Skip to main content

CAKNA MINDA

Sepetang dalam perjalan pulang dari kerja yang mengambil masa 20-30 minit, memberikan saya peluang mendengar celoteh DJ Zamri & Fairuz di Radio IKIM.

Saya kira, gaya persembahan IKIM kini yang lebih mahu membawakan mesej serius secara santai, harus disokong dan diber pujian.

Yalah, bukan semua yang mahukan ilmu mampu menerima pengisian yang serius dan berat.Ada juga baiknya cara santai dibuat, dapat mengembangkan 'market segment' pendengar Radio IKIM sendiri.

Saya bukanlah hendak memberikan komen yang banyak mengenai cara Radio IKIM beroperasi, tetapi lebih kepada topik yang dibincang petang tadi.

CAKNA MINDA?

Hebat tajuk tu, rasanya ramai pendengar yang tak mampu untuk menterjemahnya. Em.."tak tercapai akalku"

Apa pun, ada banyak perkara tentang minda yang kita sendiri sebagai manusia belum terokai. Pada asasnya, saya setuju dengan perbincangan yang menyatakan bahawa perkembangan minda bukanlah semata-mata berdasarkan kepada 'makanan tambahan' atau apa jua input ke dalam badan. Ia sebenarnya lebih kepada input rohaniah dan spiritual.

Tetapi, hakikat sebenar kehidupan muslim yang memerlukan satu tatacara hidup secara menyeluruh menyebabkan ada pentingnya pengambilan makanan tambahan untuk perkembangan minda. Dengan kata lain, ia sebenarnya perlu, terutama pada zaman ini. Memang ia bukanlah segala-galanya, tetapi ia adalah keperluan.

Mengenai mereka yang berniaga produk untuk menambahkan perkembangan minda, tidak ada salahnya. Kerana sejak dari dahulu lagi ramai antara masyarakat muslim sudah mengambil makanan tambahan tetapi, tidak dapat mencari produk yang dihasilkan oleh orang islam.

Jadi, baguslah jika sekarang sudah ada produk-produk ini yang banyak dipasaran dan dimonopoli oleh pengeluar muslim.

AWAS!!

Ini tidak bermakna ia hanya membawa kepada perkembangan positif. Banyak juga yang menggunakan slogan islam dan berbentuk dakwah semata-mata untuk melariskan perniagaan.

Tetapi, bagi saya scara peribadi, jika tatacaranya memenuhi kesesuaian dan tidak melanggar mana-mana batasan, ia perlu terus disokong TANPA MEMINGGIRKAN kebenaran dan hakikat bahawa ALLAH lah pemilik segala kuasa atas sesuatu. (The Ultimate Power)

Semoga ALLAH sentiasa memberikan petunjuk dan hidayahnya kepada kita. AMIN.

P.S Saya sokong penggunaan 'dari' dan 'daripada' diperbetulkan oleh DJ.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...