apa yang bakal sudara temui.

Perkongsian En Shahabudeen Jalil tentang pengalaman dan tatacara yang dilalui beliau mendapatkan peluang perniagaan di China, sedikit sebanyak membuka mata saya pada banyak peluang lain yang belum diterokai oeh anak bangsa kita.

Mungkin tidak semua orang boleh berkongsi seperti yang mana dilakukan oleh beliau, tapi dengan langkah yang diambilnya, saya fikir pasti banyak lagi ruang dn peluang yang bakal beliau terima hasil dari perkongsian terbabit.

Yang pasti, seseorang harus percaya rezeki itu allah adakan bagi setiap orang, yang mana tiap seorang itu perlu berusaha mendapatkannya. Jadi, tak perlulah lokek kerana takut rezeki dan peluang kita akan diambil orang apabila dikongsikan.

Pernah juga rakan sekerja saya dulu yang amat takut berkongsi barang dan juga pengetahuan dengan yang lain. Hinggakan setiap barang dan apa jua kepunyaannya akan ditandakan dengan tanda nama (macam tanda koporat). Bimbang ada orang orang yang mengambil dan meniru. Walhal, bukankah kita pun mengambil idea dan memperolehi pengetahuan itu dari orang lain sama?

Ada masanya sukar untuk kita memahami dan menterjemah apa yang cuba difikirkan dan dikatakan oleh orang lain.

Pada masa yang sama, ada juga sekumpulan manusia yang tidak mahu berusaha atau dengan kata lain, MALAS. hanya mencedok dan menyalin idea serta hasil kerja orang lain. Apatah lagi kalau ini dilakukan tanpa izin dari empunya idea asal...Nampaknya perlu ada keseimbangan dengan berkongsi dan perlunya berusaha sendiri.

Itulah agaknya, dalam islam oun, kita amat dituntut untuk saling ingat mengingati. Malah, dengan cara ini, perkongsian dan keperluan memahami dan mengamalkan konsep hormat menghormati dan bekerjasama dapat dicapai.

Semoga, perkongsian akan membawa lebih keberkatan dalam hidup, dan bukan KEMALASAN yang berpanjangan. AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...